Showing posts with label 42km. Show all posts
Showing posts with label 42km. Show all posts

Wednesday, 12 February 2020

RUN FOR A REASON SCKLM 2020 : NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA- marilah menderma sambil membantu

Tahun 2015, saya mula menjinakkan diri ke aktiviti hiking, tahun 2016 saya mula pula berlari...dan tahun 2019 saya mula berkayuh...alhamdulillah masih ada kudrat dan kesihatan untuk membuat semua aktiviti ini.

Kawan- kawan yang dikasihi, untuk makluman tahun ni tahun kedua saya jadi pelari RFAR( Run For A Reason) untuk KL Standard Chartered Marathon(KLSCM), saya akan berlari Full Marathon sejauh 42.195 km bukan untuk diri saya sahaja, malahan bagi mewakili National Cancer Society Malaysia . Sekiranya sudi marilah memberi sumbangan kepada badan charity National Cancer Society Malaysia, moga sumbangan itu meringankan beban dan mempermudahkan urusan pesakit2 kanser di Malaysia. Semoga kalian dirahmati Allah..God bless. Klik link di bawah ๐Ÿฅฐ 

https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2020/6049/#.XjrdzasRVPx


jangan lupa klik รฟes for receipt "sekiranya anda berhajat membuat tax rebate  . Terima kasih.

Sunday, 10 November 2019

Southern Twincity Marathon (2 November 2019) : My 3rd Full Marathon

Waiting for flag off jam 3 pagi di Teega Walk


Sebenarnya tak tahu la kenapa gatal pi register event ni yg kira-kira sebulan lepas KLSCM ๐Ÿ˜‚ yakinnya kamuuu haha .


Ok tiap event mesti ada la drama dia kan wpun sikit. First, mlm sebelum event ,tersebar screen shot JKR x luluskan penutupan jalan. Sy dan suami terasa pelik kenapa laaa mlm sblm event baru nk keluarkan statement. Viral la kat fb rakyat runners belaka. Agak merosakkan mood para runners tapi mujur semua runners ni hati kental( tapi sampai xde mood la nk buat flat lay kah3) .Boleh kata run kali ni ala2 runcation beli jiwa sbb book hotel tido di JB dan bawa anak2 sekali (thanks buat adik2 ipo tlg jagakan mereka masa kami run).

The familiar faces, Kak Dyna

Kawan-kawan sepelarian

Kawan suami, Adi


Sebenarnya agak byk brg tertggal sblm sy bermlm di JB. Termasuklah produk Marathon Baker dan blinker. Mlm tu teringat nk mesej member sepelarian kot ada choc diva lebih..nti ganti balik..alhamdulillah dapat! Thanks Zharfan! Beli juga power gel N8 masa repc..3 peket rm20(guna 1/2 sachet je share dgn encik suami..sy mmg jenis suka mknn yg boleh dikunyah2 huhu) .Tapi beli gel ni sbb tertarik masa test rasa bila pnjual kata ni rasa mangga.. mmg x muak masam2 manis..kalau power gel lain sy dah terkeluarkan balik sbb manis dia tu x tahan. Hari kejadian, tdo kul 9mlm, bgn kul 12 mlm bersiap2 dan bergerak ke FO Teega walk jam 1.30 pagi. Flag off smooth je... x ramai sgt participant. (Dgrnya total 2700 peserta semua kategori, fm 380 org).




First 15km berjln lancar dgn pace 7.30-9. Lepas tu km 18 or 19 suami solat tapi sy x nmpk mobile surau with telekung.. sy tggu je suami sambil mkn choc diva. Kemudian lari lagi dgn hrpn jumpa surau. Jumpa di km21...jam 6.40 pagi. Haaa 2x bhenti solat....ish2... Lps dari km21 kami makin byk berjln sbb suami kata tapak kaki sakit + sbnrnya dari mlm tadi dia sakit gigi. Berjalan je hinggalah km 27 camtu suami ambil keputusan nak dnf sbb sakit kaki dah satu hal... sakit gigi pulak makin mencucuk2 wpun dah telan panadol. Punye lama bincg selama 1km..finally he decided dnf at km28. Sy pun almost tempted nak dnf sbb masa tu terbygkan sedap nyeee tidooo wooo hahahaa .. tapi setelah ditimbang2, tak jadi dnf, sy amik keputusan teruskan je, rasa nk dnf tu lebih kpd mental mula nk bonk haha pdhal sy ok je( suami ku call member yg dah siap hm utk tlg ambil dia). Kat km30 masuk ke Kg Sg Melayu sy mula rasa nak cramp kat peha..so ambil 1 sachet crampfix.lps tu hisap salt candy + minum 100plus sambil jln dan run slowly 3 min,jln 1 min.. sy buat mcm ni smpi habis. Byk bg2 salt candy kat org dari hisap sendiri hahaaa..himalaya salt candy nk lantik sy jd duta takkk kah3... rasa nye sy hisap 2 butir je sepnjg larian. Kat km 34 mcm dpt semangat baru (sambil mkn pisang) sbb tgk lagi 8 km je nk siap! Sambil run sambil ckp kat runners lain jom2 sikit lagi sikit lagi!
Lepas tu menghampiri Teega walk nmpk sign 40km rasa lega. Tapi rasa sedikit marah bila hampir mencecah km42 sy tgk kena pusing jauh nak ke FL! Chinese man dpn sy siap mnjerit "arghhh overshot!" ,tumbuk2 tgn sendiri sambil ditenangkan kwn sebelah dia. Jgn laaa main2 dgn emosi runner fm okayy.. Sy jeling jam mmg tgk sy dah cecah 42.2 di 6jam40min. Pasrah je lah siap ada pusing roundabout lagi nk ke Teega walk. Overall jam tnjuk 43 km, cross FL 6jam47min. Rmi juga kwn2 runners post hm jadi 22.5km.. fm jadi 43-43.4km gitu. Adoii... dah la long distance run, tak payah la belanja overshot ye.. klo run 5km tu ok lagi overshot.


