Showing posts with label Asia Tenggara. Show all posts
Showing posts with label Asia Tenggara. Show all posts

Tuesday, 29 August 2017

Short getaway: Cuti - cuti...eh betul ke cuti ni?

Tengok gambar dah tahu kat mana kan? Wah..dua kali jalan-jalan dalam bulan 8 ni..hadiah besday ke apa..hahaha... satu trip berjalan dengan kawan-kawan..yang kedua jalan-jalan dgn kawan-kawan, suami dan kawan-kawan suami... trip jalan-jalan cari pasal dan cari sakit namanya..hehehe...will detailed out in next post.

     Bertolak dari Kluang jam 9 pagi,konvoi 3 buah kereta... tiba di exit Tapah dalam jam 3.30 petang, hujan dan renyai-renyai dari masa lalu Ringlet lagi. Kami stay di Brinchang, nama hotel Hotel Check in 2 , booked melalui Agoda. Ada yang pilih duduk dorm ( sebab stay 1 malam sahaja), untuk privasi, saya dan suami ambil bilik private ( twin). Review hotel? ok lah utk short stay, selesa juga, dan konsep macam ala-ala homestay. Untuk dorm wanita memang ada dorm khas wanita sahaja. Bagi lelaki, ada dorm mixed . Maksudnya satu dorm tu 4 katil double decker, kalau ko datang berempat ngam-ngam la duduk dgn geng-geng je, tapi katalah datang seorang atau berdua, kang ade yang share bilik dgn minah saleh hehehe..bahayaaaa.. tapi backpakers hotel kalau style dorm memang macam ni sebab harganya yang murah RM35 bagi dorm dan bgi bilik private dalam RM90 - 150 satu malam. Kedudukan hotel ni strategik juga, dekat dengan kedai-kedai makan, kedai /gerai cenderahati dan juga walking distance ke bus stand pun dekat ( bagi mereka yang memang naik bas). Oh ye..hotel ni juga menggunakan konsep shared bathroom kecuali di dorm wanita, bathroom dalam dorm..so agak terjaga juga privasi nya. Kenalah tu dengan budget harganya kan...

       Sampai di hotel jam 5.30- petang, lepas je check in, saya dan kawan-kawan perempuan berjalan-jalan sekitar hotel untuk tengok2 souvenir dan juga mencari kedai makan utk dinner. Suami saya? dia ngeteh dgn kawan-kawan dia di kedai Mamak depan hotel..hehehe..dah namanya jumpa kawan-kawan kan, tak sesuai pula sy nak join dia ngeteh.

*Ngeteh ( slang loghat dari Johor untuk minum di kedai makan bersama kawan-kawan..kadang-kadang disebut ngopi juga..not sure la origin mana, indonesian slang or javanaes slang ke wallahualam)

With my friend Muna...berhenti take 5 bukan untk minum teh Bharat tapi singgah cari toilet ^_^



Saya dan suami stay di bilik 403. Basic room, tapi just nice.

Lobi hotel di 1st floor, dorm wanita dan twin room di first floor, bilik family di 3rd floor.
Jalan-jalan dapat beli : cendawan goreng..jagung rebus..sedap betul dimakan panas-panas dalam hujan renyai..


Sebelum kembali ke bilik hotel, shopping s edikit barang keperluan utk esok, kedia runcit 24jam di bawah hotel..terserempak pula dgn my friend Dr Donny, pun join trip kami tapi dia dari KL :)

Can u guess where i was going? hehehe


Tuesday, 8 August 2017

Trip Bandung - Garut - Papandayan 2017 : Last day

Day 2,4 Ogos 2017-Jumaat:(Part 2 Mendaki Gunung Papandayan - klik di sini)

Kami sampai di Bandung jam 7 malam, check in di hotel( The V Boutique). Lepas mandi, freshen up, keluar  semula cari makan malam...banyak kedai tutup, nak ke warung takut perut tak tahan..lastly kami ke satu kedai ni..Kedai Ibu Mas kot nama dia. Makan nasi putih dengan ayam panggang, ada begedil jagung dan kentang serta ulam-ulaman, minum teh o panas dan juga teh botol.


Day 3: 5 Ogos 2017 - Sabtu
Kami checkout jam 8 pagi selepas sarapan, hotel ni 1 star je..tapi boleh lah buat tidur dan mandi manda..kata budget traveller kan. Kemudian kami ke Pasar Baru semula sebab ada lagi barang- kiriman mak masing2 belum settle hahahahaha Rasya setia menunggu kami di parking.

Datang sini, remind me of Pasar Besar Siti Khadijah back in my hometown, Kota Bharu, Kelantan, kat bawah ada jual ikan, sayur..kat atas ada jual kain baju..makanan ringan etc. Total floors di Pasar Baru, 8 tingkat termasuk ground dan underground.


