Thursday, 1 October 2020

District 21: IOI Mall Putrajaya

Awal September, saya join Larian Mencari Nur 2. Rujuk post ini.

Kemudian, balik dari larian, esoknya kami checkout..masa untuk beli jiwa anak-anak pula...setelah berbincang dengan suami, kami akhirnya ke District 21 di IOI Mall Putrajaya. Untuk masuk ke sini, pengunjung diwajibkan memakai sport shoes ya, untuk keselamatan. Selipar, sandal tak dibenarkan. Harga masuk RM65 sebenarnya seorang(hari bekerja) dan RM80 bagi weekend. MAsa kami pergi tengah ad apromo Maybank debit card iaitu RM129/2 pax. Kami grab ynag ini.Ada banyak game lasak di sini. Trampoline, Ninja Warrior(untuk 125cm ke atas), Dark Cave dan lain-lain.

 

Briefing sebelum aktiviti memanjat

Wall climbing 

Abah diorg pun tertarik nak try...


Spiderweb climb


Tak ingat nama challenge ni...tapi tak senang jugak nak gerakkan tali atas tu


Anak-anak mama yang berani!
Emm...nak try gak


Ladder climb

 


No comments:

Post a Comment