Tuesday, 20 December 2016

Mendaki Gunung Kinabalu 2016 (Part 1)

18 Disember 2016, tibalah tarikh dinanti-nanti..booking seawal 6 bulan in advance, akhir nya this is the day. Sebenarnya sy dan suami sampai di bumi KK ni pada 17hb Disember jam 10 pagi...kemudian ambil teksi dari airport terus ke area Pasar Filipin dan menginap di budget hotel di sana ( J& J Hotel). Petang tu aktviti berehat-rehat sementara tggu esok pagi.

Di sebalik cerita, asalnya kamiada sepuluh orang dalam 1 group..yang ditubuhkan oleh member Sabahan (ex-classmate sy). Kami dah plan nak ke Kinabalu pada Nov 2015..tapi pada Jun 2015, kejadian gempa menyebabkan hasrat terbantut walaupun dah byr booking.Pendakian pun tak dibenarkan masa tu.....Booking refund, dan, akhirnya semua dah membatalkan hasrat ke Kinabalu. Awal tahun ni, sy propose balik niat ke Kinabalu kepada group, namun semua tak dapat nak commit makanya, tinggal sy dan suami sahaja...setelah mencari-cari dan tengok iklan, baru lah hire seorang agent utk uruskan pakej kami..(will save this story and details later yea).Maka dalam Jun 2016, sy book pakej untuk mendaki Dec 2016....nak jugak pergi tahun ni sebab bimbang tahun 2017 kami sibuk sgt ke, tak sempat pergi ke...ada trip lain ke ooppss hahahaha..

Pada hari kejadian,Sabtu(18/12/16), driver ( book asing) ambil kami jam 5 pagi dan terus bawa ke Kinabalu Park ,sebab masih awal pagi, tiada traffic jam, kami tiba di Kinabalu Park jam 7.30 pagi. Dan bersarapan di restoran di bawah Kinabalu Park.

Jam 8 pagi kami masuk ke Kinabalu Park(entrance RM3/pax), driver drop kami depan Pejabat Sutera Sanctuary Resort. Berjumpa dengan guide dan sain sehelai borang kehadiran, kemudian dapatlah permit mendaki yang perlu dipakai sepanjang masa mendaki termasuklah waktu makan hehehe.

Transfer to Timpohon Gate
Dalam jam 9 pagi kami dibawa dgn van ke Timpohon gate(transfer ke Timpohon include in pakej). Untuk makluman, Timpohon Gate terletak di ketinggian 1866m dari aras laut..jadi jumlah keseluruhan hiking Gunung Kinabalu adalah  4,095m - 1,866m = 2,229m. Dan selepas briefing, jam 9.15 pagi mula hiking menuju ke Laban Rata. Di Timpohon Gate ni pun sain dokumen lagi...ada kedai runcit di Timpohon gate ni, kalau rasa - rasa nak tmbh snek or air, boleh beli di sini..sebab di laban rata lebih mahal harganya(rate hotel). Saya bawa 1 botol mineral 500ml, 100 plus 500ml, 2 batang Kit Kat dan sebungkus nasi goreng separuh tadi hahaahha serta sandwich dan juga sweater serta baju hujan.Oh ye, boleh sewa tongkat(hiking pole ) ya di pondok Transportation Service sebelah Pejabat Sutera Sanctuary ( RM10/pole), bagi sy hiking tempoh amsa lama begini memang perlu kan tongkat sebab tongkat ni byk membantu menyerap hentakan dan menstabilkan badan.Kalau ada sendiri, bawa je tapi kena masuk kargo ye..hand carry kang tak lepas, nangis kang.

Pondok rehat
Ada 7 hut/pondok rehat sepanjang perjalanan ke Laban Rata: Pondok Kandis(KM1.0), Pondok Uboh(KM1.5), Pondok Lowii(KM2.5),Pondok Mempening(KM3.0), Pondok Layang-layang( KM4.0 : di sini biasanya pendaki berhenti untuk lunch), Pondok Villosa ( KM4.5),dan Pondok Paka ( KM5.0),sebelum kita sampai ke Laban Rata iaitu KM6.0 di ketinggian 3273meter dari aras laut.(rujuk peta di bawah).Setiap pondok ada tandasdan paip air(air gunung)..boleh je minum kalau yakin dan habis bekalan air ke....sebab tu lah kos nak naik Kinabalu ni tak lah semurah gunung-gunung lain...memang kebersihan dan prasarana gunung ni dijaga baik di sini....Laluan Mesilau sudah ditutup sebab dah rosak dek gempa....


Jom tgk sedikit gambar sepanjang perjalanan....

Menunggu sarapan siap...

View Kinabalu Park dari restoran seberang jalan..


Breakfast kat restoran berhadapan jalan, bawah Kinabalu Park..nama restoran ni Panatan ke ape tah..lupa...satu pinggan nasi goreng RM7.50, portion dia besar boleh makan 2 orang, sy tak habis, sy bungkus separuh save utk lunch.

Kat sini biasanya ramai org ambil gmbr, tapi belakang tak nampak Gunung Kinabalu sebab berkabus masa kami di area sini, kalau pelancong yang tak mendaki pun boleh datang berjalan-jalan setakat Timpohon gate je lah..
Final check semua beg sebelum meninggalkan 2 beg kecil di locker room Sutera Santuary Lodge ( RM12/beg..tapi sebab beg saya kecik-kecik, diorg charge RM12 sekaligus je).Beg oren tu keperluan kami seberat 9kg untuk dibawa oleh porter.Beg saya berat dalam 1.5kg, manakala suami punya dalam 3kg ( beliau bawa DSLR-in the end tak bawa ke puncak sebab risau berat ..memang tepat pun keputusan tak bawa tu..sebab bawak diri pun dah susah...)
Simpan beg di sini ya..pergi je ke kaunter reception.

