Showing posts with label Gunung Nuang. Show all posts
Showing posts with label Gunung Nuang. Show all posts

Saturday, 20 January 2018

Tragedi Gunung Nuang & penutupan sementara Gunung Nuang

Kejadian ni berlaku minggu lepas..seorang pendaki dikhuatiri maut semasa menuruni puncak Gunung Nuang.

Sumber: malaymail
Pernah mendaki Nuang, so rasanya sy tahu which area...ada satu kawasan betul-betul tepi gaung, ditanda dengan tali-tali yang banyak, tak jauh dari puncak...masa lalu situ, angin kuat, saya terdetik juga ni kalau jatuh ni..parah atau memang maut. Sementelahan pula minggu lepas hujan, jadi tanah di situ mungkin lembut dan giveway (runtuh) bila pendaki lalu lalang...

Lokasi tanah runtuh lebih kurang 100 meter dari puncak(dari group whatsapp)

Innalillahinnalillahirajiun...Arwah merupakan seorang ahli perniagaan yang juga aktif bersukan, berusia 47 tahun. Kejadian berlaku pada 13 Januari, manakala operasi menyelamat dan membawa pulang mangsa mengambil masa lebih kurang 41 jam kerana bentuk muka bumi yang sukar dan faktor ketinggian gunung. Mangsa disahkan telah meninggal dunia .

Jadi sejak kejadian itu, Gunung Nuang telah ditutup kepada semua aktiviti pendakian...mohon semua pendaki akur akan arahan ini ya. Dalam suka, kena beringat soal keselamatan diri dan juga keadaan sekeliling. Buat masa ini, musim hujan, jadi apa kata elakkan mendaki gunung-gunung yang ekstrem sehingga cuaca berubah cerah semula...musim hujan, tanah lembut dna mendap, memang risiko tanah runtuh, atau pun risiko kepala air(air sungai naik mendadak).

Lagi sumber:

1. Lelaki maut di Gunung Nuang
2.Mayat pendaki dibawa turun
3.41 jam operasi menyelamat

Tuesday, 31 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun, Part 2

Amboi ada part 2 pulak...layan je lah...
(Part 1 di sini: Mendaki Gunung Nuang Part 1 )


View empangan...nama empangan tak pasti..empangan Pangsun agaknya.
Batu sempadan negeri Pahang dan Selangor : Pahang side.

Batu yang sama, Selangor side.




Dalam jam 11 sampai puncak, lebih kurang sejam kami berehat, makan sandwic tuna, berbual dengan pendaki lain ( 2 student Master dari UPM), seorang Indian Gentleman yang akan ke Everest Base Camp bulan April ni ( bestnya), dan beberapa orang lagi. Siap makan limau lagi (CNY kan), ada lah 4 bijik saya bawak dalam beg.Hahahaha...

Kemudian jam 12 kami mula turun, sebab target nak sampai kaki gunung sebelum jam 5.

Smile, Johnny!Sado betul badan dia..hari-hari ihking!
Lalu Dataran Pacat, jumpa 2 ekor makhluk ini. Memula kami dok panggil dog..dog..boy la...dia buat dek je...tapi muka memang friendly...tak usik orang. Kat seekor yang gemuk tu saya offer roti..2x ngap, settle roti krim seketul. Seekor lagi yang kurus sikit, eksyen tak mahu roti.Tapi si kurus ni lah yang ikut saya dan suami turun (escort). Tak jauh la dia escort, dalam beberapa puluh meter je..kemudian saya teringat mcm nama diorg ni Johnny & Jimmy. Johnny si gemuk masih di atas, Jimmy si kurus setia ikut kami . Saya panggil " Jimmy! Come here!" hah..berlari dia ke arah saya...goyangkan ekor. Muka mengharap.Teringat tuna setin belum bukak..rezeki kau lah Jimmy...dah makan.dia berlari naik ke Dataran Pacat semula.Clever dog!


Bergambar dengan Jimmy.


Maka, berjalan lah kami turun dari Dataran Pacat ke Kem Lolo iaitu jarak nya 2.2km...fuh fuh...memang mencabar jugak sebab kaki , lutut dah mulai sakit. Asyik tertanya-tanya bila nak sampai Kem Lolo ni..bila berjalan dan dengar bunyi air sungai menderu..yessss dah dekat dengan Kem Lolo. Nampak khemah banyak2..yeay!Kem Lolo! Masa ni memang tangan tak pegang hp dah..dah malas.hahahaha.Gambar river crosing 5 kali pun tak ambik.

