Showing posts with label My kids. Show all posts
Showing posts with label My kids. Show all posts

Monday, 26 March 2018

STEM Fun Run 5km (25 Mac 2018)

STEM stands for Science, Technology, Engineering and Mathematics. Larian kali ni dianjurkan oleh Sek Men. Sri Gading, Batu Pahat tapi event nya di buat di UTHM . Yurannya sangat murah RM20 untuk school kids & RM25 utk orang awam. Dapat tshirt & medal. Yang paling best saya tak sangka medal dia sangat cantik! Macam medal bg event yang yurannya RM50 je. Untuk kali ini, saya dan suami menjadi ghost runner. teman anak-anak sebab saya cuma daftarkan untuk anak-anak. Adik2 pun ikut daftar lari.Untuk makluman, ini lah pengalaman pertama anak-anak saya masuk event larian. Kelakar juga..diorg lari 1km pertama, lepas tu rasa penat, berjalan hingga ke finishing line..hihihi...dah cakap jgn risau, kat sini semua orang dapat hadiah tau(medal). Anak sulung sy risau bila tengok pelari-lepari lain potong dia ( dia ingat mcm event lumba lari 200 meter di sekolah..haha) .Tahniah buat organizer, event yang simple dan teratur, tiada VIP berucap!Walaupun lewat sikit dalam 10 minit utk mula, tapi selepas tu event berjalan lancar hingga ke akhir larian.
 
Aisy badmood sebab " kita tak suka lariii..." si kakak excited nak lari.


Bagi main sini jap .,..nampak lah ceria sikit

Jumpa pulak kawan seangkatan dari opis sebelah

Kawan-kawan yang kenal dari group virtual run since 2017, Syazila & Ain, kawan hiking juga.




Dapat medal terus gembira!

Sunday, 4 March 2018

Karnival We Love Archery Kluang - 3.3.2018

Baru - baru ni, Akademi Memanah Thalhah ada buat iklan di sekolah anak saya..since it is free, lwt's go check it out..lagi pun Eein minat sangat nak belajar memanah, terpengaruh dengan movie Brave lah ni. Nanti kita btahu dia ya, memanah ni sunnah Nabi Muhammad SAW. Untuk tujuan karnival ni, pelajar diberikan try-outs percuma sebanyak 2kali cubaan. Sesiapa nak belajar lanjut, ada kelas breskala kecil ( basic 3 hour class:RM70 yurannya), dan lagi satu pakej RM270..beberapa hari punya training sampai pandai.
 
Aisy pula ckp dia tak minat...tak apa nanti kita explore lagi apa yang adik Aisy lebih suka( kecuali bermain hahaha). Cuma waktu menunggu agak lama lah (dalam 30-45 minit..bila event dah start , gilirna tu bergerak laju jugaklah)sebab ramai yang dtg ke sini dan budak-budak kena bertahan duduk kat padang panas- panas masa beratur tunggu giliran memanah( jam 10 pagi pun terasa kerana panas).Harap organizer boleh sediakan khemah la untuk budak2 ni..kesian. Yang dapat turn jam 9 -10 pagi ok lagi..yang menunggu sehingga 11-12 tghari tu yang kesian.
 



Gaya dah ada

Panas merelip tapi kakak boleh senyum lagi

 
Berminat? buat masa ni kelas sekitar Kluang dan Batu Pahat sahaja..:) saya daftarkan anak untuk basic 3hours practice sahaja, April nanti.

 

Sunday, 1 October 2017

Ujian Grading Green Belt Kakak

Alhamdulillah dah lulus.... berkat ajaran sir dan juga kawan-kawan E-ein yang membantu E-ein cantikkan steps / taegeok.. I do not have high expectation in this, just so she can socialize with new friends and learn martial art :)


Petang nya gi makan ice cream & waffle...sekali sekala..

Saturday, 11 February 2017

Telur terapung

Just done this experiment with my kids last night. They have fun, especially part kacau garam dengan air hahaha

Ok ni caranya, ringkas tapi menarik!(gambar tak ambil semalam so kita google je ye)

Sumber: Syimasogimin

Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.
Dalam eksperiment ini, saya ingin buktikan kepada rakan-rakan sekelas saya bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkah eksperiment ini:

  • Bahan-bahan:
ü       2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
ü       Air paip
ü       Garam
ü       2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
  • Cara-caranya:
a)    Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.
b)   Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.
c)    Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.
d)   Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.
e)   Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.

