Saturday 14 December 2019

Saman jika tiada kerusi keselamatan bayi (CRS)- Mulai Jun 2020

TINDAKAN saman akan dikenakan terhadap ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) selepas tempoh enam bulan pertama pelaksanaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan masyarakat sedar akan kepentingan penggunaan CRS untuk keselamatan kanak-kanak.

“Jika kita tidak kuatkuasakan undang-undang yang ada pasti tidak akan berkesan. Jadi perlu ada titik permulaan penguatkuasaan iaitu selepas enam bulan pendidikan kesedaran tamat.

“Selepas tempoh itu jika masih ada yang tidak ikut undang-undang, sudah pasti akan dikenakan tindakan saman. Jika tiada tindakan, tidak guna ada undang-undang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klik Untuk Keselamatan Komuniti 2019 di pusat beli belah di Seremban, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan tidak menggunakan pendekatan keras sebaliknya memberi tempoh enam bulan untuk pendidikan dan kesedaran sebelum undang-undang dikuatkuasakan.
“Kempen dan peraturan yang dibuat ini untuk keselamatan dan demi melindungi nyawa anak mereka sendiri. Jadi ibu bapa perlu faham dan walaupun sedikit membebankan, tetapi ia untuk melindungi nyawa,” katanya.
Katanya, kementeriannya sedang berusaha bekerjasama dengan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengurangkan kos CRS bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
“Kita tidak dapat bagi bantuan kepada semua, sebab terlalu ramai kanak-kanak di Malaysia ini jadi kita cuba usahakan sediakan subsidi kepada hanya mereka yang memerlukan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Lam Thye berkata, IKATAN akan menggunakan tempoh enam bulan pertama pelaksanaan CRS itu untuk memberi kesedaran menerusi pelaksanaan pelbagai program komuniti.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan, PLUS dan NGO untuk mewar-warkan mengenai kepentingan CRS dari aspek keselamatan.


Ulasan saya : sampai bergaduh-gaduh kalau sembang bab carseat! dalam FB cukuplah tengok netizen marah-marah. Chill...beginilah...famili masing-masing, tepuk dada , jagalah keselamatan mengikut kemampuan ya...bagi yang sedang carseat hunting, ingat ya cari yang mengikut piawaian ECE R04/44 tu ya. 


No comments:

Post a Comment