Wednesday, 31 August 2016

Kluang Climbathon di Gunung Lambak ( Lari dan Daki Merdeka) 31.08.2016

Hari-hari lalu gi kerja pagi2..mesti lalu melintasi banner event ni...dalam hati rasa mampu ke nak join sebab selama ni taking our own sweet time mendaki..tak pernah set masa lah pulak..kalau dalam event..ada cut off time bagi pengiraan mata atau kelayakan dpt medal finisher, bergantung kepada organizer. Ajak hubby join..hubby kata jom try...Kemudian daku hubungi organizer, katanya ni bukan race, tapi peserta dikehendaki menghabiskan larian/climbathon dalam masa 90 minit.Kalau lebih tak dapat medal. Congak2..huhu sebenarnya so far best time 120 minit turun naik puncak gunung Lambak.Organizer ckp..no worries..naik separuh je ni tak sampai puncak.. 2.2 km run/jog, kemudian 1.6 daki turun naik smpi checkpoint , dan 2.2 berlari/jog semula ke garisan mula/tamat tadi. Total semua 6km. Hari kejadian, organizer announce cut off time ditukar ke 120 minit .Yes!

Anggaran 1000 peserta yang join.Wajiblah posing duluan.

 
Flag off jam 7.15 pagi




 
Laluan jalan raya di celah-celah kawasan perumahan tapi jalannya lurus la.Nampak puncak Gunung Lambak dari kejauhan


 
Mulai off road , masuk ke jalan hutan menuju ke checkpoint seterusnya




 
Trail yang sempit, licin dan tidak rata memang mencabar..ramai jugak peserta tergelincir . Most pakai kasut sukan..jadi memang licin la...aku pakai kasut sukan sebab kasut hiking tu berat kalau nak buat lari dan sakit tapak kalau guna di jalan tar (kasut hiking adalah untuk laluan off road)
Alhamdulillah..finish! Hubby menamatkan larian jam 8.25 pagi ( 1 jam 10 minit), manakala aku slow sikit sebab asyik amik gambar kan hahahaha , 8.55 baru sampai ..(1 jam 40 minit). Dan ini adalah julung2 kali kami join event begini,berdua.



Suka betul dengan medal ni..sebab siap engrave tarikh..which is...my birthday! ) MERDEKA!

No comments:

Post a comment