THE PINNACLES
Selepas makan tengahari, kami berkemas dan bertolak dari Lancelin ke Nambung National Park pula. Rasanya selesai makan tengahari, siap rehat, ke tandas ( penting ni sebab otw memang tandus je takde tandas ye...kecuali kalau dah sampai The Pinnacles tu). Tiada RNR sepanjang jalan ye. Rasanya dalam jam 1 tengahari kami bertolak dari Lancelin.
Perjalanan 1 jam yang panjang..mengantuk! Memang asyik mengunyah biskut, potato chips je lah..saya pun nak elak tertidur sebab copilot kan...tiada line telefon sepanjang perjalanan di sini..huhu
|
Sign caution wildlife memang ada sepanjang jalan... |
|
Pelik tak...tengah-tengah bushes tetiba ada beting pasir (sand dunes).Laut sebelah kiri jalan. Pasir sebelah kanan.Subhanallah |
|
Berhenti sekejap di sini sebab hubby mengantuk. Ada lah 10 minit kat tepi jalan ni..saya je keluar kejap...stretching kaki |
|
Lepas tu saya masuk kereta balik sebab ada caution..snakes hahahaha siot je |
Ok sampai dah..dalam jam 2 petang sampai sini....sila set GPS, The Pinnacles, Nambung National Park ya... signboard sangat kedekut pulak di sini. Menurut wikipedia, The Pinnacles ni terbentuk dari timbunan batuan kapur dan juga serpihan kerangan (shells) .Ada 3 teori pembentukan batu-batu ni tapi saya malas nak translate.,..hahahaha... boleh rujuk di sini
The Pinnacles Wikipedia.
|
Bayaran masuk AUD13 per car |
|
Kitorg tak tahu..pergi park area pondok tadi kemudian jalan kaki masuk..sebenarnya boleh masuk kereta dalam The Pinnacles ni(asalkan laluan berbatu)..dalam 400m juga masuk ke dalam |
|
Batu - batu kecil tu sebagai penanda laluan kereta |
|
The cuz |
|
Mula berjalan kaki menuju ke exit |
|
Jangan risau kat pintu masuk The Pinnacles ni ada tandas awam |
Ikutkan plan asal saya..nak ajak ke Cervantes, tapi mengenangkan perjalanan agak jauh, kami bertolak pulang, kemudian menambah satu lagi location baru semasa otw balik..iaitu Yanchep National Park. Perjalanan pulang...Ya Allah mengantuk sangat2..anak-anak tidur..saya pula bertahan supaya tidak tertidur untuk menemankan hubby. Minum air, mengunyah..minum air mengunyah...ish ish....jalan dia panjang dan tandus serta boring...panas pula tu mengundang kemengantukan. Dalam jam 3.30 petang kami bertolak dari The Pinnacles, dalam jam 5 petang tiba di Yanchep National Park.
YANCHEP NATIONAL PARK
Nyaman betul suasana kat sini...redup..berangin...yang penting ada tandas...hahahahaha. Kalau ikut pembacaan, ada bayaran masuk ke sini, tapi tengok kaunter pembayaran tutup je..kami masuk je lah. Dalam pembacaan saya juga, kalau ada rezeki boleh nampak wild kangaroos. Saya tak mengharap sangat, sekadar singgah sebab rugi pula dah lalu tak singgah kan.
Sedang berjalan-jalan sambil teman anak2 yang ralit tengok ititk dan burung...eh..nampak macam sekumpulan binatang berwarna coklat nun di hujung sana sedang makan rumptu.. memang rezeki lah..jumpa wild kangaroos!
|
Boleh bush walking juga di sini.. |
|
Tnegah stalking itik |
|
Making silly faces and poses |
|
suka lah..berlari-lari..redup! |
|
Wild roos! |
|
Liar..dia memang tak lari tapi kalau kita mendekat, dia beralih..dilarang feed the kangaroos ye...kang sakit pulak kanggaru ni..dan korang boleh disaman kalau tertangkap |
|
They were minding their own business |
|
Last pose sebelum bertolak ke Bayswater.Alhamdulillah selesai iti day 3 :) |
Sampai di homestay jam 6.30 petang... solat zohor asar dijamak...fuh..memang penat...malam tu semua tidur awal..lepas isya semua dah Zzzzzz
Cuti-cuti Perth Day 3, Part 1 klik di sini
Cuti- cuti Perth Day 2,klik sini
Cuti-cuti Perth Day 1,klik sini
No comments:
Post a Comment