Wednesday, 21 December 2016

Mendaki Gunung Kinabalu 2016 ( Part 2)

Selamat pagi dari puncak Kinabalu
Mendaki Kinabalu Part 1 - klik sini

From my facebook:

Di mana nak mulakan.. agak berkira2 mcmana nak post sbb apa shj gmbr dan kata-kata won't do justice to Gunung Kinabalu. Sgt majestic , 1000 keping gmbr pun x boleh kot nak gmbrkan betapa indahnya ciptaan Allah.

Sy mula dari early supper la kot ye. Tanggal 19/12/2016,jam 12.30mlm kami semua dah bgn(tido dlm jam 8 mlm sblmnya)...bersiap2 ..sblm jam 2pg kebanyakan pendaki dah berada di Restoran Laban Rata. Kemudian bersarapan..dan jam 2.30pg dgr briefing dari guide masing2,seterusnya bertolak ke gate belakang Pendant Hut utk menuju ke puncak(gate ni sentiasa dikunci dan dibuka setiap jam 2pg utk para pendaki yg ada permit shj). Malam sebelum tu lagis emua pendaki admit, berdebar-debar ada yang rasa tak boleh nak tidur. Tapi paksa diri juga tidur(saya lah tu)..orang lain jam 8 malam semua dah berbungkus selimut, saya duk terkebil-kebil lagi layan FB hahaha sebab tak boleh tidur..jam 9 malam kot baru saya tidur. Dapat tidur 3 jam je.
Menunggu sarapan dengan gembiranya! memang sejuk ye..sebab tu pakai gloves!

Sila makan dengan secukupnya untuk tenaga


Memang gelap!


Gelap gelita,mmg berjalan berpandukan cahaya headlamp jelah. Tidak ada rintik hujan, langit tiada awan , nampak bintang-bintang tetapi ada kabus tebal sekeliling kawasan gunung..suhu sejuk (kemudian dpt tahu di Sayat-sayat suhu pg td 8celcius masa kami mendaki)..angin kuat pulak tu.

Guide dah brief,mesti smpi di Sayat-sayat checkpoint sblm jam 5pagi. Kalau lambat..anda akan diarahkan berpatah balik sbb dah melebihi masa. (Pendaki yg berada di puncak mestilah turun selewat-lewatnya jam 7 pg). Saya dan suami smpi di Sayat-sayat jam 4.05 pg. Sebelum Sayat-sayat checkpoint,ada laluan bertali seakan-akan laluan Batu Hampar di Gng Ledang tapi lebih mencabar dgn tiupan angin kencang dan sejuk. Mmg x nmpk apa,guide arahkan pegang tali dan panjat! (Bila time turun tu baru nmpk suasana sbnr area tali tu..kecut perut!) . Hubby mengalami sedikit simptom AMS(altitude mountain sickness-loya,pening,nak muntah) selepas di sini,manakala sy pula mngalami kesejukan melampau dan almost cramp. Mujur juga ada bawa ubat utk ams (betaserc-beli di farmasi),dah standby. Syukur saya tidak pula terkena AMS ni..cuma sejuk sampai menggigil.Utk elakkan cramp,kami teruskan shj berjalan walaupun langkah kecil..do not stop more than 5 min.Jadi kami melangkah juga walaupun babysteps..berhenti setiap 10 langkah selama 1-2saat utk stabilkan pernafasan yg makin lama makin berat. Seolah2 ada org cekik2 kau dan rasa sesak nafas wlupun dah cuba inhale.Siap saya berpaut di lengan hubby sekali sekala bila angin kuat sgt  ( hubby sy kata, beratlah dia nak berjalan bila sy berpaut hahahahaha dahla dia tgh pening).

Ini bukan checkpoint tapi pondok Mountain Torq (untuk via ferrata ), dis ebelah CP Sayat-sayat


Sy berdoa silently agar dpt la ke puncak masa tu ,sbb kalau sy gagal, kenalah tggu lagi 6bln ke setahun kot utk booking. Sebelum ni dah booking tahun 2015 tapi refund sbb gempa bumi. Cuaca baik pg tadi..jadi diri sy shj penghalang ke puncak sekiranya x berjaya sampai.

