Showing posts with label Safety. Show all posts
Showing posts with label Safety. Show all posts

Sunday, 15 December 2019

Car seat hunting

Niat saya membeli carseat adalah untuk keselamatan anak saya yang dah berumur 8 tahun tapi bertubuh kecil ( tinggi kurang 135cm). Tinggi anak kedua saya baru mencecah 106cm. Reminder bukan sebab saman ye hahahaha.. actually ( maaf cakap), saya dah lama tak pakaikan anak sy carseat sejak beliau cecah 8 tahun tahun ini, since sy terikut2 regulation Australia kot ( semasa kami melancong ke Perth, kanak-kanak bawah 8 tahun sahaja diwajibkan pakai seatbelt.) Tapi masa tu tak ambik kira tinggi anak..anak-anak 8 tahun di Australia mungkin lebih tinggi (semestinya lahkan hahaha).

Jadi saya pun mencari-cari lah carseat yang sesuai dengan budget saya di online shopping. Kena hati-hati sebab kena tengok review, mana tahu terbeli yang fake. Berdasarkan perbincangan di group carseat, saya aim nak beli Halford Zeus XT (kenapa saya nak beli..mana pergi carseat merah dulu tu? dah seasoned...span dia dah penyet dan tak selesa utk anak...). Lagipun carseat lama tu ECE R03 punya certificate..dah lama sgt.

"ECE R44 04 is a European approval standard. Child car seats are tested in frontal collisions at 50 km/h and rear collisions at 30 km/h using crash test dummies and measuring instruments designed to see how well the seats protect the test dummies.
 
All child car seats currently being sold in Europe, Middle East and most Asian countries must be ECE R44 04 approved. In most countries ECE R44 03 is not allowed anymore."

Sorry saya lupa di mana sy ambil info ni.

So far saya tgh eyeing satu online shop di Lazada dan dia jual Halford Zeus XT dgn harga RM389.00 free shipping. Kenapa saya tertarik?


  • Rearward facing fits children 0~13kg (0~15 month) Group 0+
  • Forward facing fits children 9 ~32 kg (9month~12years old)
  • Equipped with 5-point safety belt system.
  • Backrest with 4 level reclining position system
  • New-style base, can adjust easily.
  • 3 Positions of belt adjustment to fit children's height
  • With Isofix

Untuk anak saya, bagaimanapun, tak perlu guna 5 point harness tu, nanti dah sampai, kena buka sebab dah ketat utk saiz beliau. Boleh pakai car punya seatbelt je

Untuk info, ada banyak carseat yang lebih murah dalam lingkungan RM200-300, tetapi sy ulangi, hati-hati jangan terbeli yang tiruan ya...pastikan ada iktiraf ECE R04/44 atau R129 i think.

Imej dari google
Kita tunggu sampai nanti saya review okeh? :)

Saturday, 14 December 2019

Carseat dengan Isofix, apa tu?

Sumber:heyner


Ramai parents tanya sy ISOFIX itu apa? Lihat di seat belakang kereta atau label lambang isofix yg ada di kereta anda.

Fungsi isofix memudahkan cara pemasangan baby carseat, lebih stabil dan selamat. Pilihlah carseat isofix jika kereta anda mempunyai fungsi isofix.

Apa kelebihan carseat yg bercirikan isofix?

1. Pemasangan isofix lebih MESRA GUNA berbanding dgn pemasangan dgn seat belt.

2. Tidak mudah SALAH PASANG berbandingkan dgn seat belt.

3. Pengurangan pergerakan carseat ke TAHAP MINIMA sewaktu kemalangan.

4. Kualiti carseat LEBIH SOLID utk menampung mekanisme isofix dlm rangka carseat dan CRASH IMPACT sewaktu kemalangan.

5. Rekabentuk, fungsi dan ciri2 keselamatan yg LEBIH UPDATED dan SELAMAT

THINK CARSEAT, THINK QUALITY, THINK KOOPERS.




sumber: Koopers 

Apa itu ISOFIX? ISOFIX adalah standard antarabangsa untuk attachment point car seat di dalam kereta anda. Ia mempunyai top tether dan two point attachment di setiap dasar car seat. Menurut kajian, 70% car seat yang dipasang adalah tidak betul dan ia meningkat risiko impact kemalangan ke atas anak ada. Oleh itu, ISOFIX di perkenalkan untuk mengatasi masalah car seat yang tidak dipasang dengan betul. Dengan kata mudah, car seat ISOFIX hanyalah Plug & Play. Jikalau anda rasa seat belt type leceh untuk dipasang dan sanggup berbelanja lebih sedikit, ISOFIX car seat sangat kami galakkan demi kesalamatan anak anda. Sumber: bebehaus