Last view air terjun sebelum menuruni trek balak(selepas lalu paip besar yang panjang tu)
Selepas Kem Lolo , jumpa balik trek balak...trek psiko..5km...ada juga yang menggelarkannya " the never ending road". Dalam keadaan rata, 5km ni tak ada apa-apa bagi orang yang biasa jogging/running...tapi dalam keadaan trek yang kejap turun kejap naik kejap turun....memang psiko..5km rasa mcm forever. Rasanya adalah 3-4 kali bila berhenti rehat, saya berlunjur terus..lutut kanan terasa sakit bila hiking turun. Dah pakai knee guard, lepas rasa knee guard tu rimas sebab peluh, bukak dan spray perskindol pulak...

Nampak...saya tak tipu..sedapnya berlunjurrrr arghh...kalau lama sikit berhenti..tertido terus kot.Selain berlunjur di pangkin, saya juga berlunjur di trek asal boleh.hahahahha...
 Akhirnya...jam 5.30 petang sampai ke kaki gunung...benda pertama saya tuju...pakcik jual aiskrim!Sebab masa kat trek balak duk teringat aiskrim je hahahaha...Satu pengalaman menarik ke Gunung Nuang ni (6 jam setengah naik,5 jam setengah turun)...Timpohon ke Laban Rata hari tu naik 4jam, turun 4 jam pulak hahahahaha....pokok pangkal,setiap gunung adalah berbeza situasi dan pengalamannya....lepas sign out pada pakcik yang jaga buku pendaftaran, kami buat pengurusan diri (mandi, kemas barang,solat asar ), dinner di area Hulu Langat pada jam 6.30 petang dan bertolak pulang ke Johor selepas maghrib..tiba di Kluang jam 12 tgh malam..fuh..balik rumah, rendam semua kain baju.. sambung tido lagi.

Muka lega dah turun.
My other half yang sabar melayan  kerenah saya yang kecapekan sepanjang turun,my sweeper...dia boleh turun laju lagi tapi mana boleh tinggal wife dia kan hehehehe


Kalau anda tanya saya nak repeat ke tak..dalam seminggu dua ni.takde rasa nak repeat lagi..maybe ask me again in 2-3 months later..kot.Hahaha...

Nama Gunung : Gunung Nuang
Ketinggian : 1493 meter asl
Kesukaran: Intermediate to difficult(depend on fitness level) if daypack, beginner to intermediate if camping 2d1n.


Monday, 30 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun,Part 1

Gunung Nuang Chart mengikut jarak (km) .Sumber : Malaysia Traveller 

 Satu trip yang agak ad hoc sebenarnya..antara ya ke tidak nak pergi. Kemudian semasa cuti CNY ada pulak urusan di Selangor..maka..trip ini menjadi realiti! Asalnya nak pergi berdua je...tapi beberapa hari sebelum tarikh trip, kami disertai oleh 2 orang lagi kawan hubby, the more, the merrier! Jadi lineup terdiri dari saya, suami( Cg Fly), Cg Nik & Cg Zulhelmi. Semua ni kawan-kawan hiking hubby juga (biasa hiking Gng Lambak bersama-sama sejak beberapa bulan yang lepas.).

Jadi, hari Sabtu bertolak ke Kajang untuk urusan tersebut, selesai urusan, menginap di hotel budget di Kajang. Petang tu kami pusing-pusing di area Hulu Langat untuk mencari daerah Pangsun, iaitu tempat terletaknya Hutan Lipur Nuang. Ini penting untuk merancang perjalanan pada keesokan harinya. Hotel kami terletak kira - kira 30minit dari pintu masuk Hutan Lipur Nuang. Ikutkan memang jauh, tapi resort sekitar Hutan Lipur Nuang samada dah penuh atau terlalu mahal (nama pun trip budget dan ad hoc kan..).Petang tu juga kami mencatat nama di buku pendaki dan membayar RM1 untuk pendaftaran kepada pakcik yang duduk di pondok berdekatan starting point mendaki....

