Wednesday, 27 December 2017

Cuti-cuti Perth Day 4 (3/12/2017) Part 1 Caversham Wildlife Park

As usual bangun solat subuh jam 4.30 pagi..pukul 5 dah terang benderang dah..teringat lagi masa hari kedua di Perth..bangun tidur terperanjat tengok kat luar dah cerah.Rupanya baru jam 5 pagi hahahahaha..as usual lepas subuh, bersilat di dapur bersama kakak dan abang ipar juga join tunjuk skill menggoreng nasi :)

Selamat pagi, jam 5.30 pagi masa ni..
Plan hari ini, ke Caversham Wildlife Park. Caversham Wildlife Park ni merupakan taman haiwan yang diusahakan oleh satu keluarga.Bukan milik kerajaan ya...sumber pendapatan mereka adalah dari duit kutipan tiket.Ia nya dibuka setiap hari kecuali hari Krismas je tutup. Untuk orang dewasa kos tiket AUD 29, manakala bagi kanak-kanak AUD 13. Buat masa ni aku berhenti convert ke RM kalau tak rasa nak menitik air mata..tapi dah sampai maka teruskan juaaa...hahaha...



Jam 8.45 pagi kami dah sampai ke park ini, terletak di dalam Whiteman National Park, kira - kira 35-40 minit drive dari homestay. Tepat jam 9 pagi, pintu kaunter tiket dibuka. Takdelah ramai sangat orang mungkin sebab masih pagi. Masa masuk tu, kami mencari-cari kanggaru tetapi diberitahu oleh staff di situ lebih baik ke sesi Meet the Koala dahulu, boleh bergambar dengan koala. Trivia, tahukah anda koala bukan sejenis beruang :) ( KOALA IS NOT A BEAR). sebab beruang ni karnivor, sedangkan koala ni, jenis marsupials (ada kantung ) dan memakan dedaun ( herbivor). Sesi bergambar bersama koala ni ada 30 minit je ye iaitu jam 9.00 - 9.30 pagi sahaja.Siapa datang lewat, memang takkan sempat bergambar dengan koala. Ada hand sanitizer disediakan di setiap pintu masuk exhibition haiwna ni, sebelum pegang, sanitize tangan dulu ya. Lepas pegang , sanitize balik.





Beratur lebih kurnag 20 minit untuk sesi bergambar






The cousins

Kemudian jam 9.30 pagi pula kami beredar ke exhibit seterusnya iaitu Meet The Wombat.




Abang ni glamer lah ye..semua gambar pelancong,muka dia hahahaha

Possum

Dah la gebu... lepas tu dia boleh panjat keliling railing tu..geram je semua orang tengok




Anak-anakku...semua dia nak pegang...kalau kat Gunung Lambak, ulat gonggok pun dibelai macam kucing hahahaha

Sama dengan cicak yang kami jumpa kat Lancelin
Wallaby..kecik sikit dari kanggaru..ekornya tirus sikit


Kemudian lepas je bergambar di sini , kami ke reptile house dan farm animal show.



Ada horse show, ada dog show ( anjing menghalau bebiri) , pertunjukkan whip, memerah susu lembu dan juga memotng bulu bebiri ( wool shearing). Ok..mcm kat tempat kerja saya je minus the dog hahaha
Llama

Ayam gebus hahaha lupa namanya.. silkie chicken kot
Alpaca


Ular ni macam biskut nini cokolat celup hahahaha
Kemudian..sesi yang dinanti-nanti dan disebut-sebut oleh anak-anak sejak dari pintu masuk tadi..Kanggaru!Sampai tak nak balik lah rasanya anak-anak saya ni. Ada tong makanan disediakan, kita boleh ambil banyak mana suka dan feed the kangaroos.

Ok..ni macam kucing leh gesel2 dagu kat  tangan orang


Adoi memang nak gelak je tengok gelagat kanggaru ni
Good day , mate!

Awal pagi lagi...ke kekenyangan?

Mama bila kanggaru ni nak bangun?


alalala sopan nye awak..salam cium tangan yeee...






Tidur....

Tidur lagi...




 



Sementara nak keluar, singgah kedai souvenir ( mahal- baik beli kat Fremantle hehehe) , ke ladies, & gents dan duduk-duduk dulu...

dan kami keluar dari Caversham Wildlife Park dalam jam 1 tengahari, dan berpiknik sambil makan tengahari di Kings Park :) sebelum meneruskan perjalanan.



2 comments:

  1. Happy New Year 2018 utk Cat. Qekra tgk gambar dulu, nanti later2 baca.
    Bestnya bercuti kat sana ;)

    ReplyDelete