Sunday, 5 November 2017

Kluang OCBC - Rotary Club Charity Run 8km ( 4 November 2017)

             Another run done.. so sweet coz i achieved my PB 31.12 minutes for 5km! Dan juga PB untuk 8km.. 54 minutes, pace 6.34. Kaki masih sore sejak half marathon, tapi semangat lari punya pasal....memang feel lari ramai-ramai ni tak sama macam jogging sorang - sorang tau. Bila jogging sorang - sorang, lepas 2-3km, kita(eh eh..saya lah tu haha) cenderung untuk stop berjalan lenggang kangkung lalalalala... tapi bila ramai-ramai ni..kita tengok orang depan tak berhenti, kita pun ikut dia tak berhenti..teruskan jog walaupun pace slow. Memang begitu pun tips nya, kalau tgh lari,agak2 penat,  jangan berhenti , slowkan pace sahaja tapi terus maju! Pertama kali saya join event larian di hometown sendiri di Kluang ni..acara ni first diadakan start tahun lepas, insya Allah saya nak jadikan acara ni sebagai event "mesti masuk setiap tahun" punya hahahaha..selagi masih sihat.Amin..

Tahniah kepada organizers ( OCBC Bank dan Rotary Club) dan juga crew, RELA, KKM, St Johns , Polis trafik, Ambulance, dll... Jumlah penyertaan keseluruhan 1400 orang. Hadiah disediakan bagi pemenang 1,2 dan 3 sahaja.. dengan yuran sebanyak RM20..sangatlah berbaloi..dapat tshirt yang cantik dan selesa (wpun saya tak pakai semasa event). Medal cuma diberikan kepada 103 peserta yang berjaya menamatkan larian yang terawal bagi setiap kategori ( ada 2 kategori je, women open & men open). Saya mendapat tempat ke 13 untuk wanita :). Orang Kluang power lah! Ni yang menang ni mesti training berlari kat Gunung Lambak ni hahhaahha

Malam tadi hingga subuhnya hujan lebat..ketika sampai di tapak event, hujan renyai-renyai

Hujan makin lebat jam 6.45 pagi.
Kami diminta masuk ke dalam dewan dahulu untuk warming up - zumba. Flag off jam 7.30 pagi ( lewat setengah jam - menunggu hujan reda sedikit)..tapi best juga renyai2..tak panas hehehe

Yes... 8km done!

Runners are happy people!

Seronok berlari bersama kawan-kawan!

Kami ada next projek...tunggu 2018..insya allah!

Bersama kawan-kawan husband saya, hikers juga ni..yg tudung merah ni office mate & bff, Ain hehehehe

Medal memang biasa - biasa je..yang penting, kita enjoy!




No comments:

Post a Comment