Saturday 3 January 2015

Whole Chia Seeds


Ini bukan entry promo produk ok..

Sejak bila aku ambil chia seeds sebagai makanan tambahan? Sejak April 2014 same time as I start workouts..tapi kadang2 ingat kadang2 lupa hohoho...

Maksud "chia" itu sendiri bermaksud kekuatan/strength dalam bahasa Mexico lah kot sebab biji chia nid ari sana.... Kelebihan chia seeds ada banyak...yang membuatkan aku tertarik :

1. chia seeds memberikan rasa kenyang yang lebih lama sebab biji2 chia ni kembang dalam perut bila ditelan( cukup 1 sudu besar sehari saha atau 1 sudu teh 2x sehari.)

2.kandungan Omega-3 yang tinggi."Kajian mendapati pengambilan Omega-3 dalam jangka masa panjang membantu meningkatkan tenaga badan, menggalakkan pengaliran darah, membantu pembekalan oksigen dan nutrien, menyingkirkan toksik dalam badan, memperbaharui sel-sel badan, dan secara keseluruhan memperkuatkan sistem imunisasi. DHA juga merupakan unsur berkhasiat yang dapat meningkatkan aktiviti otak, ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih cerdik, memperkuatkan lagi ingatan orang dewasa dan membantu mengelakkan tekanan."source

3.rasa kenyang yang diberikan oleh biji chia membuatkan kita kurang rasa nak snacking (bagi aku tengok orang lah..kalau ko telan chia seed berkoyan2 tapi ko makan macam isi tong drum,pastu ko tak exercise confirm lah tak turun berat badan)

Ok..lain-lain kebaikan chia seeds yang aku jumpa dalam bahasa Melayu: source




 Fungsi biji Chia

  • Membantu mengurangkan berat badan: apabila terkena dengan air, biji chia boleh mengembang 12 kali ganda ke atas, kemudian terbentuk satu lapisan gel dalam perut untuk melambatkan penyerapan bahan karbohidrat. Biji chia menghasilkan rasa kenyang dan pada masa yang sama teurs membekalkan tenaga untuk mengelakkan segala kesan sampingan daripada proses mengurangkan berat badan.
  • Mengawal penyakit kencing manis: gel biji chia akan memanjangkan proses penghadaman, keadaan ini membantu untuk mengekalkan aras glukosa, mengelakkan peningkatan kandungan glukosa, ia juga membantu untuk mengawal penyakit kencing manis.
  • Memperkuatkan jantung: Asid Eicosapentaenoic (EPA) dalam omega-3 berkesan untuk membersihkan saluran darah dan mengelakkan penyekatan saluran darah, manakala serabut yang tinggi juga membantu untuk mengelakkan penyakit jantung.
  • Membekalkan tenaga: biji chia yang telah menyerap air lebih mudah dihadam dan diserap supaya nutriennya cepat digunakan oleh sel-sel badan. Biji chia yang penuh dengan air juga boleh menyeimbangi elektrolit, mengelakkan dehidrasi. Ia amat membantu untuk kesihatan ibu mengandung, ibu yang menyusu, olahraga dan pembina badan.
  • Melambatkan proses penuaan: omega-3 dalam biji chia bukan sahaja anti oksidan, malah boleh meningkatkan ketegangan kulit dan mengekalkan wajah muda.
  • Menyelesaikan masalah sembelit: serabut yang tinggi dalam biji chia membantu menyingkirkan toksik badan, dan menggalakkan metabolisme.


Keistimewaan biji Chia

  • Kandungan Omega-3 adalah 8 kali ganda daripada ikan Salmon
  • Kandungan kalsium adalah 6 kali ganda daripada susu
  • Kandungan zat besi adalah 6 kali ganda daripada sayur bayam
  • Serat makanan adalah 9.8 kali ganda daripada beras
  • Kandungan kalium adalah 2 kali ganda daripada pisang
Penggunaan biji chia yang mudah
Tuangkan 1-2 sudu teh biji chia ke dalam gelas, kemudian tuangkan 250ml air suam atau jus buah-buahan. Selepas mengacau, biarkan selama 5- 10 minit, ia boleh dimakan apabila gel biji chia terbentuk.


Bagi aku lah, biji chia memang istimewa.Rasanya? Tawar.Tak ada rasa..ala2 biji selasih sikit...boleh campur dalam aiskrim, dalam adunan roti, biskut, celup tepung, air sirap, jus, overnight oats, apa-apa jelah..atau amik je sesudu terus ngap telan macam tu aje....tak ada pantang2 cara nak makan macam kena putar sudu arah berlawanan jam sebanyak 8 kali ke..takde takde..bidaah je tuh hahahaha...

No comments:

Post a Comment