Tuesday, 28 January 2014

Tempat Indah Yang Sukar Dipercayai Wujud Di Dunia Ini....{Part 1}

Ok ..selingan kejap dengan satu artikel yang aku surf and baca baru-baru ni..Masya Allah..Subhanallah....Sumber dari sini : boredpanda.

1.Tunnel of Love, Ukraine

Merupakan sebuah terowong yang dipenuhi dedaunan hijau yangmenyegarkan.Asalnya ranting-ranting ditebang untuk laluan keretapi, tetapi ranting-ranting telah tumbuh semula melitupi laluan keretapi.Tak silap aku ia merupakan keretapi yang membawa sumber kayu kayan ke kilang ( kalau tak silap).Dinamakan Terowong Cinta kerana ramai pasangan kekasih dan pengantin suka bergambar untuk kenangan di sini.Awas, keretapi masih melalui kawasan ini!


Cantik kan? Subhanallah.....

2.Tulip Fields ,Netherlands

Ada dua buah taman bunga tulip  di Friesland, Netherlands, dan di Noord Holland ( North Holland).Masa yang paling sesuai untuk melawat taman ini ialah pada musim bunga dan musim panas, menurut pakcik google.






3.Salar de Uyuni : One of Large Mirrors in the World

Terletak di Bolivia, ia merupakan dataran garam laut terbesar pada keluasan lebih 1000 meter persegi.Hotel-hotel sekitar dataran ini dibuat dari blok-blok garam .





To be continued...:)

Sunday, 26 January 2014

Travelog USA (18 - 20 Ogos):I'm Coming Home....I'm Coming Home, Tell The World I'm Coming Home

Banyak dah lupa..bila waktu flight etc...

Tapi sememangnya sebab world time berlainan perjalanan pulang memakan masa 2 hari! 18 Haribulan bertolak dari Lansing - Detroit - Amsterdam ke Kuala Lumpur dan 20 haribulan baru sampai!Hari raya kedua beb!...masa ni 1 Syawal jatuh pada 19hb...

Seingat aku lah, 18 hb tu kami bertolak lebih kurang 10 pagi...lepak sambil lunch kat airport(makan roti n minum kopi) ..sampai Detroit airport lepak lagi 4-5 jam..kemudian baru naik flight  ke Amsterdam(perjalanan 8 jam ye)..transit di Amsterdam (Schipol airport) selama 6 jam kemudan baru lah naik MAS Airline ke KL...masa naik MAS tu seronok sgt sebab jumpa pramugari n promugara bersembang2 dengan kita..hahaha gila homesick!(nota: aku rasa kan...masa aku naik MAS ni..aku naik penerbangan MH 17 ....sebab memang tak ada flight lain dah)..dan memang lalu Ukraine pun bila rujuk tv yang kat depan seat tu..tv tu ada map simulation tunjuk kita tengah di ruang udara mana O_O, ngeri pulak bila teringat....masa tu tak ada bergolak antara Ukrain & Russia....

Berbalik kepad aktiviti di airport : jalan2, shopping2 keychain n FM, lepak2, duduk2 ngangaaa tgk gelagat orang hahahaahaha....bosan gila menunggu....

Sampai ke KLIA, kami semua seramai 5 orang dari Malaysia ni(3dari Sabah,1 dari Sarawak and aku dari Johor) pun berpecah untuk kembali ke temnpat masing2..deme tunggu connecting flight..aku dijemput pemandu jabatan untuk pulang ke Kluang...










Jalan - jalan I-city : Part 2( 14/12/2013) ~Snow Walk

Bila aku bagitau kawan2 nak gi I-city, semua rekemen tgk lampu kat I-city...aku tak plan nak tgk lampu pun sebab aku tak minat hahahaha...nothing special for me bab lampu2 ni..sorry...

