Wednesday 12 October 2016

Jom masak nasi ayam

Masa cuti - cuti nilah moh kita rajinkan diri ke dapur...so far ni lah resepi yang rasanya agak praktikal berbanding resepi mak sy hahahaha( tak pandai masak..jgn salahkan resepi okeh)....

Time cuti, scroll fb, tertarik nak try resepi  nasi ayam ni...siap langkah demi langkah...dan mudah nak hafal step dia. Maaf sebab sy lupa owner asal resepi sebab tak save link.

Resepi Nasi Ayam

6 pot beras ( sebab famili sy kecik dan ada budak kecik, sy buat half je)
1 cawan butter ( saya guna Emborg, beli masa sale RM 18.99 /500gm - biasa RM12.99 untuk 250gm,selain Emborg sy juga suka guna Tatura . Dah berhenti guna Buttercup sejak tau Buttercup tu majerin, bukan pure butter)
2-3 biji bunga lawang
1-2 gulung kayu manis
garam dan gula secukup rasa
daun pandan.
ayam 1 ekor-potong kecil ( sy buat separuh) } rebus bersama menggunakan 8 @9 pot air
5-6 hiris halia                                                  }(bila dah selalu buat, sy agak2 je air ni)
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
daun sup dihiris2
sos tiram
kicap
madu
1 biji tomato, 2 tangkai lada merah,2-3 tangkai cili padi } untuk sambal
daun salad secukupnya

Langkah - langkah:

1. Rebus ayam dan hirisan halia hingga mendidih. Set aside dulu.



2.Panaskan butter hingga cair, masukkan beras dan goreng sekejap je sambil kaup balik hingga butter menyaluti semua butir beras.

Orang tak sabar....butter lom cair dah masuk beras hahahaha..abaikan kuali hitam..10 tahun tau umur nya hahahaha

3.Masukkan 6 pot beras dalam periuk nasi, letak bunga lawang dan kayu manis, garam dan gula secukup rasa serta daun pandan. Masukkan 7@8 pot air rebusan ayam tadi ( kalau jenis nak mkn nasi keras sikit, kurangkan air rebusan ayam...ada org tak suka nasi lembik2).Tanak nasi seperti biasa.

Air rebusan ayam




4.Dalam mangkuk lain,ambil beberapa ketul ayam direbus tadi(tnggalkan sedikit untuk buat sup ayam), gaul dengan 1 sudu besar madu, 1 sudu besar kicap dan 1 sudu besar sos tiram (boleh lebihkan adunan sos2 ni kalau rasa nak lebih rasa),perap setengah jam(lagi lama lagi sedap). Kemudian goreng - tak payah goreng lama sebab ayam kan dah direbus.Baki perapan kicap tu simpan, boleh tuang atas ayam or nasi semasa makan...sedap wooo manis2 masin.




5.Seterusnya untuk sup ayam, yang ini sy guna resepi sendiri je...dalam periuk tadi ada lagi air rebusan kan..asingkan 1/2 cawan untukmasukkan dalam sambal...yang baki biar je dalam periuk tu dan panaskan balik. Ambil kuali, tumis bawnag merah dan bawang putih ( yang dihiris/tumbuk atau blend) hingga naik bau. Tuang tumisan dalam air rebusan ayam dlm periuk tadi, kemudian tambah 2 sudu rempah sup(yang dibancuh sedikit air). Kemudian masukkan hirisan kentang jika nak. Masukkan juga kayu manis, bila dah nak siap, letakkan garam dan daun sup secukup rasa.

6.Untuk sambal nasi ayam, blend bahan sambal tadi,masak dalam periuk kecil, letakkan 1/2 cawan air rebusan ayam, sedikit cuka, sedikit garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan tutup api /sejukkan ke suhu bilik.

7.Ok hidangkan nasi dan selamat menjamu selera ,kalau dah selalu buat, boleh modify ikut rasa yang anda suka :D.




No comments:

Post a Comment