Mencari kerepek-kerepek yang tak ada di Johor hahahaha...

 Kemudian jam 10 pagi ke Kartika Sari pula, saja-saja tgk pastries dan kuih-kuih
Tapi pisang keju di luar Kartika Sari ni lebih menarik...cheat day! hahahaha

20000 rupiah...dalam RM6 satu bekas kecil(ada 1 bijik pisang sira dipotong )


Bang, kejap jgn bungkus dulu..nak ambil gambar jap. ^_^(actual dialog hahahahaha)



Kuih muih tempatan

Saya beli ni buat-buat rasa..roti yang dalamnya ada pisang diletak cheese coklat atau cheese sahaja..fuh..heavy betul...46000 rupiah, dalam RM12 sekotak kot

Pisang bolen coklat keju

Pisang bolen keju

Modern cakes pun ada..emm tempting..mujur la dah lama tinggal peel makan benda2 manis nih.
Posing lagi

Sampai airport jam 11 pagi..awal lagi..check in jam 12 tghari...lepaking di luar

Jam 1.25 pm, masuk ke boarding hall setelah selesai urusan check in, dan pemeriksaan imigresen....

Tepat jam 2.00 petang...mulai beransur pulang..... i'm coming home!!

Alhamdulillah....selesai trip kami...ada rezeki kita berjalan lagi ya kawan-kawan...maybe next year pula..amin.  Untuk makluman trip Bandung, sekiranya berminat, boleh hubungi our guide Rasya untuk itinerary,  +6857-24416485, whatsapp je beliau yah. Rasya juga ada buat servis mountain guide/hiking, you name it gunung mana nak daki, Merapi?Prau?Gede? Rinjani?..hehehehe sila hubungi beliau ya.


Sunday, 6 August 2017

Sabana Edelweiss memanggilku

Akan update blog kemudian... layan edelweiss dulu ya...

Edelweiss, Edelweiss
Every morning you greet me
Small and white, clean and bright
You look happy to meet me
Blossom of snow may you bloom and grow
Bloom and grow forever
Edelweiss, Edelweiss
Bless my homeland forever



Saturday, 29 April 2017

Aiskrim gula apong

Yes, finally saya jumpa juga aiskrim ni! 3kali datang Srawak, kali ke4 membuahkan hasil hahahaha...poyo je kan..sebab ada member suruh rasa, so kita cari...

Sama je mcm aiskrim sundae tapi beza sedikit sebab ada tambah gula apong. Verdict?Manesss.... memangs edap tapi tak boleh makan selalu..haha lagipun kami gi beli mangkuk besar, bercinta nak habiskan..kalau cup kecil RM2 je.. semangkuk besar RM5. Kami ke Dp Ice Cream Gula Apong, bersebelahan Kapit Hotel.




Jom baca info aiskrim ni dari Sarawakiana.net , artikel tahun 2015

Berlokasi di Jalan Padungan bersebelahan dengan Kapit Hotel, Masni Datuk Haji Pawadi, 27, dan suaminya, Mohd Supian Lopok, 28, kedua-duanya berasal dari Tabuan, Kuching gigih mengusahakan perniagaan mereka; "DP Ice Cream Gula Apong" disana sejak dua bulan yang lalu.

Biarpun sibuk dengan perniagaannya, ibu kepada lima orang anak ini yang murah dengan senyuman ketika melayani pelanggan yang singgah di kedai mereka, sempat meluangkan masa untuk ditemubual Sarawakiana petang tadi.

"Perniagaan ais krim memang jarang diceburi oleh Bumiputera dan secara kebetulan, ayah saya mempunyai resepi ais krimnya yang tersendiri maka kami memulakan perniagaan menjual ais krim gula apong," kata Masni apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan ais krim.

Menurut Masni, kedai ais krim gula apong di Padungan merupakan cawangan ketiga dibuka oleh keluarganya dimana kedai pertama terletak di Tabuan sementara ahli keluarganya yang lain juga membuka kedai ais krim di Satok Uptown yang beroperasi hanya di hujung minggu.

Dengan sewaan kedai sebanyak RM1,000 sebulan, Masni berkata, mereka mampu menjual sebanyak lebih 1,000 mangkuk ais krim (25 - 30 gelan bahan) dalam sehari dengan menggunakan dua mesin ais krim khas.
 
Memang ramai, masa sy tgh makan, lepas saya order, ramai orang beratur, tapi saya gi waktu siang(petang). Imej dari Hungrygowhere

Imej dari Hungrygowhere
 

Tuesday, 18 April 2017

Berpergian


Bakal berpergian lusa...

untuk apa? stories later...:) sahaja aku bermusafir demi ilmu dan menikmati keindahan alam kurniaan Allah  :) ...panjang pula jodoh dengan Kuching, Sarawak dalam 2 tahun ini ..:)semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan.



