Seminggu selepas Viper Challenge, kami menyertai pula larian 21km di Sireh Park, berdekatan Nusajaya/Iskandar Puteri. Event larian terakhir sebelum mula berpuasa... Larian ni, larian half marathon ketiga buat saya dan suami.Sebenarnya pada masa ini, saya mengalami sakit belakang selepas Viper Challenge, mungkin sebab terlampau beriya - iya memanjat halangan-halangan semasa tu hahaha...Larian bermula seawal jam 6 pagi...kami dilepaskan ( flag off).
Pada awal larian, saya berlari dengan suami sehingga km9, saya mula slow down. Kaki terasa berat mungkin effect dari sakit belakang yang saya alami. Jadi saya minta suami saya berlari dulu kerana saya tak mahu slowed him down. Saya slow jog ke km10, kemudian terserempak pacer 2jam 45 minit dan mula menyaingi larian pacer sehingga km14. Dari km15 ke km 18, saya lari-jalan -lari melayan kaki yang terasa kepenatan. Selepas water station di km18, rasa segar pula dapat makan pisang hahahaha...dan saya teruskan berlari dengan target anggaran 2jam 50min ( sebelum ini best time saya, 2 jam 53min).
Alhamdulillah, saya menamatkan larian dalam masa 2jam 41 minit
walaupun sebelum itu pacer 2jam 45 minit telah jauh meninggalkan saya.
Rupanya pacer ter sampai awal ke finish line. ..adeiii la..lepas ni boleh lah target 2jam 30 minit pula ya insya allah...Suami saya berjaya menghabiskan larian dalam masa 2jam 27 min.. tahniah !
Secara keseluruhan, event ni agak kecil ( lebih kurang 300-400 pelari sahaja berbanding 6000 pelari semasa IPNM), tetapi pihak penganjur berjaya menyediakan semua keperluan asas pelari seperti, surau(kecil je tapi ramai juga bentang tikar solat subuh di parking), water/fruit station , goodies bag , air sejuk selepas lari dan pemberian medal yang teratur.
Another running buddy,Ain,, her 2nd HM. |
Group pic....Kak Dyna ( kiri sekali dengan kostum dan sayap pari-pari) |
Sekeping gambar dari official photograper... |
No comments:
Post a Comment