Sunday, 31 May 2020

Masjid Nabawi dibuka semula (Covid19)

Artikel ini disalin dari FB


Betapa rindunya hati insan untuk kembali berjemaah di Masjid Nabawi. Akhirnya pada subuh pagi tadi, pintu masjid yang telah sekian lama ditutup rapat dibuka semula. Orang ramai berduyun-duyun ke sana bagi mendapatkan tempat dan saf.

Ada garis panduan yang harus dipatuhi. Pelitup muka wajib dipakai. Kanak-kanak tidak dibenarkan langsung untuk datang. Air zamzam pula dihentikan penyediaannya buat sementara waktu.

Syukur.

Alhamdulillah.

Segala pujian hanyalah bagi Allah SWT.

Doa dipanjatkan tanda syukur. Air mata mengalir keluar tanda gembira. Perasaannya seperti hari inilah hari raya. Setelah hampir 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ke masjid yang dicintai ini. Setelah mengharungi 30 hari Ramadan tanpa bertarawih berqiamullail di sini.

Hari ini, seakan tidak percaya. Penduduk setempat sudah boleh masuk berjemaah semula di sini.

Walaupun pembukannya dibuat secara berperingkat, namun sedikit kelonggaran ini sudah cukup nikmat. Tiadalah nikmat yang asyik direbut saat bermukim di Madinah selain daripada dapat solat di Masjid Nabi SAW.

Lockdown tempoh hari menyedarkan kita semua akan nikmat yang tidak terperi ini. Tuhan menegur sikit saja hati-hati yang terleka. Ketika ada ruang dan peluang untuk menziarahi masjid, kita buat-buat sibuk dengan aktiviti lain.

Akhirnya kita semua merinduinya bersama. Menyesal akan sikap tidak endahkan masjid sebelum ini.



Dan kini, bila dengar saja ada masjid akan kembali dibuka. Kita semua seronok. Biarlah sebelum ini jarang sekali menjejakkan kaki ke masjid. Namun perasaan sebegini, dirasai oleh semua.

Ya Rabb, dekatkan hati-hati kami dengan masjid walau di mana kaki ini berpijak.

Setakat ini, hanya Masjidilharam yang masih belum dibuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, sekitar 90,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi sudah mula dibuka untuk solat berjemaah dengan garis panduan yang mesti dipatuhi.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber gambar: Media Haramain.

No comments:

Post a Comment