Thursday, 29 October 2020

Kluang-Batu Pahat-Muar- Melaka 276 km return (23-24September 2020) Part 1

Maka berkelana lagi lah kami...mula nya risau juga takut sebab covid ni kot ada macam-macam syarat ke..tapi setelah study, yang ada syarat etc cuma di Perlis (kena minta kebenaran pihak polis). Bagi negeri lain yang tiada PKPB atau PKPD boleh ride tak kisah berapa orang  janji follow SOP..(terbaru untuk PKPB tidak boleh lebih 10 orang untuk sukan tiada kontak seperti lari dan berbasikal) . 

Persediaan bermula sebulan sebelum tarikh yang dirancang. Iaitu cari peserta ( di kalangan kawan-kawan je). Bab plan route saya serahkan kepada incik suami dan kawan2 lelaki nya...manakala saya bertugas untuk plan /booking tempat menginap dan jadi bendahari jaga duit makan hahahahaha . Selain tu juga kami hire seorang sahabat yang membawa kereta untuk jadi support crew @ marshal. Perjalanan jauh tidka boleh dijangka, macam-macam boleh jadi ,so kita sediakan payung sebelum hujan. Sahabat suami, Cikgu Haziq sudi follow kami untuk trip ni as support crew. Dan juga undang-undang jalanraya mesti dipatuhi ya..kami riders berhemah..kat trafik light merah mesti berhenti! hahaha bukan apa, sekarang ni entah kenapa ramai nau geram dan marah2 tengok geng berbasikal..padahal kami bukan merempit pun..ruang yang kami ambil di jalanan pun kecik je, sama macam laluan moto je kan...lepas tu mungkin mereka ingat yang berbasikal ni anak-anak remaja gamok eh...maap..kebanyakan kami ni mak bapak orang daaa...kami juga pengguna jalan raya..bukan tak pernah drive kereta pun kann , insya allah ikut peraturan.

 

The gang : Ijad, me, my hub,  Cgu Linda, Cgu Zul dan anak muda ... Asyraf aka Acap (memang selalu panggil anak muda sebab dia paling muda )

 Kertea semua tumpang parking di pejabat saya, dan kami bermula dari Ayer Itam. Kemudian kami mengayuh melalui Batu Pahat untuk ke Muo.

 

Lupa di mana..somewhere in BP kot ,sarapan dulu lepas 20km mengayuh


Tayar basikal ku pancit masa ni baru 35km perjalanan..sebelum reach BP Mall.Dugaan..nasib baik ada 2 orang heroes.

Sampai Muo, lunch time! oh ye trip ni kan macam trip jalan-jalan cari makan.. :)


Masuk daerah Muo ..jarak perjalanan dalam 75km dari starting point. Jangan percaya sangat ini dua orang, posing memang over. Diorg bersiul je sambil kayuh tak penat pun.

Seorang lagi support crew yang cemerlang..Jidin. Kami take 15minutes berehat sambil membasahkan tekak dgn bekalan air yang dibawa.

Cgu Haziq, the best marshal!


Penat-penat layan caffein fix ..memang sedap!


Alamak saya lupa di mana lokasi ni..tapi tak silap macam jalan ke Bukit Rambai

Sampai ke A Famosa jam 3 petang..

Lebih kurang 135km perjalanan...puassss!

Cendol..cendol...area dekat2 A Famosa.Nama kedai jangan tanya..lupa..hahaha

 

Alhamdulillah kesemuanya selamat sampai dan tiada masalah yang membimbangkan...jadi petang tu kami check in , rehat , dinner dan tido sebelum pulang semula keesokkannya...

No comments:

Post a Comment