Banyak dah lupa..bila waktu flight etc...
Tapi sememangnya sebab world time berlainan perjalanan pulang memakan masa 2 hari! 18 Haribulan bertolak dari Lansing - Detroit - Amsterdam ke Kuala Lumpur dan 20 haribulan baru sampai!Hari raya kedua beb!...masa ni 1 Syawal jatuh pada 19hb...
Seingat aku lah, 18 hb tu kami bertolak lebih kurang 10 pagi...lepak sambil lunch kat airport(makan roti n minum kopi) ..sampai Detroit airport lepak lagi 4-5 jam..kemudian baru naik flight ke Amsterdam(perjalanan 8 jam ye)..transit di Amsterdam (Schipol airport) selama 6 jam kemudan baru lah naik MAS Airline ke KL...masa naik MAS tu seronok sgt sebab jumpa pramugari n promugara bersembang2 dengan kita..hahaha gila homesick!(nota: aku rasa kan...masa aku naik MAS ni..aku naik penerbangan MH 17 ....sebab memang tak ada flight lain dah)..dan memang lalu Ukraine pun bila rujuk tv yang kat depan seat tu..tv tu ada map simulation tunjuk kita tengah di ruang udara mana O_O, ngeri pulak bila teringat....masa tu tak ada bergolak antara Ukrain & Russia....
Berbalik kepad aktiviti di airport : jalan2, shopping2 keychain n FM, lepak2, duduk2 ngangaaa tgk gelagat orang hahahaahaha....bosan gila menunggu....
Sampai ke KLIA, kami semua seramai 5 orang dari Malaysia ni(3dari Sabah,1 dari Sarawak and aku dari Johor) pun berpecah untuk kembali ke temnpat masing2..deme tunggu connecting flight..aku dijemput pemandu jabatan untuk pulang ke Kluang...
No comments:
Post a Comment