Akhirnya..selepas mengheret kaki melawan arus angin sejuk dan laju selama 2jam..akhirnya kami dpt menjejakkan kaki ke Low's peak pd jam 6pagi( few days later, sy check FB Kinabalu, suhu kat puncak adalah 3 darjah celcius!)..teringat pula beberapa pendaki Australia pun menggigil2 tahan sejuk sampai merah2 muka..inikan kita orang Asia. Ada remaja perempuan Australia nampak macam tak larat, dipimpin oleh malim gunung tapi berjaya juga dia sampai ke puncak ( diiringi tepukan ahli-ahli keluarganya yang tiba lebih awal).Alhamdulillah..Low's Peak adalah nama bg puncak tertinggi Gunung Kinabalu. Di blkg peak tu ada Low's gully(gaung). The feeling was.... undescribable(ada eh perkataan ni? 😆)...gembira,sayu,sedih, terharu semua ada. Bg org lain mungkin rasa biasa2 je kot, tp mendaki Gunung Kinabalu yg tersohor paling tinggi di Asia Tenggara,bg sy seolah2 merupakan satu journey kehidupan yg mana semua orang mesti bermula dari bawah...mendaki ke puncak(cita2/impian) walaupun berdikit2, dan bila di puncak,kita masih kena kembali ke bawah(your roots/ingat diri).Tak puas betul berada di atas tu sekejap sangat...nak stay lama-lama tengok-tengok semua orang dah mulai turun, takkan nak tinggal kitorg je atas tu hahaha..dapat kenalpasti South Peak(puncak seringgit), St. John's peak ( monkeys' peak), dan Donkey's Ear peak manakala lain-lain peak saya tak kenal..dan turun baru gigih baca nama-nama peak di Gunung Kinabalu ( ada 6@7 famous peak rasanya).

6 am..sampai ke puncak Low's, dari atas Low's peak ni nampak lah puncak seringgit...

Subhanallah

Gelap lagi ni...sunrise tak berapa nampak, sebab kabus plus sunrise kul 5.30am..kami sampai jam 6pg

Gambar kat sini ade la ambil 5-6 keping, semua blur kecuali yang ini, sebab tangan orang yang tlg ambil tu pun gigil huwaaaa..guide kat bawah masa ni.
Monkey's face peak

Low's gully

Low's gully juga


South peak aka puncak seringgit

Donkey's ear peak...sebelah dah patah...sayu rasanya bila mengenangkan peristiwa gempa bumi
 Seterusnya.. lps puas ambil gmbr untuk kenangan..kami akhirnya turun semula ke Laban Rata jam 7pg, sebelum turun tu berhenti-jalan-berhenti untuk ambil gambar lagi..kejap-kejap toleh belakang, sayang rasa nak tinggalkan puncak Kinabalu.


7 pagi..beransur turun
Just follow the white rope, naik atau turun...
Sejuk..hidung rasa kebas...jadi pakailah buff atau mask..

Belakang tu lah Low's peak yang kami naik tadi...4095.2m

Dengan pendaki dari Perancis, yang fasih berbahasa melayu Indonesia, pakcik Takasaki tak kelihatan..mungkin dia berehat di Laban Rata je
Dah-dah jom turun..kami orang terakhir turun ye.tapi alhamdulillah antara yang terawal sampai bawah
Tak jadi sangat sebab tgn gigil hahahaha

Bangunan di abwah tu lah Bangunan Restoran dan Hostel Laban Rata
Bye-bye Low's peak
Dalam kolam kecil ni ada banyak orang lempar duit syiling...kita tengok je lah

Banyak tanggaaaaaaaa

Waktu naik gelap je kan..dah siang baru nampak

Sini yang mcm seremmm sikit tu

Bongkah batu ni..kesan gempa


Nampak bgnn Laban Rata terus terbayang kopi dan teh o panas...sedapnya!

 Kami sampai  di Laban Rata jam 9 pg, kemas beg,mkn sarapan..dan jam 10pg bertolak ke Timpohon gate semula. Wajib checkout sebelum 10.30am..kalau tak setiaop sejam dikenakan denda RM100.00. Kami tiba di Timpohon jam 2 ptg (selepas hundreds of what seemed of endless stairs!). Maka berakhirlah journey Kinabalu kami.. kini yoko yoko mnjadi teman baik sy minggu ini.sekian.

Bye bye Laban Rata....


Last pose di depan hostel Lemaing

No comments:

Post a Comment