Tuesday 18 October 2016

Terjebak lagi...KRN10000

Adoi..sebenarnya dah set limit tak nak masuk lagi dah virtual run bulan ni..belek2 fb Kuching Runners Network, alahai..tertarik pulak bila penyertaan KRN10000 yang sebelum ni dah ditutup, dibuka semula..larian ni julung kali diadakan khas untuk pengkiut FB Kuching Runners Network, ada actual run dan virtual run.

Medal glow in the dark lagi tu...saya cuma book medal, malas nak beli tshirt(agak costly tshirt dia, mungkin glow in the dark juga kot agaknya..).Penyertaan KRN10000 ini adalah untuk larian 7km. Hutang Virtual Run yang ada pun ada yang belum selesai erk....dan yang membuatkan saya tertarik untuk sertai KRN10000 , juga kerana ia adalah charity run :) let's run with a cause.Pada saat entry ini ditulis, rasanya slot dah penuh ditempah...

Sumber gambar dari FB KRN.

Glow in the dark medal. Yeay!

No comments:

Post a Comment