Plan asal nak hiking lepas subuh (6 am), kemudian pada malam tu plan berubah lagi mengikut persetujuan semua. Plan baru  mendaki jam 4.30 pagi, dan solat subuh di trek!

4.30 am. Mula hiking di trek balak(sini banyak pokok buluh..tak faham kenapa dipanggil trek balak...hehehehe..nantilah kita cari historynya).Jarak lebih kurang 5km. Masa naik ok lagi..masa balik nanti...kunamakan trek ni trek psiko.Hahaha nanti cerita

Sampai pondok je...usha nama pondok dan berapa km dah berjalan...ada 6 pondok rehat sepanjang perjalanan, ikut suka lah nak berhenti atau nak teruskan..pagi tersebut, kami tidak singgah mana-manan pondok kecuali pondok di akhir trek balak...

jam 6 pagi, kami berhenti solat subuh sebelum permulaan river crossing(pondok ke6). Sejuknya ambil wudhuk di sungai!Jam 6.20am mula hiking semula.Abaikan km tu..sebenarnya masa sampai di sini baru 5km..strava ter over sensitif kira jarak pula...

Ada signboard dan peta..trek agak jelas tapi kalau tak biasa boleh confuse sebab ada pokok tumbang dan trek tak berapa nampak.

Sampai Kem Lolo jam 6.50 pagi.Banyak khemah di sini tapi gelap..tak nampak pun kalau ambil gambar. Ada sebanyak 5 kali menyeberangi sungai ( berpijak pada batu-batu sungai),air mengalir deras tapi tak lah dalam...cetek paras lutut..kalau pijak atas batu, insya allah tak basah sgt pun unless tergelincir...jalan kasut basah kuyup..berat ooo...Kami cross berhati-hati sebab nak elak tercelup kaki, basah satu hal...sejuk lagi...jauh lagi puncak ni. Kalau rajin, bukak je kasut kalau takut basah...

Yes..7am dah cerah! Dalam hutan tebal , cahaya matahari lambat menembusi..dah boleh bukak headlamp...adoi..rasa rimas juga sebab ikat di dahi dan berpeluh.

Banyak pokok buluh....tongkat hiking(hiking pole) banyak membantu semasa hiking. Jangan sesuka bersandar atau pegang pokok/pokok buluh..ada pokok berduri di sini.Pokok buluh pulak..ada miang dia. Boleh juga pakai glove separuh tu...




Licin..hati-hati.



Pelbagai bentuk muka bumi sebelum sampai ke Dataran Pacat

Jam 8.40 pagi kami sampai di Dataran Pacat (Pacat Campsite)




Berjalan ke hadapan kem pacat sedikit..mulai trek memanjat batu..ok simpan hp...pertama, bahaya sebab takut kita tergelincir..kedua..kalau hp jatuh satu hal nak turun balik lepas tu nak naik semula..hisshhhh nauzubillah!

Muka gembira sebab dah sampai Puncak Pengasih! Trek ini macam trek Gunung Lambak cuma 3kali ganda jauh kot..hushhh....
Trek selepas Puncak Pengasih banyak lumut...



Ulat comel
Feeling macam mossy forest pulak...memang sejuk..mungkin sebab malam tadi hujan..atau memang di sini sejuk? bila berckap keluar wasap .tapi takdelah sampai menggigil

Suami bersama sahabatnya Cg Nik.MAsa ni kami sedang menunggu Cg Zulhelmi
Banyak lumpur...kalau tenggelam kaki..memang tercabut kasut, area Puncak Pengasih ni kalau berhenti sekadar melepaskan lelah 3-5 minit ok..tapi kalau nak berhenti lama, mcm tak sesuai sebab byk sangat lecak/lumpur.
Jam 11 pagi..kami sampai ke puncak Gunung Nuang..1493meters asl...alhamdulillah!Puncak ke10 yang saya gapai , rupanya milik Nuang...


Trivia: di kawasan hutan lipur Nuang, line telefon tak berapa nak ada..... celcom je ada itupun putus-putus.... sampai puncak tak ada line terus...sebab itu penting untuk mencatit nama di pintu masuk Hutan Lipur...jangan lupa jugak maklumkan ahli keluarga atau rakan sebelum mendaki...just in case...

Bersambung...

Mendaki Gunung Nuang Part 2