  • Hasilnya
  • Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas
Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

  • Mengapa fenomena ini terjadi?

Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan,  telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi dari berat air dan ini   menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air garam tersebut.

Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES…
”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.”

Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.

Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.
Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.

Thank you for sharing this wonderful experiment, syimasogimin!

Sunday, 1 January 2017

Projek Penambat Pensel Warna

Buat projek ni untuk Aisy, untuk mengelakkan kehilangan pensel kaler atau tertukar..cikgu tadika kata, sebakul ada kaler budak-budak ni..sejak zaman E-ein tahun 2013 lagi hahahaha...

Dalam pembikinan...

Tak sampai 20 minit dah siap...reben kosong dan selotep (cari yang lekat kuat-selotep binding buku pun boleh) beli kat kedai barang pengantin... tak sempat gi Mr DIY untuk beli selotep colourful.
Tutorial nya saya jumpa di FB Siti Rohana Ismail.

1.Tutorial penambat pensel warna.(saya tak ambil gambar step by step...pinjam gambar post asal lah ye)

Sediakan bahan reben secukupnya
Selotape beli kt diy, kuat gamnye...rege tk tau adik belikan
Pensel warna
Gunting
Ring kunci

Kalau tkde selotep diy tu boleh pakai selotape yg org binding buku..tape kain tu ada warna warni


2. Lekatkan macam dalam gambar






3. Panjang reben, ikut keselesaan untuk anak mewarna...

 


4.Masukkan pada ring kunci dan selotep di reben-reben tu.

5.Siap...boleh hias atau letak nama dan simpan dalam pencil case.

Sunday, 11 December 2016

Cuti - cuti di Tanjung Leman

Baru nak update, asyik lupa nak transfer gambar..percutian singkat kami di Tanjung Leman ( FELDA Residence Tg.Leman), pada 1 Disember 2016 baru-baru ini. Jarak Tg.Leman dari Kluang, kira - kira 2 jam perjalanan.....Normal rate bilikyang kami sewa ( 3 x superior room untuk 9 orang punya stay),sepatutnya RM250/room, tapi since sy book melalui Agoda, dapat lah harga RM180/room. Complete with breakfast. Breakfast dia tak bynk pilihan, ok lah...sebab nak gi makan kat sini, agak jauh dan agak mahal (kawasan resort kan). Nak ke Mersing boleh, tapi jaaaaauuuh lagi dlm 20 min perjalanan. Kami nak cuti-cuti santai, lagipun 1 hari je pun(checkout 2hb).

Benda pertama..mesti lah kolam yang dituju..depan bilik kami je ni.Utk kids, 0.65m kedalaman.

Bapa saudara dan sepupu Eein Aisy :)..di kedalaman 1.2m

Haruslah gambar dalam air..dah macam dugong dah adik Aisy hahahaha



Esok paginya selepas subuh saya jogging...anak-anak belum bangun, hubby tlg jagakan..sebab lepas tu beliau pula nak jogging ( take turn..hahaha).

masa ni jam 6.45 pagi...



View yang cantik...subhanallah

Dan jam 9 pagi lebih kurang...anak-anak request nak main pasir...




budak-budak, cepat buat kawan...


So...itulah secebis kisah percutian 1 hari kami :D....

Tuesday, 6 December 2016

Sambutan hari jadi Aisy :)

Hari jadi Aisy hari ini sebenarnya ,yang ke 5 tahun, 6 December 2016. Tapi kami dah sambut awal di tadika nya pada hujung November sebab kalau tunggu tarikh sebenar, nanti tak dapat sambut dengan kawan-kawan :)..so here is a few pics....Aisy dan kawan-kawan...kek buat sendiri tau..Aisy & kakaknya tolong :). Rujuk post ini.Mama selalu busy, tapi alhamdulillah sempat buat sendiri..tido jam 2 pagi malam tu hahaha...no decoration sebab pergi giant, takdek strawberries huwaa...cikgu tadika cakap, ni lah first time kek buat sendiri, biasa orang beli..hahaha bangga sikit di situ ecececece....masuk lif tekan sendiri la ye.

Kawan-kawan Aisy bagi nama lain kepada kek ni.Kek Banjir Coklat..hahahahaha sukahatilanakkkk

 




Sehingga menjilat jari