Saturday, 28 December 2019

Weekend Night Fun Ride JB (27 Disember 2019)

Pertama kali join event tapi ni event free, suka-suka bukan race ya. Saja nak rasa macamana berkayuh ramai-ramai..rasanya ada dalam 200 orang kot peserta. Jarak diberitahu 20km ,bermula dari Dataran Jam , tapi jarak sebenar cuma 17 km sahaja..itu pun berhenti 4kali hahaha...ada marshall, jadi terjamin la keselamatan, marshall jaga depan, kiri kanan dan belakang gittew....siap saya rasa ngantuk kih kih kih...memang mcm tu kata adik iparku Ijad, sebab fun ride ni kanak-kanak pun ada. Laluan bukit dia sedang-sedang je tapi bahaya bagi yang tak mahir kawal basikal sebab ada yang berlanggar sesama sendiri dan jatuh pun ada(tapi tak injured la sebab slow je).Kayuhan bermula dalam jam 8.40 macam tu..


Jumpa Farrah again

Yang hujung tu Bro Jas, kawan Ijad, saya dan suami baru kenal malam tu


Masa ni tengah berhenti tunggu riders lain hehehe baru 8km kot masa ni
Macam-macma jenis basikal..fatbike, MTB..RB..basikal lipat

Selepas settle fun ride, dijamu sandwich, 100plus dan pisang. Ada lucky draw..saya dan Ijad dapat cabutan, alhamdulillah (hamper dan botol air beserta diary dari MBJB )terima kasih MBJB, event ni memang ada sebulan sekali termasuk fun run 5km tau....:)...Selesai kayuhan, rasa tak puas lagi. Masa tu dah 10 malam. Esok pun cuti kan (Sabtu) so, pusing-pusing sampai Danga Bay, kemudian patah balik ke Dataran Jam. Bro Jas, terus kayuh ke rumah kerana beliau memang ride dari rumah di Kg Bukit Pasir ke tapak event,manakala kami parking kereta di area dataran. Total mileage malam tu adalah 43 km sahaja....sampai rumah Ijad dalam lebih kurang jam 1 pagi ( sebab lepas ride tu kami ngeteh lagi), decide tido situ sebab husband rasa mengantuk nak drive balik...subuh2 esoknya kami gerak balik ke rumah :).

Tak pasal-pasal main basikal lajak yeeee..hahahaha buang tebiat tul lah..dari kiri,suami saya Cg Fly, Ijad , Bro Jas dan saya.








No comments:

Post a Comment