mula-mula lari berdua, lepas tu cross FL sorang-sorang wuwuwuwuwu





Waterstation ok cukup. 100plus colour2 lagi tapi selang 2 ws baru ada 100plus..yg lain air mineral. Pisang cukup... rsnye lps km21. Lupa. Masuk Kg Sg Melayu x nmpk ada medic or ambulans round. Keluar kampung mcm kurg yg jaga tepi jln.. x cukup budget agaknye.. tapi bahaya la masa di area highway menuju ke Teega tu. Sbb saat ni runners dah rmi letih dan mungkin x alert kenderaan nk lalu. Masa sy smpi terus ckp kat suami..event ni x sama dgn twincity cyberjaya.. huhu.. anyway tahniah buat semua runners ya.. dan jugak tahniah encik suamiku yg endure sakit agak lama jugak smpi 28km sblm decide dnf...sekian. Tq for reading!

Gambar yang nice dari official photographer...ni dalam 5 km pertama lepas flag off..tq

Saturday, 12 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon : Photos from Official Photographer

Ada 20 orang Official Photographer tapi saya tak ingat lah semua...ada je tercatat di FB rasmi KLSCM. Di bawah antara gambar-gambar yang berjaya dijumpai...kalau SMART pix senang dia ada face recognition, yang lain-lain memang juling mata nak scroll..thanks kawan-kawan yang tag! special Thanks to all the Photographers...ada lagi album yang saya belum tengok...tak larat nak cari hihi....
Ayakkk..macam tengah zumba pulak... kena baiki pose lagi lepas ni hahahaha


Rasanya ni di KM40..auw..thanks for asking for my hands hahahaha sila jangan muntah
Yang ini betul-betul di Finish Line :), photo by Standard Chartered Marathon official

Ok finish!NEXT ? :)

Monday, 2 September 2019

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon(SCKLM) : Run For A Reason

Kawan-kawan..hujung bulan ini (29 September) saya akan berlari Full Marathon di acara SCKLM sebagai peserta Run For A Reason. Saya akan mewakili badan kebajikan National Cancer Society Malaysia, kawan-kawan boleh menyumbang sehingga 15 September ini di link bawah ini ya?


Doakan saya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga dan selepas acara..amin.. ;) 


I will run for National Cancer Society Malaysia in my first SCKLM participation. If you are interested to donate, click my profile link https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2019/82188/#.XV0TWe3mg0M

Donation can be done until 15th September 2019. ๐Ÿ˜ŠThank you.
 
 

Wednesday, 30 January 2019

My First Full Marathon in Twincity Marathon


Lama betul tak update blog! busy beeeee....


