Saturday, 30 September 2017

Adrenaline Run 12km, UTM Skudai ( 29.9.2017) - night run


First time masuk acara rasmi jarak 12km. Alhamdulillah..selesai dgn catatan masa 1 jam 19minit,pace 7.06. Suami saya selesai lebih awal 1 jam 10 minit, pace 6.26. Seronok pulak dapat lari jarak sebegini...puas rasa berlari..( ade jugak jalan hehehe)..kat KM 6 dan Km 8 saya jalan dan lari-lari anak sebab terasa nak cramp betis. Semasa di hujung2 larian, sy berlari dengan seorang student (tak sure sekolah ke uni..nampak muda sgt lagi) ni..kami tak berckp pun..tapi kejap sy kat depan, kejap dia di depan, seolah2 kami pacer masing2 hahaha...lawak betul...sampai finish line, adik tu ckp..tahniah kakak.. (it is an honour to me too ye dik).

Bila sampai finish line, adik organizer hulur nombor..tahniah akak dapat no 4.(kategori women open) Ha???? Dapat hamper.. ^_^ as usual xde plan podium pun..sy cuma nak habiskan larian, sambil dgr lagu kat ear phone..bila boring, lari sambil humming dan  nyanyi..xpe orang tak dengar pun nyanyi sumbang2 hahahaha.Ok..kena cari lagi next event! :) Komen tentang event: crowd ok..cuma since organizer dia students lagi... kelakar juga bab nak start lari tu.lepas emcee bagi salam dan cakap2 sikit..., tetiba bunyi healer ponnnn... terkejut makkk terus lari..overall,still ok lah..lagi pun we had fun running right!puasss lari 12km!

Tiada injury, cuma sakit2 muscle biasa (normal pain yang dirasai esoknya)...kaki pun tiada blisters..alhamdulillah...



Map larian
Ikutkan apps ni, kami lari 11km..organizer kata 12 km..wallahualam..

Monday, 25 September 2017

Leaving..on a jet plane...



or not!

Tak lah..naik kereta je ..hahaha...O.U.T.S.T.A.T.I.O.N. AGAIN! adoi..dah out pulak rasa kepala...cuma lately lagu Leaving on a Jet Plane by Chantal Kreviazuk bermain- main di kepala..hahahahaha.

Sebelum ada anak-anak, memang la seronok nak outstation. Sepuluh tahun kemudian bila dah kerap outstation, ku dah jadi home sweet home punya orang..hmm..takde outstation pergi New Zealand ke hahahahahah....

Ni nak ajak famili ikut pun tak boleh sebab..anak-anak sekolah..suami pun sekolah.Eh. (suamiku guru ).

Malam ni kita pack barang... (barang minggu lepas pun ada lagi dalam beg - baju-baju yang tak dipakai lah. Used clothes of course lah dah selamat dibasuh, dilipat etc. ...

Haih..haih..haih...outstation lagi jom!

Friday, 22 September 2017

Wish list : Part 1

Among places i wish to go... ( tolak Haji dan Umrah..yang itu memang semua umat Islam wish)..buat masa ini lah.. jangka masa pelaksanaan 5 - 10 tahun lagi jika kesihatan mengizinkan :) amin!Kita hanya merancang, Allah jua menentukan...


Annapurna Base Camp atau juga dikenali sebagai ABC
Impian semua hikers atau pendaki gunung. Ketinggian ABC adalah 4130m. Memerlukan tempoh 7 ke 14 hari untuk dihabiskan ( 7 hari tu , ekspress route). ABC adalah base camp bagi Gunung Annapurna ( 8095m) , iaitu gunung ke10 tertinggi di dunia. Mendaki Gunung Annapurna adalah sukar, lebih kurang Gunung Everest kerana keadaan yang sejuk dan kekurangan oksigen, tapi, ABC lebih sesuai untuk hikers santai cuma memerlukan masa yang panjang, minima 7 hari. 

Ok..tunggu anak2 besar...aka..tunggu anak habis sekolah baru boleh pergi ni hahahahaha.... actually saya dah survey kos. Kos ke ABC beserta guide dan permit lebih kurang RM1800. Tiket flight, maybe boleh dapat dalam RM2000- 3000 (ikut nasib masa beli). Ramai agen-agen/gogo gunung di Malaysia makin rancak iklankan ABC, yang anda kena ada adalah, wang dan masa :).  







Going to down under..Australia!

 Negara Kanggaru ini juga merupakan destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia, maklumlah sekarang everyone can fly bak kata Tony Fernandez. Perth, Sydney, Melbourne, Gold Coast, semuanya menawarkan percutian menarik mengikut keistimewaan masing - masing.

Mount Buller, winter - sesuai untuk skiing.


Mount Buller Hiking, Melbourne

Pinnacles, Nambung National Park, WA Perth

Caversham wildlife park,Perth



Yanchep beach, Perth

Sydney Opera House


Gunung - gunung di Indonesia ( Merapi, Merbabu,Bromo, Semeru dll)

Semenjak kembali dari Gunung Papandayan, makin kuat keinginan untuk mendaki gunung - gunung di Indonesia. Mungkinkah tercapai dalam masa terdekat? Insya Allah....