Yang penting misi aku nak bagi E-ein tgk air batu hahaha...kenapa air batu? sebab kat Snow walk tu bukan salji..memang ghope air batu campur terus..( shaved ice)...dan basah...i never experience snow tapi menurut pembacaan, snow is supposed to be dry kan? Faham2 je lah dah kita ni cuaca tropika, ais mudah cair. , so masuk Snow walk tu, budak2 la suke...nak main slide, main tolak2 kerusi atas permukaan ais, main snow sledge.

Menurut info dari staf dalam Snow Walk I-city tu, biasanye suhu dalam Snow Walk dalam -5 degree celcius.Since aku pegi tu hujung minggu plus cuti sekolah, suhu telah diturunkan lagi kepada -10 untuk mengelakkan ais mencair dek suhu badan dan haba pernafasan dari pelawat yang ramai.Bayaran masuk, RM25 sebelum 6 petang, RM30 selepas 6 petang.Kanak - kanak kurang dari 90 centimeter tinggi masuk percuma(masa aku pergi tu lah, sekarang tak tau lah ade percuma2 lagi tak).

Tak banyak gambar aku amik dalam tu,itu pun pakai hp je..sebab duk jaga Aisy yang happy berlari sana sini dan jatuh klepek2 sebab licin. E-ein kemain lah suke...banyak kali kami keluar masuk sebab tak tahan sejuk.Last2 ibu mertua ku tak tahan, dia terus keluar bersama adik ipar dan bawak Aisy sekali tunggu dalam kereta.Winter jacket yang dibekalkan adalah sgt uzur dan dah nipis.Kalau tau, aku bawak winter coat sendiri(tapi malas lah nak bawak sebab mkn byk space dlm beg).Memang kebas pipi dan tanganmasa masuk dalam ni.

Happy tul diorg dapat jalan2....

me, mak metua, E-ein dan Aisy

Budak2 ni masuk je terus buat aksi rama2 ni hadesss....

Aisy busy main ais....kasut but tu kami bwk sendiri ye...kalau yang Snow Walk kasi sewa, kasut but Pua Chu Kang style


E-ein tak nak balik,..hehehe..brr sejuk bangat!-10degree la katakan!memang macam dalam cold room daging lembu!


Ha ni nak komplen nih...

1.Tiket dah la mahal..pastu dpt jacket je..itupun buruk dan lusuh siap butang tanggal
2.Kasut kena sewa( gumboot) - patut nye bagi lah sekali dlm harga tiket tu..ni di caj lagi...betul2 buat duit ler huhuhu..bijak2....
3.Tak ada makluman kepada pelawat bahawa dalam tu wajib pakai kasut dan stokin.Ada ibu bapa yang bwk anak2 masuk selipar jepun.(stokin, muffler , sarung tgn danwinter hat memang ada dijual..tapi MAHEI!!!!ibu bapa bakal kehabisan duit jika anak2 mengamuk menangis nak item-item ini....)

Saranan: kalau nak bwk anak kecik2 masuk jugak....hangpa pakaikan stokin dan kasut sukan kat anak2...atau kasut bertutup...kang tak pasal kena reput frost!suhu negetip ni tau...aku pi Beijing suhu baru -1 celcius, boleh tahan sejuk sebab pakai inner(thermal wear/long john), lapis dengan tshirt , sweater, kemudian winter coat , sarung tangan , muffler dan winter hat/winter cap(bagi lelaki).Ada kanak-kanak yang nangis dalam tu sebab sejuk( kejang kaki agaknye), tapi parent lak excited lebih, tak mo keluar2..come on la weh...kesian kat anak ok!keluar kejap, dah hilang sejuk masuk lah balik....

Aku dah pesan kat ahli keluarga pakai kasut bertutup, berstokin, dan aku bawakkan muffler , winter hat dan jugak sarung tangan for each person since memang kami baru balik dari Beijing.

4.Tak nampak any personel Icity yang bagi briefing keselamatan sebelum masuk Snow Walk tentang apa perlu dibuat kalau kecemasan.

