Terpaksa buat part by part sebab panjang yakmat post ni nanti hahahaha...Sepatutnya hari ini kami plan nak ke Caversham Wildlife Park. Tetapi memandangkan jarak ke The Pinnacles & Lancelin ni sangat lah jauh , maka kami bersetuju untuk tukar itinerary ke 2 tempat ini dahulu. Let's go out of Perth CBD!
Bangun subuh jam 4 pagi, selepas tu bersilat di dapur bersama kakak untuk sediakan breakfast & picnic lunch. Untuk breakfast, kami masak nasi goreng, sandwich ( sardines, dan untuk anak-anak peanut butter sandwich). Untuk tengahari, nasi putih, nasi himpit, tuna , sardin, strawberries & mi goreng segera ( indomie - first time saya makan selepas 6-7 tahun agaknya tak jamah) dan jangan dilupa lots of drinking water ( masak air di homestay). Kami bertolak dalam jam 7.30 pagi..terlewat sejam dari plan asal nak bertolak 6.30 pagi... kalau dengan budak2..memang la , jam tu jadi ke laut sikit.
|
Let's go! Nampak tak carseat di belakang tu? wajib bagi kanak-kanak 8 tahun ke bawah di sini.Sewa bersama dengan kereta.Aisy dah biasa pakai carseat sejak umur 1 tahun, jadi no problem for her. Cuma dia komplen, carseat ni buruk dan tak lembut macam dia punya adoi..cian adik..hahahaha..memang kematu bontot la..keras carseat nye, padding dah nipis.
|
|
Singgah, isi minyak (stesen minyak di sebalah kanan jalan kami) dan ke tandas. Tengok GPS, nama tempat ni Waneroo, Clarkson. |
|
Nama highway ni, Indian Ocean Drive |
|
Nampak tak..sign haiwan liar melintas tu.. ada lah 3-4 kali ternampak bangkai kanggaru di tepi jalan.. |
Hari ini adalah hari kedua musim summer. Panas nya lain macam. Angin sejuk tapi kering. Bahang terasa lagipun tingkap kereta not tinted. Rasa menyengat kat pipi nih. Di kampung halaman, walaupun panas, tapi la rasa menyengat macam ni. Memang dah standby pakai sunblock dari hari pertama lagi...tapi Aisy mengalir air mata jugaklah bila pakai sunblock hari ke3..sebab pipi dia sakit. Sapu jugak sebab kalau tak sapu , lagi teruk.
|
Jarak dari homestay ke Lancelin |
|
Kan dah nampak ocean nya :) |
|
Singgah kedai serbaneka ni, sewa sandboard ( AUD 10 untuk sewa, AUD50 untuk deposit- dipulangkan lepas kita pulang sandboard) |
|
Si kakak (belakang) yang tidur sepanjang perjalanan...boring je tengok kiri kanan , padang rumput tandus hehehe |
|
Masa ni kami singgah kat satu public park, selepas kedai Lucky 7 tadi. Ada tandas di sini, belakang tandas, ada pantai. |
|
Baru pukul 9.30 pagi masa ni. Nampak tak terik nya. Dia punya UV rays sangat bahaya, sebab takde awan agaknya..dan boleh mendatangkan skin problem kalau takde protection(sunblock lotion)- nauzubillah |
|
Kalau dah namanya doktor haiwan... cicak ni cute lah pulak..besar lengan..sangatlah slow mo pergerakan dia..nama dia Diamond Scaleback Lizard kalau tak silap. |
Cute tak.. hahaha
|
Nampak macam burung kakatua. Bila dha ke Caversham, baru tahu nama dia Galah. |
|
Peringatan di pintu masuk Lancelin Sand Dunes. Banyak iklan tow truck juga...huhuhu..hati - hati ye..kalau kereta terjerlus pasir..masak lah nak membayar tow truck..kalau 4-wheel takpe lah, boleh masuk kawasan pasir. |
|
Mula -mula park di luar, sebab was-was nak masuk.Depan Lancelin Sand Dunes ni, perumahan tau. |
|
Masuk juga dan tanya kat lori - lori yang juga sediakan servis sewa sand board. Diorg kata boleh je park sampai dalam janji park atas kawasan berbatu. |
|
Haa...nampak dah sand dunes. Jam 10 pagi..panas juga walaupun angin kuat, |
|
Mak saya tunggu kat bawah je...lutut sakit..sakit ornag tua gitulah..tak boleh lasak sangat berjalan |
|
Ni tengah pakaikan mosquito patch kat anak-anak |
|
Kaki ayam je.memang dah bawa slipear jepun spare siap-siap..tinggalkan di kaki bukit pasir ni |
|
Beberapa kali percubaan awal..sandboard tak bergerak hahahaha |
|
Dapat la 2x merasa sliding haha..pastu tergolek kat pasir |
|
Banyak kali kena remind si kecik ni suruh pakai topi...huhuhu..last2 dia tinggal je topi atas pasir adoi |
|
Kalau rajin, boleh berjalan smapai ke pantai..tapi jauh la...sy rasa dalam 1-1.5km juga..jalan atas pasir ni penat tau sebab kaki asyik terjerlus |
|
Bila dah berjaya sliding.....haaa...penat tau nak naik balik |
Adik beradik yang tidak putus asa..berjaya akhirnya!
|
Tengok..dia dah bukak topi lagi |
|
|
|
Dalam jam 11 pagi, kami return sand board tadi, kemudian patah balik semula ke public park tadi , dan rehat serta makan tengahari picnic style di sini.... |
Sebelum keluar dari Lancelin, sebenarnya nak ke satu tebing ni..ada nampak resort dan view cantik sangat!dah lalu sebelum tu kemudian dah terlepas simpang, dah malas nak patah balik..melepas lah nak berphotoshoot...semua pun dah kepenatan, rehat dalam kereta dulu..dua2 driver pun nak drive jauh lagi ni...to The Pinnacles pula!
Tips di Lancelin Sand Dunes:
1.Cuba datang seawal yang boleh sebab Sand Dunes ni buka 24 jam. Nak-nak musim summer ni panas, kalau musim lain mungkin tak kisah sangat datang lewat pagi pun.Walaupun boleh main sampai malam, tapi tak digalakkan sebab waktu malam kang bising pulak, mengganggu neighbourhood area situ.
2. Sunblock lotion jangan lupa sapu!
3.Bawa goggle untuk anak-anak.Pasirnya sangat halus, kalau masuk mata boleh nangis budak2 ni.
4. Pakai mosquito patches ( selalunya saya pakaikan satu di bahu atau di belakang anak2, satu lagi di topi sebab lalat banyak di musim summer. Lalat ni pulak suka hurung kat muka.
5.Pakai selipar je lah datang sini, tak payah pakai kasut, sia sia je mengumpul pasir dalam kasut nanti. Alhamdulillah pasirnya halus tapi kering, tepuk2 sikit dah bersih dah seluar, tak delah sampai pasirnya bersepah dalam kereta macam pasir pantai di Malaysia
6.Bawa air minum secukupnya.Kami bawa dalam 4 botol x 1.5 liter dan beberapa botol kecil 500ml..tak cukup tau...siap beli lagi kat kedai Lucky 7 tu....AUD3.5 sebotol 1.5 liter tu huhuhu...mahal kan?
No comments:
Post a Comment