 My say:
Isofix diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi oleh jenama Britax kalau tak silap. Kemudian beransur-ansur diikuti oleh pengeluar-pengeluar lain. Semua kereta model baharu insya allah ada Isofix latch ini. Carseat yang saya beli tahun 2015, tiada isofix, maksud nya kita kena pasang menggunakan seatbelt(kereta saya yang dulu pun tiada isofix) .Sebagai persediaan 2020, saya kena beli 1 lagi carseat baru kerana anak no 2 saya baru mencecah 106cm tinggi :)... kakaknya dah melepasi tahap ketinggian minima iaitu melebihi 135cm tidak perlu pakai carseat lagi.


Sumber:heyner

Saman jika tiada kerusi keselamatan bayi (CRS)- Mulai Jun 2020

TINDAKAN saman akan dikenakan terhadap ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) selepas tempoh enam bulan pertama pelaksanaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan masyarakat sedar akan kepentingan penggunaan CRS untuk keselamatan kanak-kanak.

“Jika kita tidak kuatkuasakan undang-undang yang ada pasti tidak akan berkesan. Jadi perlu ada titik permulaan penguatkuasaan iaitu selepas enam bulan pendidikan kesedaran tamat.

“Selepas tempoh itu jika masih ada yang tidak ikut undang-undang, sudah pasti akan dikenakan tindakan saman. Jika tiada tindakan, tidak guna ada undang-undang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klik Untuk Keselamatan Komuniti 2019 di pusat beli belah di Seremban, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan tidak menggunakan pendekatan keras sebaliknya memberi tempoh enam bulan untuk pendidikan dan kesedaran sebelum undang-undang dikuatkuasakan.
“Kempen dan peraturan yang dibuat ini untuk keselamatan dan demi melindungi nyawa anak mereka sendiri. Jadi ibu bapa perlu faham dan walaupun sedikit membebankan, tetapi ia untuk melindungi nyawa,” katanya.
Katanya, kementeriannya sedang berusaha bekerjasama dengan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengurangkan kos CRS bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
“Kita tidak dapat bagi bantuan kepada semua, sebab terlalu ramai kanak-kanak di Malaysia ini jadi kita cuba usahakan sediakan subsidi kepada hanya mereka yang memerlukan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Lam Thye berkata, IKATAN akan menggunakan tempoh enam bulan pertama pelaksanaan CRS itu untuk memberi kesedaran menerusi pelaksanaan pelbagai program komuniti.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan, PLUS dan NGO untuk mewar-warkan mengenai kepentingan CRS dari aspek keselamatan.


Ulasan saya : sampai bergaduh-gaduh kalau sembang bab carseat! dalam FB cukuplah tengok netizen marah-marah. Chill...beginilah...famili masing-masing, tepuk dada , jagalah keselamatan mengikut kemampuan ya...bagi yang sedang carseat hunting, ingat ya cari yang mengikut piawaian ECE R04/44 tu ya. 


Thursday, 12 December 2019

Tahun 2020 wajib guna kerusi keselamatan kanak-kanak?

MELAKA: Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tiang Dua, di sini, petang ini.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.


Ulasan saya : saya amat bersetuju. Memang sekarang jadi isu polemik, ramai yang marah2 sebab alasan tak mampu,  berat sebelah, menguntungkan penjual dll.Malah ada yangmengatikan dengan politik!

Sejak 2015 memang saya join group yang menggalakkan penggunaan carseat ( Page FB: Malaysian Carseat Support Group) , banyak tips dikongsikan di group ini. Malahan admins telah berkorban menghadiri kursus teknikal berharga RM1000 lebih juga demi berkongsi ilmu dengan percuma atau sedikit bayaran (dalam RM15 je ) untuk carseat installation check. Saya juga telah sharing tentang carseat ini sejak 2015 juga di post ini. Sekiranya anak ramai pula, utamakan yang paling vulnerable atau yang paling kecik...ini sahaja yang mampu saya bagi tips.

Tuesday, 29 September 2015

Jerebu oh jerebu



Semua aktviti outdoor dah tak boleh dibuat...hatta anak2 merengek nak main basikal kat laman rumah pun tak boleh nak bagi!

E-ein pulak asyik sebut...bila kita nak naik gunung lagi ni mama....