Tak pernah terfikir pun nak lari 42.195km sejak mula lari fun run (5km) di tahun 2015. Yang terlintas di benak fikiran, larian cumalah satu senaman selingan untuk saya mencapai cita- cita mendaki gunung Kinabalu yang dijadualkan pada Disember 2016. Selepas Kinabalu, masa semakin etrhad untuk mendaki dan tak boleh lah selalu tinggalkan anak-anak untuk pergi hiking. Hiking di Gunung Lambak pun memakan masa 3 jam termasuk drive ke parking resort Gunung lambak. Jadi untuk kekal aktif, saya pilih berlari. Secara beransur-ansur jarak larian semakin bertambah...dari 5km ke 10 km ke 12 km. Sehinggalah suami dan rakan ajak masuk half marathon di tahun 2017. Memang kerja gila sebab saya baru berlari paling jauh, 12km. Selepas half marathon pertama, saya gigih berlatih slow ly bermula dari KM5 semula...which lead to another HM (total 3 half marathon events dan 3 half marathon lari sendiri-sendiri hahaha ) sepanjang tahun 2018. Bulan Ogos 2018, sekali lagi terjebak dengan virtual run secara berkumpulan 1963 team Challenge, ....dan kawan-kawan baru saya bercerita tentang Twin City Marathon yang akan berlangsung pada 20 Januari 2019. Saya maklumkan suami, kami terus daftar jarak 42.195 km atau orang panggil, full marathon (FM)! Sempat ni training....kenapa kami tertarik join Twin City Marathon? sebab cut off time (COT) yang panjang iaitu 8jam. Biasanya events lain ,COT bagi FM adalah 7 jam ke 7 jam 15 minit. Jadi, Twin city ni sangat sesuai bagi runner yang baru nak berlari FM.
Sampai ke hujung November dalam kesibukan kerja dan berlatih lari ( 3-4 kali seminggu termasuk long distance run di hujung minggu), saat momentum tengah sedap berlatih berlari....lutut saya sakit pulak...diagnosed sebagai runner's knee. Sempat pergi physiotherapy 2x, kemudian awal December ke umrah 2 minggu. Balik umrah batuk-batuk sebulan..awal Januari berlari paling jauh pun 15 km..huwaaa...dalam seminggu(sepatutnya 2 minggu)  terakhir kena taper ( istilah mengurangkan km dalam larian untuk rehatkan muscle dan simpan tenaga). Masih rasa tidak bersedia, malah malam sebelum lari FM tu saya rasa macam nak DNS je hahahahaha pujuk hati sambil ambil gambar flat lay kelengkapan larian...as most runner do.Mana lah tak nervous, baru je runner's knee mula sembuh, dah nak lari FM.
Larian bermula jam 4 pagi pada 20 Januari lepas,kami menginap di hotel berdekatan , check in dan ambil race kit sehari sebelumnya. Jam 1 pagi dan bangun, bersiap2, kemudian 2 pagi bergerak ke race venue, sarapan ala kadar dengan roti, pisang dan saya pula ada beli multigrain Marathonbaker.

Excited sebab sebelum ni lari takat 21km je
Dalam jam 3 pagi kami dah berlegar-legar sekitar start lines sambil berlari2 anak dan stretching. saya dan suami tidak berlari bersama-sama sebab ini adalah kali pertama FM kami, jadi ikut je pace larian masing-masing.
Jam 4 pagi flag off.. 21km pertama looking good. Memang organizer dan bagi tahu elevation 450m...sekali lagi disadvantage  saya , kurang berlatih berlari atas bukit huwaaa....dalam masa 3 jam 15 minit saya dan seorang rakan menyelesaikan 21km...slow and steady je.. selepas km21, setiap signboard kami selfie sebab memang tak pernah lari lebih 21km hahaha...

yeay..30!

Kemain sahabat runner pakai costume CNY

Masa ni saya dah 32km..sahabat yang ini saya memang respek....Udin masuk half marathon. Kami dari group Virtual Runners Marathonbaker lah ,we encourage each other
Sampai ke km30 (5jam rasanya) saya beritahu kawan saya nak lari dahulu(kawan saya dah berjalan...saya pulak bila berjalan makin bonk rasanya). Sampai km 33 ada keropok lekor tapi serious tak lalu nak makan dah. Water station memang cukup...dengan air mineral..100plus..cuma di km17 dan 20 ada berlaku kehabiskan ari..havoc kejap lah dengan runners yang marah-marah..yelah dah la penat..haus..air habis... di km22 krew pantas menyediakan air (isotonic) di kawasan flag man sementara runner nak ke water station seterusnya. Mulai km35 saya berlari-lari anak sebab tak sabar nak habiskan larian..memang mental diuji sebab masa ni kita rasa mengantuk..penat..letih semua ada. Saya siap bungkus ais dalam plastik, dan berlari sambil tuam ais kat dahi, pipi dan peha . Daaaannn... yang paling syahdu...km 41 tu terasa jauh sangat finish line hahahaha....semua runners cakap mcm tu..dan akhirnya saya menghabiskan larian virgin full marathon saya dengan catatan masa 6 jam 53 minit.Alhamdulillah....saya dah bergelar MARATHONER. Waaaayyy longer than I expected ( saya target 6jam 30 minit), tapi saya akur lah sebab saya baru recover dari previous injury.... selepas ini kita berlatih lagi..dan elakkan injury sebelum event day. :)



Kawan lari yang kenal di FB...bersua juga akhirnya dengan Moon Salleh

Another MB squad member , Safwan. Dia dah lagi laju ni sebab sgt rajin training
Perasaan di finish line : gembira, syahdu, terharu, teruja sebab wow finally i made it! Lega juga sebab finish tanpa kecederaan serious..cuma lenguh-lenguh dan penat serta normal muscle sores yang reda lebih kurang 5 hari selepas event.
Kemudian....tunggu saya update next FULL MARATHON saya yeh?