Tuesday, 11 October 2016

Oni, our 12 years old cat





Oleh kerana saya sedang bercuti mc sekarang maka ada lah banyak masa untuk berblogging keh3...

Post kali ini didedikasikan kepada kucing kesayangan kami...Oni. Dah 12 tahun umurnya...tak dpt dipastikan tarikh sebenar birthday beliau..tapi sy mula bela Oni tahun 2004..sebelum kawen lagi! Sebelum ni memang ada bela 2-3 ekor stray cat, tak pernah mimpi pun nak bela long hair cat...rezeki, bila ex-boss lama bagi kat sy si Oni ni...sebab Oni adalah last kitten yang tak berjaya dijual di petshop..rupa parasnya masa kecik agak buruk, ada kurap di telinga, siapa lah yang nak beli kucing berkurap. Bila saya dpt je Oni ni, saya buat rawatan, plus botakkan semua bulu dia..bulu yang tumbuh selepas tu, makin lama makin sihat ...

 
Sekarang dah 2016...ada banyak gambar lagi masa dia kitten tapi soft copy dah tak de hilang dah ke mana....Oni masih manja macam masa dia masih kitten...playful...tapi sekarang a bit grumpy, maklumlah dah tua..kalau kita bergurau lebih sikit..dia gigit .hahahaha...Yang bestnya, Oni ni memang attached dgn saya...kalau orang lain dia macam layan gitu-gitu je..kalau dgn saya. huh sampai jilat muka, jilat tangan jilat tudung sekali..hahahha..Oni indoor cat, manakala bahagian luar rumah dijajah oleh Cici kucing stray yangmemilih rumah kami sebagai rumahnya..hahaha...Cici juga saya telah ambil inisiatif untuk mandulkan...supaya Cici tak de lah susah payah nak menjaga anak-anaknya,sebab sy pun bukan selalu ada di rumah.

Oni adalah kucing jantan yang telah dikasi ( castrate), oleh kerana sy seorang vet, maka haruslah, sy sendiri jua yang men "operate" kan Oni hehehe..

Pesanan khidmat masyarakat jua...



ADOPT DON'T SHOP.
BE A RESPONSIBLE OWNER...SPAY/NEUTER UR CATS

Oh ye...kami pernah featured together dalam Harian Metro tahun 2011 :) Masa tu ada wartawan interbiu pasal kesihatan kucing ...


No comments:

Post a Comment