Basic squat |
Cycling boleh dikatakan aktiviti agak santai kerana kita cuma perlu duduk dan biarkan kaki mengayuh ( sy gunakan static bike). Walaupun kita rasa kaki sedang sakit/recovery, jangan berehat sepenuhnya dan totally berhenti dari aktiviti, sebab nanti lagi lemau badan bila nak berlari atau hiking semula!Saya suka membaca dan share ilmu baru, tapi benda-benda yang saya telah buat sahaja :)Selagi tak buat, memang takkan rasa keberkesanannya.
Jadual aktiviti saya buat 2 hari ini
5/12 siang 40 squats, malam 40 minutes cycling
6/12 siang 60 squats,malam 50 minutes cycling ( malam nanti nak cuba 60minutes cycling)
Yang penting semasa melakukan squat, tulang belakang mesti tegak ye jangan bongkok.
Kredit artikel di bawah dari says.com
KEBAIKAN SENAMAN SQUAT
1. Menambahbaikkan peredaran darah dan mengelakkan selulit
Regangan daripada melakukan squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Dan ya, anda boleh ucap selamat tinggal kepada selulit, jika anda melakukan senaman ini dengan kerap.
2. Membantu penghadaman yang baik
Squat membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik. Tindak balas otot melalui senaman ini memperbaiki aliran cecair di dalam badan, pada masa yang sama memudahkan proses pembuangan melalui usus.
3. Membina otot di seluruh badan, bukan punggung sahaja
Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, squat juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Senaman ini begitu intense sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.
4. Tidak meletakkan tekanan pada bahagian belakang
Kebanyakan senaman lain selalunya memberi tekanan yang tidak wajar pada lutut, pergelangan kaki, dan bahagian belakang. Namun squat, sebagai satu senaman berimpak rendah, tidak mempunyai kesan ini. Ia sangat berguna jika anda mempunyai masalah punggung, lutut atau buku lali lemah.
5. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan apa-apa aksesori atau peralatan
Tidak perlulah pergi ke gimnasium atau beli apa-apa kelengkapan kerana senaman squat yang simple ini amat berkesan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tak kisahlah sama ada di rumah, di pejabat, ataupun sewaktu anda pergi melancong.
6. Anda akan berjalan seperti seorang ratu cantik!
Kebaikan squat juga merangkumi pada postur. Squat adalah cara yang bagus bukan sahaja untuk memperbaiki postur, tetapi juga untuk membina keseimbangan yang lebih baik. Ia turut membantu menguatkan otot belakang, sekaligus mengelakkan sakit belakang disebabkan oleh duduk di kerusi terlalu lama.
7. Membakar lemak dan menurunkan berat badan
Selain membina otot dan melancarkan peredaran darah, senaman squat turut membakar kalori. Senang kata, squat adalah satu senaman komprehensif bagi mengekalkan kesihatan, dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Seluruh tubuh akan menjadi cergas!
8. Menguatkan lutut, meningkatkan fleksibiliti, dan mencegah kecederaan
Lenturan dan regangan lutut dalam senaman squat dapat menguatkan otot pada bahagian tersebut serta membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi. Ini membantu untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.
9. Menggerakkan seluruh otot pada kaki
Tidak seperti peralatan senaman tertentu di gimnasium, yang menyasarkan otot tertentu sahaja, senaman squat menggunakan setiap otot yang ada pada kaki. Ini bermaksud keseluruhan kaki akan bersenam, semua dalam satu masa! Inilah salah satu manfaat terbesar senaman squat.
Terdapat variasi squat, namun lakukan ikut kemampuan, cuba buat squat biasa/basic dahulu :)
(oh sy pernah cuba sumo squat dengan dumb bell 3kg..memang dijamin bermandi peluh wlapun buat 15-20 reps sahaja!)
No comments:
Post a Comment