Friday, 19 May 2017

Larian Obor Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 {15.5.2017}

Daftar suka-suka secara online setelah tgk iklan di FB. Syarat dia boleh lari 2km nonstop kan..so sy expect lari lalala 2km lah...kemudian seminggu sebelum tarikh, dapat panggilan dari Pej Belia dan Sukan Daerah Kluang, terpilih rupanya... bersama beberapa kawan-kawan yang lain juga...surat rasmi menyusul beberapa hari kemudian..mula-mula saya ingatkan lari nya pagi..rupanya petang! masak laaa..tgh panas lit lit aih...


 Kejadiannya begini..larian ni memang seluruh Malaysia, Obor dari Singapore pass ke Johor Bahru,  tujuan dia passkan obor sukan SEA tu..sebelum sampai ke daerah Kluang, obor tu dibawa oleh pelari Kulai pada paginya dan diserahkan kepada Kluang pada jam 12.30 tengahari...err... faham ke saya tulis ni hahahaha....dan team kami mula lari jam 2.30 petang, ada CP setiap 1km..ada 5 orang pelari bagi 1 CP, dan jarak utk pegang obor hanyalah 200m seorang :) lepas lari 1km kalau rasa panas ke, penat ke pening ke..sila naik trak polis yang disediakan..oh ye, ada kumpulan pelari tetap dari PGA yang berlari jarak 5km total keseluruhan nya di tengahari yang panaih lit lit nih..respek!Apa pun it is an honour to hold the torch!

CP terakhir adalah di MK Curtain, Ayer Itam, di sini ADUN Machap pada jam 4.30 petang,menyerahkan obor kepada wakil Batu Pahat di mana obor tu dibawa lari ke Batu Pahat dan tiba di BP pada jam 6.30 petang pula...esok nya sambung event di Tangkak dan Muor :)

Us... ni lah dia grup mak-mak,, grup jogging, grup menggunung, grup makan2 pun iya oppss...walaupun kadang2 tak semua join at one go...we've known each other for 10 years already!
Yang baju oren tu team PGA
Pelapasan dari Laman Simpang Renggam turut disertai pelajar sekolah dengan jarak 1km. Yang baju hitam tu jaga api obor hehehehe
ok jom tengok corat coret hari larian obor ini...total pelari dari Kluang adalah seramai 26 orang :) Gambar kredit kepada official photographer ( belaiu share di whatsapp group kami...sorry i don't catch his real  name sebab masing2 guna nama samaran je di whatsapp :D)







No comments:

Post a Comment