Showing posts with label Kembara DIY. Show all posts
Showing posts with label Kembara DIY. Show all posts

Friday, 22 December 2017

Cuti - cuti Perth Day 3 (2/12/2017) : Part 1 - Lancelin Sand Dunes

Terpaksa buat part by part sebab panjang yakmat post ni nanti hahahaha...Sepatutnya hari ini kami plan nak ke Caversham Wildlife Park. Tetapi memandangkan jarak ke The Pinnacles & Lancelin ni sangat lah jauh , maka kami bersetuju untuk tukar itinerary ke 2 tempat ini dahulu. Let's go out of Perth CBD!

Bangun subuh jam 4 pagi, selepas tu bersilat di dapur bersama kakak untuk sediakan breakfast & picnic lunch. Untuk breakfast, kami masak nasi goreng, sandwich ( sardines, dan untuk anak-anak peanut butter sandwich). Untuk tengahari,  nasi putih, nasi himpit, tuna , sardin, strawberries & mi goreng segera ( indomie - first time saya makan selepas 6-7 tahun agaknya tak jamah) dan jangan dilupa lots of drinking water ( masak air di homestay). Kami bertolak dalam jam 7.30 pagi..terlewat sejam dari plan asal nak bertolak 6.30 pagi... kalau dengan budak2..memang la , jam tu jadi ke laut sikit.


Let's go! Nampak tak carseat di belakang tu? wajib bagi kanak-kanak 8 tahun ke bawah di sini.Sewa bersama dengan kereta.Aisy dah biasa pakai carseat sejak umur 1 tahun, jadi no problem for her. Cuma dia komplen, carseat ni buruk dan tak lembut macam dia punya adoi..cian adik..hahahaha..memang kematu bontot la..keras carseat nye, padding dah nipis.
Singgah, isi minyak (stesen minyak di sebalah kanan jalan kami) dan ke tandas. Tengok GPS, nama tempat ni Waneroo, Clarkson.




Nama highway ni, Indian Ocean Drive

 
Nampak tak..sign haiwan liar melintas tu.. ada lah 3-4 kali ternampak bangkai kanggaru di tepi jalan..
 Hari ini adalah hari kedua musim summer. Panas nya lain macam. Angin sejuk tapi kering. Bahang terasa lagipun tingkap kereta not tinted. Rasa menyengat kat pipi nih. Di kampung halaman, walaupun panas, tapi la rasa menyengat macam ni. Memang dah standby pakai sunblock dari hari pertama lagi...tapi Aisy mengalir air mata jugaklah bila pakai sunblock hari ke3..sebab pipi dia sakit. Sapu jugak sebab kalau tak sapu , lagi teruk. 

Jarak dari homestay ke Lancelin
 
Kan dah nampak ocean nya :)


Singgah kedai serbaneka ni, sewa sandboard ( AUD 10 untuk sewa, AUD50 untuk deposit- dipulangkan lepas kita pulang sandboard)

Si kakak (belakang) yang tidur sepanjang perjalanan...boring je tengok kiri kanan , padang rumput tandus hehehe

Masa ni kami singgah kat satu public park, selepas kedai Lucky 7 tadi. Ada tandas di sini, belakang tandas, ada pantai.


Baru pukul 9.30 pagi masa ni. Nampak tak terik nya. Dia punya UV rays sangat bahaya, sebab takde awan agaknya..dan boleh mendatangkan skin problem kalau takde protection(sunblock lotion)- nauzubillah
Kalau dah namanya doktor haiwan... cicak ni cute lah pulak..besar lengan..sangatlah slow mo pergerakan dia..nama dia Diamond Scaleback Lizard kalau tak silap.
Cute tak.. hahaha
Nampak macam burung kakatua. Bila dha ke Caversham, baru tahu nama dia Galah.

Peringatan di pintu masuk Lancelin Sand Dunes. Banyak iklan tow truck juga...huhuhu..hati - hati ye..kalau kereta terjerlus pasir..masak lah nak membayar tow truck..kalau 4-wheel takpe lah, boleh masuk kawasan pasir.