Kesimpulan: Snow Walk ni boleh jadi best kalau extra features disebut di atas dilaksanakan.Kalau tak, Snow Walk ni kira  macam peti ais yang besar je lah.....huhu...but still a good place for children, dengan syarat, ibu bapa , PLEASE lah....pakaikan anak pakaian dan kasut yang bersesuaian!!!!!!

Saturday, 25 January 2014

Jalan-jalan I-city , Shah Alam :Part 1 (INTEKMA RESORT)

Idea nak gi I-city ni aku terdetik spontan..sebab nak memenuhi impian E-ein nak tengok salji..(masa g Beijing baru - baru ni, salji belum turun..silap aku jugak tak survey betul-betul bila agak2 salji nak turun huhuhu)...

So we went to Shah Alam on 13th Dec..bermalam di Intekma Resort. Puas jugak aku google nak tgk apa pilihan hotel yang ada...since kami agak ramai iaitu 7 orang ( aku, hubby, mak mertua, adik ipar 2 orang, E-ein dan Aisy ) dan bukan selalu jalan-jalan beramai2....so aku survey apartment INTEKMA, dengan harga yang aku dapat pada masa tu adalah RM280.00.Menurut staf INTEKMA< ni harga pas diskaun, if not, the usual price is RM320.00.Aku book apartment 2 bilik.Takut2 juga nak book sebab baca banyak review tak best pasal INTEKMA.

So...hari yang dinantikan tiba....jom view our apartment....

View depan apartment tingkat 4 kami , betul-betul depan lif.Nampak  usang..cuak gak, camne eh rupa kat dalam ni
Ruang tamu yang sangat luas..tapi sangat 70s..hehehe...

Not bad...selesa jugak lah




Ada dapur tapi tak boleh memasak lah...



Ini budak explore everything! Asal ada pintu je dia bukak tutup! huhu...
Oh ini bukan paranormal activity..ini Aisy melarikan diri bila aku nak ambik gambar






Kawasan luaran agak kemas dan landskapnya cantik...cuma ada feel 70an sikit lah hehehe

Diorg geram tengok kalui, ikan bandaraya dan ikan kap sebesar peha laki aku hahahaha...

Part yang budak2 dan mak pak budak suka...mandi kolam!!


My sister in law..



Lapar lepas berendam.. Aisy jenis tak suka mandi lama2...agak2 dah sejuk, dia yang cakap.."dah..dah"...sambil geleng2 ..hehehe



 Komen : dari 5 bintang...aku bagi 3 bintang lah...kat resort ni...lagipun gomen punya..dari segi keluasan, memang betul - betul ho liao...kalau hotel lain harga rm280 baru dapat bilik deluxe yang muat 4 orang kot...

Bab sarapan, memang terbaik..banyak choice makanan..dessert dan pattiseries yang sedap2..paling aku suka puding roti kastad , cinnamon rolls dan butter cake.Nasi lemak, nasi goreng dia well to do dan ada rasa...

Cuma rasanya kalau boleh pihak pengurusan hias lah apartment tu cun - cun..tapi kalau cun sangat nanti dpt taraf 5 bintang, jadi mahal pulak nanti hehehe...tak cun sangat pun takpe..maybe boleh repair sikit kabinet dapur yang senget2 tu..dan cat baru..tmbh wall paper...kikikiki cadangan aku lah...ok to be continued....


TownePlace Suites by Marriot, Lansing, Michigan


My apartment studio,sponsored oleh USDA WorldTap untuk peserta kursus, gulp!! telan air liur bila dapat tau satu malam bernilai USD250.00!Agaknye diorg ni dapat diskaun kot utk sewa bilik bagi peserta program2 mcm ni ...ada juga jumpa peserta program lain yang juga berkursus tarikh yang sama..ada yang duduk ala2 homestay houses dan juga hostel...bergantung kepada fakulti yang tempah bilik penginapan....sebelum sampai aku bayangkan yang kami duduk berkongsi bilik , 2 orang sebilik ke..rupanya bukan..dapat sorang satu bilik apartment....