Throwback sebelum lupa dan basi
.
Biketouring Kluang-Melaka-Kluang :23&24 Oktober 2022
Tak ingat pulak bila kah boipren mencadangkan Biketouring style Audax ni ya...mmg kurang dari 2mggu rasanya... Tapi nak kabo lah... memang sebenarnya tahun 2020 sy dah daftar Audax BRM200 Pink Ride ,cuma tak berkesempatan nak buat (mula-mula event tangguh, lepas tu pulak PKP, event ditunda - tak diberitahu tunda bila...yang sy ingat tahun 2021 event dibenarkan dibuat secara virtual tetapi kena send peta strava ke organizer, saya pregnant pulak masa ni so melepaslah. Suami & kawan2 dia teruskan misi tu). Aha leh kata balas dendam 2 tahun punya lah ni ya? Berdua je katanya... Bila lagi nak dating ( ha tu cara dating....lain kali ajak gi taman bunga pun xpe )
Persiapan
Persiapan mental dlm seminggu gitu...terpaksa stop dulu berlari juga sebelum kejadian(to prevent injury), nak kayuh luar banyak kekangan,terpaksa la bergantung kepada pengalaman fondo few times before ,termasuk la kayuhan paling jauh pun 140km dgn kawan2 tahun 2019 tuu . Cuak jugak la lagi2 saya dlm keadaan rest & hibernate setahun masa tahun pregnant tu(2021)plus we had tragedy with the loss of arwah baby kami, Amna ( al-Fatihah). Kemudian i was struggling dengan berat badan yang naik mcm dipam2 lps bersalin lagi. Lepas tu dlm seminggu jugak sblm kejadiam sempat training zwift 70km ,2x dlm seminggu nak bike pack, kemudian kena taper off juga. Adoi tak cukup mileage padahal ni. Kemudian 2 hari sebelum mula kumpul barang2 nak bawak( baju, beg, lampu spare, energy bar,garam,ubatan/keperluan dll).
Paling bengkek kan... Berat basikal dari 8.2kg mencanak naik ke 12kg selepas dah pack bags + 2 botol air . Yang beskal suami dari 7kg jadi 9.5 kg. Haa x aci betul. Sis redho jelah..nak buat camne. Dari segi pemakaian pun, persiapan org perempuan lebih banyak. Lelaki sehelai sepinggang dia ok lagi. Dia leh bawak botol air satu je. Sis tak konpiden la nak bawak sebotol je walaupun tau byk stesen minyak on the way.Dah pesan ke encik suami..jgn tekan laju2 tau..beskal sy 12 kilo ni nak dibawak 400km pergi balik
.
Day before: siang ok cerah.malam hujan mencurah2. Somi ckp, kalau esok ujan,cancel la audax, kita naik kereta terus gi cuti-cuti
Day 1
Kayuh start dari rumah dlm jam 6.30 pagi. Awan nampak mendung, tapi tgk rain alarm, hujan ke arah Mersing. Kat KM 50 (depan UTHM) berhenti sarapan kat warung roti canai. Teringatkan Sya, tu mesej dia sekali dia ckp, dia ada ni..leh lintas jalan kaki je..jumpa lah sekejap. Bila lalu di jalan dari UTHM ke bandar Batu Pahat, sy rasa stress gila dgn suasana construction, jalan tak rata dan kon putih merah sepanjang jalan tu ha...
|
Breakfast |
KM85, lalu di Semerah, sy signal suami utk stop mana2 kedai atau stesen myk sebab sy rasa bdn sy overheat. Tak panas, mendung tapi maybe sbb humidity tinggi jadi peluh mcm x kering, rasa berkuap badan. So lepak la tepi Speedmart sambil minum air sejuk(cincau).
|
Rilek dulu |
|
Lepak depan speedmart |
Perjalanan diteruskan.. tak ingat stop mana di KM120. Masa ni mendung dan gerimis ringan sepanjang jalan. Kemudian sampai kat sempadan Melaka(Kesang) ambil gmbr dekat beca gergasi & suami roger kawan dia, kami lunch kat Sg Rambai jam 1 mcm tu.
Lepas tu ada stop lagi lps tu rasanya selepas lalu AMJ (jalan lurus yang membuatkan org ngantuk oii) tapi hilang ingatan lak kat mana haha..stop gi toilet agaknya haha..
yang pastinya bila masuk Bandar Melaka ,akak stress lagi sebab sampai dlm 4.30 petang , trafik tgh sibuk. Kat trafik light tu bersimpang siur kenderaan,mental kena kuat sebab ada kereta & moto menyelit nk kejar lampu merah. Dekat-dekat jam 5(at KM172), berhenti lagi sekali dekat Cheng. Masa ni gerimis semula. Refuel & rehydrate sini sambil main kucing. Kalau ikutkan baki lagi 30 km lebih kurang la.. suami reroute ke Lendu utk singgah UiTM,his alma mater.
Lps dah bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Homestay di Masjid Tanah. Ingatkan jalan flat, sekali nah dibelanjanya rolling hills. Sampaikan homestay pun nun atas bukit. Kami sampai homestay dlm jam 6.40 petang ,jarak terkumpul 206.6 km. Alhamdulillah..Century ride unlocked
, Audax 200km unlocked
.
|
Sampai homestay |
Boipren ckp k pas solat siap2 kita turun cari kedai makan. Dialog akak mcm ni la.
Sy:" Turun jalan kaki ek?"
Boipren:" Apa guna ada beskal..kayuh la cari kedai!"
Sy:"Dah nak malam ni bang, pastu sy x kuasa nak daki bukit lepas makan."
Boipren:" Eh kata suka bukit..." Chaittt
Setelah dikira2 ,ditimbang kati sis pun order la Food Panda ( tahukah anda ini kali pertama sis guna Food Panda..ahahaha noob sungguh). Jadi seronok la kami mengorder makanan, air mineral, nescafe, roti dll kudapan. Maklum laaa free delivery bg new orders hahaha.. dah la kebuluran.
K lepas mkn tu duduk/baring/golek2 rehat ...sambil cas semua gadget yang patut...kena tido awal yeh sebab panjanggggg lagi perjalanan pulang esoknya. Oh ya sblm tido saya minum protein shake ,moga2 kurang la DOMs.Nanti sis sambung esei lagi utk Day 2 journey back home okeh?
Siapa baca sampai sini komen "yeah" .Terima kasih.
Ditaip time rehat jam 1.50 petang.Harap maklong.