Tengah ambil tag/permit di pejabat Sutera Sanctuary(selang satu pondok dengan Reception tadi)

Di sini lah Timpohon gate, pendaki yanga d atag/permit sahaja dibenarkan masuk

Beriefing dari guide (belah kanan tu guide/aka porter kami, Rafizam namanya ) dan sorg lagi guide in training, Hazman ( masa perjalanan Rafizam jadi porter, Hazman take over jadi guide sebab dia tgh praktis.Muda-muda lagi diorg ni early 20s

Kat sini bertem,bung dgn porter lain yang sedang mengangkut barang ke Laban Rata..minima sorang 20-30 kg!



Berhenti rehat di Pondok Kandis(KM 1.0) dan melayan tupai2 yang jinak.


Lps km 1.0..jalan jalan jalan jalan... penat berhenti la 4-5 saat ambil nafas. Tips dia...jln prlahan2..jgn kalut nak laju sgt hang bkn ultramarathoner. Jln santai..enjoy the view tau. Dan jgn bhenti lebih 5minit.Elok kaki tgk panas berjln..kite stop..mmg boleh cramp.



Kat sini macam lapang sikit dan angin sepoi-sepoi bahasa..kering jap peluh..



 Sampai Pondok Layang-layang(KM 4.0)..dlm jam 11.30 kot.Berhenti lunch. Sy mkn sandwich je sbb x rasa lapar.Lebih kpd haus n penat. Tapi paksa diri makan utk energi. Byk tupai demok juga sini.Saya call guide, eh korang ni mana tak sampai-sampai..guide ckp "xpe jalan dulu, kami ada di belakang" ( salah seorang sakit perut katanya..lmbt sikit asyik singgah tandas..laa kisahnya...).

We had lunch here...

Tupai pun lunch sama-sama makan rotiiiii hahahaha..gemuk nya ko cik pai, memang orgs elalu bagi makan, jinak -jinak merpati semuanya..

Lepas lunch, perjalanan diteruskan!

Rasa mcm dalam fairy tale,sejuk, dah mula sarung sweater.

Hujan
Lepas je KM4.5(pondok villosa)hujan lebat gilaaa..maybe dlm jam 12 tghari. Stop sekejap. Hujan reda(tp masih heavy raindrops jugak la-pakai poncho beli kat giant) ..kami proceed. Start sini perjalanan dia makin mencabar..selain trek yg mcm air terjun mini sebab hujan, udara makin nipis.. kita mungkin mulai mengah.Sila guna tips yg sama..tarik nafas perlahan ikut hidung,lepas ikut mulut.Dont rush walaupun rasa larat. Maintain your pace. Bunyi air hujan sy visualised lg sbg satu bunyi yg menenangkan..nyaman..sejuk..tenang..it helped!Sambil mulut berzikir Subhanallah, Alhamdulillah diberi peluang menatap keindahan milikNya.... Walaupun kasut basah..stokin basah..jari2 ku membeku huwaaa....




Watch ur steps!


Licin tu..sebab air hujan sedang mengalir


Alhamdulillah, tiba di Laban Rata
Jalan punya jalan punya jalan...(sambil stop snap2 gmbr)... dlm jam 1.45 ptg smpi Laban Rata. Sy siap x percaya ingat hubby gurau...sebab sy baca mana-mana blog semua ckp sampai Laban Rata jam 3@4 petang...lepas tu tgk ok betul la Laban Rata.....alhamdulillah syukur. We made it!


1.45pm..sampai Laban Rata....


Our hostel/dorm...muat 16 orang, tapi masa ni ada 11 orang je..katil double decker,masa ni menunggu waktu makan malam yang dijadualkan jam 4 petang.

Bersedia nak turun makan...eksyen je pakai selipar, bawah tu lecah, pakai kasut jugak
Petang tu hujan lebat..Gunung Kinabalu jadi mcm air terjun

Dengan pendaki dari Jepun, Uncle Takasaki,dia ajak kitorg pergi daki Mt Fuji di kampungnya...aminnnnnn one day yeah...umur uncle ni 68 tahun. Fuh..kuat lagi dia

Tempoh masa dari Timpohon Gate berketinggian 1866m ke Laban Rata berketinggian 3273m (tak byk berhenti rehat, rehat sekejap selang 2 pondok je)...9.15 pagi dan sampai di Laban Rata jam 1.45pm: 4 jam 30 minit. Lebih kurang jarak  naik Gunung Ledang :) atau naik turun Gunung Datuk.

(Mengikut guide, sebenarnya estimation masa dari Timpohon untuk sampai ke Laban Rata adalah 6km=6jam. Iaitu 1km = 1 jam )

To be continued....  Mendaki Kinabalu Part 2


4 comments:

  1. respect la Cat..masing katif lagi hiking ni. dah minat kan. caiyok caiyok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..tgh buat list baru untuk 2017 hahahahaha

      Delete
  2. kami tgh plan nak daki kinabalu bulan 12 ni. terima kasih atas blog banyak beri penerangan yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama :) sy rasa gembira post saya membantu anda!

      Delete