Sambungan dari trip Prau-Merbabu(haha lepas 3 bulan baru update!)
19 Ogos
Kami check in di Hotel Griya Sentana pada jam 7 petang. Bersiap2 mandi, kemudian jam 8 malam Rasya bawa makan malam. Nama kedai sudah lupa hehehe... bestnya tidur di tilam setelah 2 hari tidur dalam kesejukan. Apa pun cukup menginsafkan saya kerana baru 2 hari tidur dalam ketidakcukupan dah rasa macam terseksa. Apa lagi orang-orang susah yang tidur berlantaikan simen dan selimut nipis ya?
20 Ogos
Kami bersarapan jam 7 pagi, dan packing beg kali terakhir. Jam 10 pagi kami chekout & our guide Rasya bawa jalan-jalan ke sekitar Jogja dan Malioboro. Kami makan bakso di angringan (gerai ) di sana. Jam 2 petang Rasya bawa kami ke bandara/airport, sebab nak check in jam 3 petang.
|
sebelum checkout hotel |
|
kedai/kilang kuih bakpia |
|
Eiger, jenama outdoor gear yang popular di Indonesia |
|
Ada jual Osprey jugak kat sini |
|
Lebih kurang jam 12 tengahari kami ke Malioboro |
|
Banyak kedai-kedai di kiri kanan jalan, macam di Petaling Street/Jalan TAR/ Bandung |
|
Sebelum ke airport |
So, kami bertolak pulang ke Malaysia lebih kurang jam 6 petang dan tiba di KLIA2 jam 9 malam, terus bertolak balik ke Johor ( drive). That's our short getaway for August 2018!
No comments:
Post a Comment