Gunung Lambak pun tersorok dek jerebu huhu.....

Memang rasa marah, geram pada yang duk bakar hutan tu... anak2 paling affected...seminggu anak2 ku mengalami batuk, selsema..demam...pernah satu hari di tadika... sebelum KPM umum cuti sebab jerebu..yang datang tadika cuma 5 orang sebab yang lain semua demam!


Tuesday, 6 January 2015

Memilih car seat

Salah satu keperluan yang penting untuk persediaan  menyambut orang baru ialah car seat. Walaupun di Malaysia belum mewajibkan kita memakai car seat untuk kanak-kanak, tetapi untuk keselamatan apa salahnya.

Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital.

Ada pelbagai jenis car seat yang boleh dipilih. Bagaimanakah cara untuk memilih car seat yang sesuai dengan bayi kita?
Pertama sekali, kita harus tahu bahawa terdapat 2 jenis car seat.

1. Infant carrier




 Car seat jenis ini boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke belakang, maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi kita. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk kereta. Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang tidur. Tip pengalaman dari saya, mengangkat bayi yang sedang tidur dari kereta masuk ke rumah tanpa gangguan adalah satu kejayaan!

Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Selalunya kerusi ini hanya sesuai untuk tahun pertama sahaja. Bilakah masanya untuk menukar dari infant carrier kepada car seat? Mudah sahaja jawapannya. Apabila kepala bayi kita telah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut.(Penggunaan infant car seat diwajibkan dipakai secara REAR FACING di SEAT BELAKANG untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku crash impact akibat kemalangan.) Melalui pembacaan,most artikel sarankan rear facing sehingga 2 tahun .



Kebanyakan car seat jenis ini boleh diubah menjadi stroller atau kereta sorong setelah keluar dari kereta. Dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

 2. Convertible car seat


Car seat jenis ini boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Maka car seat ini boleh digunakan oleh bayi yang baru lahir sehingga umur 4 tahun mengikut berat anak.
Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita.

Tetapi, car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama (1 hingga 12 tahun).Ada juga car seat jenis ini yang boleh digunakan selama 3 peringkat umur (Class 1: 1 - 4 tahun , Class 2: 5-9 tahun , Class 3: 9-12 tahun).

Aku bagi contoh sikit...Ferrari Beline yang aku pakai sekarang....


  
Paling kiri(Class 1): Untuk penggunaan begini, sesuai umur 1-4 tahun.  
 Tengah(Class 2):Yang ini, remove harness belt dari car seat, dan guna seat belt kereta kita(5-9 tahun).
 Paling kanan(Class 3): Bila anak dah semakin membesar dah tinggi, tanggalkan back seat untuk dijadikan booster seat (9-12 tahun).Selepas cecah 12 tahun , anak2 dah boleh guna seat belt kereta sahaja....


Terdapat beberapa tip yang berguna untuk kita sebagai panduan membeli car seat.
  1. Kesenangan cara penggunaan. Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan.
  2. Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita.
  3. Jika anda memilih untuk membeli infant carrier, pastikan berat kerusi itu sendiri tidak membebani anda.
  4. Adakah tali keselamatannya mudah di sesuaikan dengan anak kita dan apabila dia membesar nanti?
  5. Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
  6. Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
  7. Murah atau mahal car seat yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
Terdapat beberapa jenama yang popular di Malaysia iaitu:

1.Sweet Cherry
2.Ferrari
3.Fisher Price
4.GB
5.Combi
6.Halford
7.Maxi-Cosi
8.Recaro
9.Aldo
10.Britax

Sumber(dengan sedikit editing tambahan nota: Panduan membeli car seat)

Monday, 5 January 2015

Children Car Seat Booster Evaluation 2014

Travel safe....

Ready?Let's go!!
Kat Malaysia ni, masih belum dikuatkuasakan penggunaan car seat pada bayi dan kanak-kanak...confirm ramai akan complaint dan merungut kot kalau dikuatkuasakan sebab mungkin ramai yang rasa leceh.For me, keselamatan anak tiada kompromi.Kalau boleh berhabis beratus-ratus atau beribu untuk handphone atau handbags, takkan tak boleh spend untuk keselamatan anak semasa travel dalam kereta?

