7 Ramadhan |
9 Ramadhan |
13 Ramadhan |
Bersama ini juga saya sharekan tips dari coach Faiz Mat Fo, seorang runner yang saya follow di FB:
Alhamdulillah semalam try buat 10km dalam bulan puasa lepas sahur bersempena ramadhan run challenge selama 14hari dan ianya dipermudahkan sehinggalah berbuka. Awalnya, rasa sedikit takut kehausan, penat dan juga lembik pada waktu petang, tapi sebaliknya berlaku. Badan still lagi aktif cuma rasa sedikit sejuk pada waktu asar. Itu saja pengalaman saya. Takde sampai sakit kepala, pening or sebagainya. Mungkin setiap orang mempunyai lain2 feedback
.
Teringat nasihat dari mak masa kecik dulu. Kalau tengah berpuasa, rasa haus, baca surah al-kawthar 3x dan gosok bahagian leher insyallah hilang dahaga. Itulah dipraktik oleh saya hingga hari ini. Boleh amalkan ya!
.
Antara tips lain ialah pentingnya membuat persediaan awal. Post2 sebelum ni saya ada menegaskan air merupakan pokok pangkal keupayaan badan kita untuk bergiat aktif pada bulan puasa. Ini apa yg saya amalkan untuk aktif sepanjang bulan puasa:
.
- Minum lebih 2 liter sepanjang berbuka-sahur
- Sahur wajib ambil 3 biji kurma, complex carbs yg lambat hadam seperti roti whole meal (2/3 keping) ataupun nasi beras perang bersama sedikit protein (telur/ayam)
- Jangan tidur selepas sahur. Terus bergerak aktif. Buat kerja rumah or push up sketttt sebelum g keje
- Berbuka dengan kurma dan air kosong segelas. Makan makanan 'light' untuk alas sedikit perut. Selepas solat maghrib atau tarawih, barulah makan dengan portion sederhana (60-30-10:protein-carbs-fat)
.
Antara vital sign dimana kita perlu berhenti melakukan run/exercise semasa berpuasa:
.
- Pening atau sakit kepala
- Rasa nak muntah
- Heart rate terlampau tinggi
- Penafasan tak terkawal atau bibir kering (dehydrate)
.
Apapun if nak teruskan buat aktiviti fizikal pada bulan puasa, please listen to your body. Kalau rasa boleh buat pagi, teruskan. Bcoz petang memang badan dah penat dan cuaca panas/hujan. Just plan betul2 hari apa yang nak workout serta makan makanan yg berkualiti dan dapatkan rehat/tidur yg cukup. ✌
.
#ramadhanfitness #getfitandgiveback #ramadhanchallenge #healthfitness #jomfit #physicalactivity #runramadhan #BiiB
Hi cat! Lama xbersua kan?
ReplyDeleteHi dear... selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
Delete