Saja update kat sini sebab, pernah jadi team operasi Selsema Burung selama 4 hari di Kelantan... 13 - 16 Mac. Banyak ilmu baru dipelajari tentang Selsema Burung....
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEJADIAN SELESEMA BURUNG (AVIAN INFLUENZA) H5N1 DI TUNJUNG, KOTA BHARU, KELANTAN
9 MAC 2017
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan penyakit
Selesema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza) H5N1 telah disahkan
berlaku di Kg Pulau Tebu, Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Pengesahan
telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh
menggunakan teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction.
Kejadian melibatkan ayam kampong di mana 15 ekor daripada 26 ekor ayam
telah dilaporkan mati. Tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh
pihak DVS bagi membendung penyakit dari merebak dan seterusnya membasmi
penyakit ini termasuk;
1. Menakai dan melupuskan semua unggas di
sekitar 1 km radius dari Kg Pulau Tebu (Zon Jangkitan) dan menyuci hama
premis terlibat,
2. Menjalankan pemantauan (survelan), pemeriksaan
unggas dan persampelan di 1km hingga 10 km radius dari Kg Pulau Tebu
(Zon Pemantauan/Survelan); dan
3. Mengawal pemindahan unggas keluar dari Zon Pemantauan (Survelan).
Operasi pelupusan di dalam zon jangkitan telah selesai dijalankan pada 8
Mac 2017 di mana bilangan yang dilupuskan adalah sebanyak 227 ternakan
unggas dan 253 biji telur. Walau bagaimanapun, pihak DVS masih lagi
membuat pemantauan bagi mengesan saki baki unggas yang masih ada untuk
tujuan pelupusan.
DVS mengesahkan bahawa keadaan wabak adalah
terkawal dan jangkitan hanya terbatas pada ternakan ayam kampong di Kg
Pulau Tebu dan tiada ladang ayam komersil yang terlibat. Pemindahan
keluar unggas dari zon pemantuan (survelan) juga sedang dipantau dan
terkawal. Oleh itu, ayam-ayam yang dipasarkan adalah selamat untuk
dimakan.
Di samping itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
juga telah menjalankan siasatan di zon jangkitan dan tiada berlaku
penularan wabak kepada manusia.
Sumber: DVS Malaysia
No comments:
Post a Comment