Actually we are also noobs bila bab car seat ni...banyak info dapat dari kawan-kawan yang pernah stay overseas(car seat WAJIB-kalau tak pakai, sila bayar saman ya...) dan juga internet.Since I am the one who are driving my kids to kindergarten, so kena ambil tahu bab2 ni...aku mula apply kat E-ein starting September last year...sebab E-ein pernah jatuh ke bahagian ruang kaki masa aku brake emergency.Memang tak cedera apa pun, tapi lagi satu habit budak2 ni, suka melompat2 dalam kereta dan juga suka duduk tengah2 antara seat pemandu dan penumpang depan.Tak ke bahaya tu?

So, E-ein's car seat is Halford. Convertible car seat yang boleh pakai dari umur 1 tahun hingga 12 tahun (sehingga 36kg).Aisy punya just arrive last week, Ferrari Beline...semua beli di Littlewhiz.com , yang mana aku beli time ada promo sale...dua2 ada removable highback ( means boleh buka dan guna seat bawah sahaja bila diorg bertambah besar dan tinggi.

Boleh rujuk di website IIHS( Insurance Institute of Highway Safety) mengenai penilaian car seat yang bagus dan not recommended setelah dibuat crash test.


"IIHS ratings take the guesswork out of selecting boosters most likely to provide good lap and shoulder belt fit in a range of vehicles. Unlike child restraints with built-in harnesses, booster seats rely on vehicle safety belts to restrain children. Boosters are supposed to make adult belts fit children better and are for kids who have outgrown their forward-facing restraints.

The Institute puts the booster seats it tests into four categories:

  • BEST BETs are seats that provide good belt fit for typical 4 to 8 year-olds in almost any car, minivan or SUV.
  • GOOD BETs provide acceptable belt fit in most cars, minivans or SUVs.
  • Not recommended don’t provide good belt fit and should be avoided.
  • Check fit applies to booster seats the Institute has tested that have varied results depending on child size and vehicle model. This designation appears on some models in the "Search by brand" section."Source

Eein punya car seat tak ada dalam penilaian ni, mungkin tak dibuat(masa beli , tak study sgt, just tanya kawan2....).Aisy punya masuk dalam GOOD BETS for highback dan BEST BETS for backless(back removed).Tapi aku beli berdasarkan tengok kedua2 ni ada ECE R44/03 certified(Halford) dan ECE R44/04 (Ferrari Beline), dan juga budget semasa pembelian.Kod ECE ni dari Europe,menunjukkan piawaian keselamatan produk.

"ECE R44 04 is a European approval standard. Child car seats are tested in frontal collisions at 50 km/h and rear collisions at 30 km/h using crash test dummies and measuring instruments designed to see how well the seats protect the test dummies.
All child car seats currently being sold in Europe, Middle East and most Asian countries must be ECE R44 04 approved. In most countries ECE R44 03 is not allowed anymore."

Adalah ECE R44/03 tu tak diiktiraf ? oh bukan...melalui pembacaan,ECE R44 /03 tu versi lama sikit sebelum ECE R44/04...


"The ECE R44 rev.04 is relatively new and differences are small and have nothing to do with testing. Testing procedures are exactly the same in rev.03 and rev.04, what differs has to do with manufacturers.

In rev.03 seats were tested and there was after that not much oversight of manufacturers. If a seat is tested with the new rev.04 it means that responsible organization is continuously verifying the manufacturing procedure and check so that seats which were once verified are also the same one which are being sold."from Google

Dengan kata lain, ECE R44/03 ni depa buat test juga using crash test tapi selepas tu manufacturer tak follow up atau buat test baru.Kalau ECE R44/04 , manufacturer buat test berterusan untuk pantau produk...

Dan....kebanyakan kereta yang diguna di Malaysia, seat kereta tak berapa friendly dengan car seat except keluaran Europe(Ford , dll)  dan beberapa keluaran Jepun ( E.g Nisan Teana, Toyota Wish)..huhuhu... tak ada anchor untuk top tether car seat.Car seat yang aku beli ni kira sederhana juga sebab tak ada top tether...tapi aku try buat DIY dengan ikat belt pada bahagian head rest kereta aku dengan head rest car seat tu...yang ada top tether ni, mahei sangat pulak ribu riban...#tepukdahi.Anyway better than tak ada carseat, yang mana car seat adalah usaha untuk meningkatkan keselamatan anak2 semasa kita drive ..insya Allah...

Ferrari Beline Scuderia
Sekarang tengah ngetest bawa Aisy guna car seat...baru2 guna untuk 5 minutes drive je pun...nak bagi dia biasakan diri coz journey to her kindergarten takes 30 minutes time....Bismillahirrahmanirrahim..school start next week!