Salah satu keperluan yang penting untuk persediaan menyambut orang baru ialah car seat. Walaupun di Malaysia belum mewajibkan kita memakai car seat untuk kanak-kanak, tetapi untuk keselamatan apa salahnya.
Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital.
Ada pelbagai jenis car seat yang boleh dipilih. Bagaimanakah cara untuk memilih car seat yang sesuai dengan bayi kita?
Pertama sekali, kita harus tahu bahawa terdapat 2 jenis car seat.
1. Infant carrier
Car seat jenis ini boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut
jenama-jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke
belakang, maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama
bayi kita. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk
kereta. Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang
tidur. Tip pengalaman dari saya, mengangkat bayi yang sedang tidur dari
kereta masuk ke rumah tanpa gangguan adalah satu kejayaan!
Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Selalunya kerusi
ini hanya sesuai untuk tahun pertama sahaja. Bilakah masanya untuk
menukar dari infant carrier kepada car seat? Mudah sahaja jawapannya.
Apabila kepala bayi kita telah melebihi paras hujung kerusinya dan
beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut.(Penggunaan infant car seat diwajibkan dipakai secara REAR FACING di SEAT BELAKANG untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku crash impact akibat kemalangan.) Melalui pembacaan,most artikel sarankan rear facing sehingga 2 tahun .
Kebanyakan car seat jenis ini boleh diubah menjadi stroller atau kereta sorong setelah keluar dari kereta. Dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
2. Convertible car seat
Car seat jenis ini boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Maka car seat ini boleh digunakan oleh bayi yang baru lahir sehingga umur 4 tahun mengikut berat anak.
Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita.
Tetapi, car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama (1 hingga 12 tahun).Ada juga car seat jenis ini yang boleh digunakan selama 3 peringkat umur (Class 1: 1 - 4 tahun , Class 2: 5-9 tahun , Class 3: 9-12 tahun).
Aku bagi contoh sikit...Ferrari Beline yang aku pakai sekarang....
Paling kiri(Class 1): Untuk penggunaan begini, sesuai umur 1-4 tahun.
Tengah(Class 2):Yang ini, remove harness belt dari car seat, dan guna seat belt kereta kita(5-9 tahun).
Paling kanan(Class 3): Bila anak dah semakin membesar dah tinggi, tanggalkan back seat untuk dijadikan booster seat (9-12 tahun).Selepas cecah 12 tahun , anak2 dah boleh guna seat belt kereta sahaja....
Terdapat beberapa tip yang berguna untuk kita sebagai panduan membeli car seat.
- Kesenangan cara penggunaan. Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan.
- Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita.
- Jika anda memilih untuk membeli infant carrier, pastikan berat kerusi itu sendiri tidak membebani anda.
- Adakah tali keselamatannya mudah di sesuaikan dengan anak kita dan apabila dia membesar nanti?
- Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
- Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
- Murah atau mahal car seat yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
1.Sweet Cherry
2.Ferrari
3.Fisher Price
4.GB
5.Combi
6.Halford
7.Maxi-Cosi
8.Recaro
9.Aldo
10.Britax
Sumber(dengan sedikit editing tambahan nota: Panduan membeli car seat)
Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. ...tq :)
ReplyDelete