Saturday, 25 February 2017

Legenda Puteri Santubong

Mesti pernah dengar legenda Puteri Santubong kan?Dan Puteri Sejinjang... kalau dah puteri mesti lah dibayangkan cantik dan jelita... mcm imej di bawah..

Gambar dari blog Kingdom of Sarawak


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.

Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.

Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi. Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.

Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung serta kecantikan dan kejelitaan kedua-dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.

Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.

Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera Serapi.

Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-dua puteri ke kayangan.

Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.
Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran.

Versi legenda ini lebih diterima sehingga memberikan ilham kepada Tuan Haji Madeli Johari, bekas pengarah RTM Sarawak untuk mencipta lagu Puteri Santubong seperti di bawah. Buat mereka yang rajin menghayatinya, dilampirkan juga versi Bahasa Melayu Baku.

Jom kita baca kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dalam lirik lagu pula...

VERSI ASAL Puteri Santubong 

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

VERSI TERJEMAHANPuteri Santubong 

Oh…
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,

Kisah lama, zaman dulu kala.Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Cantik, tak ada yang dapat lawan,
Anak Dewa-dewa turun kayangan.Oh…
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh…
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.Satu hari mereka dua bergaduh,
Mengata-ngata tak henti-henti,
Seorang cakap dirinya bagus lagi,
Seorang tak kalah walau sampai ke mati.Sudah jemu mereka dua bergaduh,
Lalu saling memukul mereka dua puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Mencalarkan Santubong sampai hari ini.Tapi Santubong membalas juga,
Lalu dibaling batang belidak,
Sampai terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabur jadi Pulau Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Sekarang mereka jadi kenangan,
Untuk diingati sepanjang zaman.

Sumber: Legenda Puteri Santubong

Sunday, 19 February 2017

I need a holiday!

Cuci cuci mata.....

Lambatnya weekend! Sejak dua menjak ni group hiking asyik sebut-sebut Bohey Dulang..tapi cuti kena jimat juga sebab kena fikir untuk : cuti sekolah nak bawa anak-anak balik kampung/jalan-jalan.

Moh ler kita cuci cuci mata...

Pilihan terdekat kepulauan Mersing ..hahahaha ..last year almost nak pergi Pulau Harimau di Mersing..tapi sebab cancel sebab jerebu.Kenapa almost? sebab dah bayar booking! Mujur agen pulang balik..sebab agen yang ckp jerebu view tak cantik...dan..memang tak ada rezeki sebab selepas itu ada insiden rumah api rosak lampu di Pulau Harimau, dengar2 kerana wayar dipijak oleh tourist pulau secara tak sengaja.....jadi terus dilarang pergi ke Pulau Harimau tu dah..sebab bahaya lah kalau lampu rumah api padam..kapal tak nampak darat nanti..boleh accident. Tak sure notis larangan tu adakah sementara atau sementara sahaja...

Bohey Dulang

Saya ni tak la minat sangat nak ke pantai..tapi sebab kawan-kawan kata ada bukit di Bohey Dulang yang boleh dipanjat..terus rasa..waahh bestnyaaa

Bohey Dulang juga
Pulau Harimau..cantik dan bersih kan?

Kalau kita berpeluang eprgi, jangan lah tinggalkan sampah...sayang..kat sini takde orang nak kutip sampah sebab dia adalah pulau tak berpenghuni (unhabited)

Ada tangga di Pulau Harimau untuk naik ke bukit

View bukit di Pulau Harimau..aumm..gambar dari tourism  Johor

Gua di Pulau Harimau
Gambar dari blog ni..pinjam ya...

Monday, 30 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun,Part 1

Gunung Nuang Chart mengikut jarak (km) .Sumber : Malaysia Traveller 

 Satu trip yang agak ad hoc sebenarnya..antara ya ke tidak nak pergi. Kemudian semasa cuti CNY ada pulak urusan di Selangor..maka..trip ini menjadi realiti! Asalnya nak pergi berdua je...tapi beberapa hari sebelum tarikh trip, kami disertai oleh 2 orang lagi kawan hubby, the more, the merrier! Jadi lineup terdiri dari saya, suami( Cg Fly), Cg Nik & Cg Zulhelmi. Semua ni kawan-kawan hiking hubby juga (biasa hiking Gng Lambak bersama-sama sejak beberapa bulan yang lepas.).

