Wednesday 24 May 2017

My first 10k

Alhamdulillah....petang semalam sesuatu tak dijangka berlaku..plan saya cuma nak berlari sejauh 6km...terlajak jadi 10km. Kombinasi cuaca yang redup selepas hujan dan cuaca yang baik , mempengaruhi saya untuk mencuba berlari sejauh 10km. Biasanya saya kurang yakin nak berlari jarak jauh sebegini di petang hari atas faktor panas, penat selepas bekerja dan tak larat. Tetapi semalam, selepas melepasi 6km, saya rasa nak cuba 8km. Selepas cecah 8km, saya rasa, eh belum penat lagi walaupun jari kaki sedikit kebas, jom la cuba 10km! And i did it!

Bertanya pada kawan yang selalu run, kenapa jari saya kebas, beliau memberitahu mungkin faktor tak cukup garam /mineral dalam badan. Jadi nanti tengok balik pemakanan sebelum berlari.Dan semalam juga saya cuma minum 2 teguk air selepas 8km( biasanya saya boleh berlari 5-6km tanpa minum air). Jarak terbaharu ini telah memberi semangat baru kepada saya untuk terus berlari!Insya Allah..walaupun mungkin sepanjang bulan puasa ni, kena berehat dari berlari sebentar...nanti kita sambung lagi lepas raya ya....(terbayang kuih raya nih bahaya betul ni hahahaha)

Dibawah rekod-rekod pace saya menggunakan Apps STRAVA. The verdict? Selepas berjaya lari 10km ni, rasa seronok dan badan rasa ringan !



True indeed!

No comments:

Post a Comment