Jadi tarikh cuti deepavali (25 Oktober pergi, 26 Oktober balik) dipilih untuk melaksanakan projek berbasikal ini.
Ahli-ahli
1. suami saya
2.saya
3.Cgu Zulhelmi
4.Cgu Linda ( wife Cgu Zulhelmi)
5. Zharfan
6.Cgu Haziq
7.Cgu Hanbali
8.Ijad (adik)
9.Bos Ropi ( bos ni ke mana- mana ajak dia on je!)
Jadi semuanya berkumpul di rumah kami jam 4.30 pagi...tapi bergerak lambat sikit dalam jam 5 pagi gitu sebab ada kawan tertinggal helmet beskal pulak....
Posing lepas subuh, di depan surau di Felda Kahang...siap jumpa tahi gajah..ish ish..memang ada pelepah kelapa jatuh banyak atas jalan sebelum surau ni..mujur lah tak terserempak dgn gajah |
Berhenti untuk sarapan, masa ni dah kayuh 50km |
Di Masjid Kg Lukut, berhenti untuk ke tandas dan refill air minum |
Excited nampak sign board sempadan Mersing! |
Hujan pulak..masa ni lagi 37 km nak sampai Mersing |
Iklan jap...saya menang giveaway dpt hadiah Chocotainer Almond Choc! sedap! |
Jam 12.40 tenghari sampai di Mersing, cari port lunch dulu!Masing-masing komplen bontot sakit hahahaha.... |
Akhirnya sampai di lokasi berehat/bermalam, Hotel Sri Malaysia Mersing!Sangat bicycle friendly! rupanya ramai pelancong yang cycling menginap di sini! |
Alhamdulillah, sampai di Hotel, rehat, refresh, saya sempat basuh baju dulu...sebab tgk hotel ada beranda..jadi takdelah bawak balik baju busuk hahaha...cuaca pun panas elok..cepat kering!kawan-kawan ada yang plan nak mendobi pada waktu malamnya....waktu malam kami keluar lunch selepas maghrib, sebelum balik , tidur dan esoknya perjalanan balik ya....
To be continued
masa kerja yang seronok dpt jalan2 outstaion. masa belajar seronok fikir cuti semester ehhe
ReplyDelete