Jadi, hari Sabtu bertolak ke Kajang untuk urusan tersebut, selesai urusan, menginap di hotel budget di Kajang. Petang tu kami pusing-pusing di area Hulu Langat untuk mencari daerah Pangsun, iaitu tempat terletaknya Hutan Lipur Nuang. Ini penting untuk merancang perjalanan pada keesokan harinya. Hotel kami terletak kira - kira 30minit dari pintu masuk Hutan Lipur Nuang. Ikutkan memang jauh, tapi resort sekitar Hutan Lipur Nuang samada dah penuh atau terlalu mahal (nama pun trip budget dan ad hoc kan..).Petang tu juga kami mencatat nama di buku pendaki dan membayar RM1 untuk pendaftaran kepada pakcik yang duduk di pondok berdekatan starting point mendaki....

Plan asal nak hiking lepas subuh (6 am), kemudian pada malam tu plan berubah lagi mengikut persetujuan semua. Plan baru  mendaki jam 4.30 pagi, dan solat subuh di trek!

4.30 am. Mula hiking di trek balak(sini banyak pokok buluh..tak faham kenapa dipanggil trek balak...hehehehe..nantilah kita cari historynya).Jarak lebih kurang 5km. Masa naik ok lagi..masa balik nanti...kunamakan trek ni trek psiko.Hahaha nanti cerita

Sampai pondok je...usha nama pondok dan berapa km dah berjalan...ada 6 pondok rehat sepanjang perjalanan, ikut suka lah nak berhenti atau nak teruskan..pagi tersebut, kami tidak singgah mana-manan pondok kecuali pondok di akhir trek balak...

jam 6 pagi, kami berhenti solat subuh sebelum permulaan river crossing(pondok ke6). Sejuknya ambil wudhuk di sungai!Jam 6.20am mula hiking semula.Abaikan km tu..sebenarnya masa sampai di sini baru 5km..strava ter over sensitif kira jarak pula...

Ada signboard dan peta..trek agak jelas tapi kalau tak biasa boleh confuse sebab ada pokok tumbang dan trek tak berapa nampak.

Sampai Kem Lolo jam 6.50 pagi.Banyak khemah di sini tapi gelap..tak nampak pun kalau ambil gambar. Ada sebanyak 5 kali menyeberangi sungai ( berpijak pada batu-batu sungai),air mengalir deras tapi tak lah dalam...cetek paras lutut..kalau pijak atas batu, insya allah tak basah sgt pun unless tergelincir...jalan kasut basah kuyup..berat ooo...Kami cross berhati-hati sebab nak elak tercelup kaki, basah satu hal...sejuk lagi...jauh lagi puncak ni. Kalau rajin, bukak je kasut kalau takut basah...

Yes..7am dah cerah! Dalam hutan tebal , cahaya matahari lambat menembusi..dah boleh bukak headlamp...adoi..rasa rimas juga sebab ikat di dahi dan berpeluh.

Banyak pokok buluh....tongkat hiking(hiking pole) banyak membantu semasa hiking. Jangan sesuka bersandar atau pegang pokok/pokok buluh..ada pokok berduri di sini.Pokok buluh pulak..ada miang dia. Boleh juga pakai glove separuh tu...




Licin..hati-hati.



Pelbagai bentuk muka bumi sebelum sampai ke Dataran Pacat

Jam 8.40 pagi kami sampai di Dataran Pacat (Pacat Campsite)




Berjalan ke hadapan kem pacat sedikit..mulai trek memanjat batu..ok simpan hp...pertama, bahaya sebab takut kita tergelincir..kedua..kalau hp jatuh satu hal nak turun balik lepas tu nak naik semula..hisshhhh nauzubillah!

Muka gembira sebab dah sampai Puncak Pengasih! Trek ini macam trek Gunung Lambak cuma 3kali ganda jauh kot..hushhh....
Trek selepas Puncak Pengasih banyak lumut...



Ulat comel
Feeling macam mossy forest pulak...memang sejuk..mungkin sebab malam tadi hujan..atau memang di sini sejuk? bila berckap keluar wasap .tapi takdelah sampai menggigil

Suami bersama sahabatnya Cg Nik.MAsa ni kami sedang menunggu Cg Zulhelmi
Banyak lumpur...kalau tenggelam kaki..memang tercabut kasut, area Puncak Pengasih ni kalau berhenti sekadar melepaskan lelah 3-5 minit ok..tapi kalau nak berhenti lama, mcm tak sesuai sebab byk sangat lecak/lumpur.
Jam 11 pagi..kami sampai ke puncak Gunung Nuang..1493meters asl...alhamdulillah!Puncak ke10 yang saya gapai , rupanya milik Nuang...


Trivia: di kawasan hutan lipur Nuang, line telefon tak berapa nak ada..... celcom je ada itupun putus-putus.... sampai puncak tak ada line terus...sebab itu penting untuk mencatit nama di pintu masuk Hutan Lipur...jangan lupa jugak maklumkan ahli keluarga atau rakan sebelum mendaki...just in case...

Bersambung...

Mendaki Gunung Nuang Part 2