Mula -mula park di luar, sebab was-was nak masuk.Depan Lancelin Sand Dunes ni, perumahan tau.


Masuk juga dan tanya kat lori - lori yang juga sediakan servis sewa sand board. Diorg kata boleh je park sampai dalam janji park atas kawasan berbatu.

Haa...nampak dah sand dunes. Jam 10 pagi..panas juga walaupun angin kuat,
Mak saya tunggu kat bawah je...lutut sakit..sakit ornag tua gitulah..tak boleh lasak sangat berjalan

Ni tengah pakaikan mosquito patch kat anak-anak


Kaki ayam je.memang dah bawa slipear jepun spare siap-siap..tinggalkan di kaki bukit pasir ni

Beberapa kali percubaan awal..sandboard tak bergerak hahahaha
Dapat la 2x merasa sliding haha..pastu tergolek kat pasir
Banyak kali kena remind si kecik ni suruh pakai topi...huhuhu..last2 dia tinggal je topi atas pasir adoi

Kalau rajin, boleh berjalan smapai ke pantai..tapi jauh la...sy rasa dalam 1-1.5km juga..jalan atas pasir ni penat tau sebab kaki asyik terjerlus


Bila dah berjaya sliding.....haaa...penat tau nak naik balik


 

Adik beradik yang tidak putus asa..berjaya akhirnya!



 

 

Tengok..dia dah bukak topi lagi

Dalam jam 11 pagi, kami return sand board tadi, kemudian patah balik semula ke public park tadi , dan rehat serta makan tengahari picnic style di sini....
Sebelum keluar dari Lancelin, sebenarnya nak ke satu tebing ni..ada nampak resort dan view cantik sangat!dah lalu sebelum tu kemudian dah terlepas simpang, dah malas nak patah balik..melepas lah nak berphotoshoot...semua pun dah kepenatan, rehat dalam kereta dulu..dua2 driver pun nak drive jauh lagi ni...to The Pinnacles pula!

Tips di Lancelin Sand Dunes:

1.Cuba datang seawal yang boleh sebab Sand Dunes ni buka 24 jam. Nak-nak musim summer ni panas, kalau musim lain mungkin tak kisah sangat datang lewat pagi pun.Walaupun boleh main sampai malam, tapi tak digalakkan sebab waktu malam kang bising pulak, mengganggu neighbourhood area situ.
2. Sunblock lotion jangan lupa sapu!
3.Bawa goggle untuk anak-anak.Pasirnya sangat halus, kalau masuk mata boleh nangis budak2 ni.
4. Pakai mosquito patches ( selalunya saya pakaikan satu di bahu atau di belakang anak2, satu lagi di topi sebab lalat banyak di musim summer. Lalat ni pulak suka hurung kat muka.
5.Pakai selipar je lah datang sini, tak payah pakai kasut, sia sia je mengumpul pasir dalam kasut nanti. Alhamdulillah pasirnya halus tapi kering, tepuk2 sikit dah bersih dah seluar, tak delah sampai pasirnya bersepah dalam kereta macam pasir pantai di Malaysia
6.Bawa air minum secukupnya.Kami bawa dalam 4 botol x 1.5 liter dan beberapa botol kecil 500ml..tak cukup tau...siap beli lagi kat kedai Lucky 7 tu....AUD3.5 sebotol 1.5 liter tu huhuhu...mahal kan?

Wednesday, 20 December 2017

Cuti - cuti Perth : Day 2 (1st Dec 2017) - Blue Boat House & Fremantle Port

Hari kedua, kami plan nak ke Blue Boat House , photoshoot family di Kings Park (sebab hari pertama tertinggal bateri DSLR) dan seterusnya ke Fremantle.

Morning... first day of summer is here!!!Baru jam 7 pagi dah terik!Suhu sejuk tapi sinar matahari menusuk kulit

Jom!


Saya suka tengok orang-orang berbasikal..memang hampir 90% jalanraya di Perth CBD, ada bicycle lane. Bestnya!