Campsite Pasar Bubrah, Gunung Merapi

Gunung Merapi


Padang savannah di Gunung Merbabu

Tasik Ranu Kumbolo, campsite popular di kaki Gunung Semeru
Dream bigger, reach higher , remember?

Disclaimer : semua gambar di atas dari sumber google. Harap maklum. Wishing some day, I will go there and take picture by myself...amin....

Thursday, 21 September 2017

Dorsett, Putrajaya

Tempat berbengkel baru - baru ni. Hotel baru ( 2-3 tahun kot), organizer pula dari Putrajaya so maybe sebab tu hotel ni terpilih berserta kos harga promosi yang rendah. Untuk normal rate dengar khabarnya RM400++ sebilik, tetapi untuk conference/seminar rate, jadi RM180/pax. Oh ya, hotel ni bertaraf 4 bintang. Bilik memang selesa lah, paling suka bantal dia..boleh terlajak tido ni hahaha...dan good, delicious food..alhamdulillah...

Jom tengok gambar dari website hotel.

Lobi

Ruang makan/kafe

Ruang makan

Antara jenis bilik - yang ni deluxe kot

Pool. Semasa saya di sini...setiap hari hujan..plus saya bukan pandai berenang so just pergi gym bila gian nak berjogging.


View dari tingkap



Suka konsep ala-ala english dan hiasan burung kecil di karpet, depan bilik...

View sunset dan siang hari...from my room.
Sempat jog di treadmill 2x selama berada di sini


Wednesday, 20 September 2017

Outstation..again :( ...

Saya ada love-hate relationship dengan outstation.

(Love ) dapat keluar bekerja luar dari pejabat tetapi (hate) meninggalkan anak-anak. Outstation terbaru ni memerlukan saya keluar selama 3 hari 2 malam ke Putrajaya. Kalau cuti sekolah, boleh juga bawa keluarga (book/sewa bilik sendiri ).

Seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa kawan- kawan..lagi - lagi kawan - kawan satu kelas batch DVM 2004. Maknanya dah 13 tahun umur our friendship..kebetulan, ramai kawan- kawan sekelas ni juga bekerja di jabatan yang sama.


Saya memang kalah dengan red velvet,sushi dan tempura!

Kehadiran para sahabat mengubat sekejap rindu pada anak2 ..

Sunday, 17 September 2017

International Run for Autism 6km, UTM : 16 September 2017

A very fine activity to do on Malaysia Day! Suka sangat baju nya yang putih biru.. tak ada lagi baju run warna putih ni :)

Kami tiba di UTM jam 7 pagi, tunggu Kak Dyna jap sebab Kak Dyna tolong collect running kit ( Tq kak, lebiu..)..then ada senarombik , flag off jam 8 pagi.


My other half

Feeling ootd macรขm org muda mudi jap..bg can lar ^_
with kak Dyna

Pelepasan lelaki...eh tak aci ni siapa nak ambil gambar saya di starting line ? ^_

Saya finish 5th place :) sekali lagi setelah finish sy berjalan2 2-3 minit baru sy off... anggaran saya tamatkan 6km dalam 39-40 minit, pace 6.44

cantik kan medal dia so colorful! vibrant! yuran pun murah RM39 je

mas anak balik ni dah hujan lebat...plan asal nak balik terus lepas lari tapi tetiba sy naik podium pulak eh.. ada hamper utk top tens...terima kasih adik-adik UTM!.. ^_^
Menunggu penyampaian hadiah..lalalala

Cantik kan?


Trivia:

Adakah anda aware tentang autism? Sukar untuk memahami autism kecuali ibu bapa atau adik beradik yang mepunyai ahli keluarga yang mengalami autism. Tahukah anda autism bukan lah penyakit.. they are just..UNIQUE. Kanak-kanak/individu autism melihat dunia ini dari sisi yang berbeza...mereka seringkali disalah tafsir sebagai degil, nakal, hyperaktif..sebenarnya, mereka cuma BERBEZA.

Semakin lama, nisbah individu autism semakin meingkat. Samada sebab dahulu ornag susah nak detect autism, atau autism memang meningkat mungkin faktor chemicals in our food/ pollution/ faktor pemakanan/genetic dan lain- lain..wallahualam.




Tahukah anda ada 3 jenis tahap autism atau spectrum disorder?

Level 1(High functioning) bermaksud mereka nampak normal seperti kita juga, boleh bekerja, , memandu, mengendalikan machineries dan biasanya jarang kelihatan simptom autism. Masih perlu diberikan sokongan dan bimbingan oleh ibu bapa, guru dan orang-orang terdekat, secara berkala.

Level 2 (Mild to moderate autism) - menunjukkan sedikit atau moderate simptom , memang perlukan sokongan dari orang-orang terdekat setiap masa.

Level 3 (Severe autism )- perlukan sokongan dan bimbingan 100% kerana simptom autism mereka menjejaskan perjalanan kehidupan harian(tantrum, hyperactive dll).


Sumber: google