Cabaran seterusnya adalah mencari parking..siap google blog2 yang bercerita tentang parking. Sebenarnya sebelum kita sampai ke BlueBoat House ni, ada parking berbayar kalau tak silap di sebelah kiri jalan, tetapi lebih kurang 800m jalan kaki ke Blue Boat House tu. Jadi kami pusing/u turn sekali lagi untuk tengok jika boleh park di apartment berhadapan boat house tu.


Kami parking kereta di sini (betul-betul bertentangan dengan boat house tu)
Sebenarnya mula-mula kami park di parking area apartment, kemudian ada gardener tgh berkebun di situ ( tgh trim pokok), hubby gi tanya boleh tak park sini kejap? Pakcik tu kata boleh, tapi kena alih kereta ke tepi jalan ni la..parking tadi tu untuk residents sahaj. Terima kasih ya pakcik! ( malu bertanya sesat jalan atau nanti kena saman parking suka2 hati hahahaha)


Port bergambar femes bagi pelancong hahahaha
Mak saya tak nak lalu titi kayu tu..pening kepala tengok air berolak-olak..ambik kat sini je katanya
Kemudian, kami ke Kings Park utk family photoshoot!

Family kakak saya dan mak saya ke tandas masa ni, kami ambil peluang bergambar di Lovekin Drive dahulu.Ish kalau dapat bush walking awal-awal pagi ni mesti best kan!

Tengok laaa..suka berguling kat sini
 




 Ok cukup la beberapa keping je untuk tatapan umum..kat Fremantle ade lagi gambar hahahaha..tak larat pula nak upload banyak2
Kemudian, dalam jam 10 pagi kot, kami bertolak ke Fremantle. Untuk makluman, Kedai-kedai di Fremantle cuma dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun jam 9 pagi hingga 5 atau 6 petang sahaja. 




Birunya air laut....

Tertarik mural sotong kurita kat dinding

 Kami waze hingga ke E-shed Markets. Sampai sini, parking tepi shed tu dan bayarlah parking ya. Boleh pakai syiling atau kad kredit. AUD2.50 untuk 30 minit. Saya park untuk sejam, jadi AUD5 lah untuk sejam...huhuhu ..mahal betul parking nya.Kalau kita park seja, maka sejam lagi kalau rasa nak stay lagi tambahlah duit parking ya...atau terus beredar. Kalau lambat..saman AUD 60 akan dikenakan kalau terkantoi lah. Beli souvenir pun tak sampai jumlah saman tu hahahahhaha


Tengok dari luarkan...sunyi je..rupanya meriah kat dalam dengan kedai-kedai souvenir. Ada kafe juga di sini..ada juga gerai Kebab . Ramai rekemen suruh makan Fish and Chips ( ikan je kan)rugi tak makan kata mereka2 yang dah pergi sini...tapi kami skip..hehehe tak payah tanya kenapa, kami ada reasons tersendiri :)





Pusing-pusing dalam E-shed, masa saya nak gi bayar, suami dah berposing dulu kat luar kedai .



Eh...mana aci ni... saya nak jugak! Suamiku kata dah malas lah nak gi tepi laut tu..awak gi sorang lah..aduii sabo je...



Patut lah dari luar nampak sunyi je..kami park kereta kat belakang memang la..kat belah depan ni meriah! Penuh parking.


Jam dah kul 1 tengahari... anak-anak merengek kepenatan ( mungkin belum cukup rehat sejak semalam). Kakak , abang ipar dan mak meneruskan perjalanan ke Fremantle market. Kami balik homestay dahulu sebab nak berehat - esok perjalanan jauh ke The Pinnacles pula.. lagi pun plan nak jogging petangnya heheheheh...

Yang ini gambar-gambar dari hp kakak... di Fremantle Market. Buah strawberi dan sayur-sayuran murah katanya. Dan juga lebih banyak pilihan untuk barangan kulit .




Jarak homestay ke Fremantle( tak termasuk tempoh masa singgah ke Blue Boat house & Kings Park)