Thursday, 19 December 2019

Kids Holiday Baking Class( Cheese tart dan Yogurt Ice Cream)


Baru- baru ini ( 11 Disember) saya berkesempatan mendaftarkan anak-anak menyertai Kids Holiday Baking Class...kelas ni saya dah perasan dari cuti sekolah sebelum ni lagi tetapi ada je aral melintang ( kami berjalan atau balik kampung). Kelas ni anjuran Brown Sugar by Puds4You, sebuah bakery di Taman Sri Kluang( area kawasan perindustrian).Gambar adalah dari FB Brown Sugar. My kids love it! Insya Allah boleh join lagi kalau ada rezeki...chef dan pembantu-pembantu beliau pun mesra kanak-kanak...

















Sunday, 15 December 2019

Car seat hunting

Niat saya membeli carseat adalah untuk keselamatan anak saya yang dah berumur 8 tahun tapi bertubuh kecil ( tinggi kurang 135cm). Tinggi anak kedua saya baru mencecah 106cm. Reminder bukan sebab saman ye hahahaha.. actually ( maaf cakap), saya dah lama tak pakaikan anak sy carseat sejak beliau cecah 8 tahun tahun ini, since sy terikut2 regulation Australia kot ( semasa kami melancong ke Perth, kanak-kanak bawah 8 tahun sahaja diwajibkan pakai seatbelt.) Tapi masa tu tak ambik kira tinggi anak..anak-anak 8 tahun di Australia mungkin lebih tinggi (semestinya lahkan hahaha).

Jadi saya pun mencari-cari lah carseat yang sesuai dengan budget saya di online shopping. Kena hati-hati sebab kena tengok review, mana tahu terbeli yang fake. Berdasarkan perbincangan di group carseat, saya aim nak beli Halford Zeus XT (kenapa saya nak beli..mana pergi carseat merah dulu tu? dah seasoned...span dia dah penyet dan tak selesa utk anak...). Lagipun carseat lama tu ECE R03 punya certificate..dah lama sgt.

"ECE R44 04 is a European approval standard. Child car seats are tested in frontal collisions at 50 km/h and rear collisions at 30 km/h using crash test dummies and measuring instruments designed to see how well the seats protect the test dummies.
 
All child car seats currently being sold in Europe, Middle East and most Asian countries must be ECE R44 04 approved. In most countries ECE R44 03 is not allowed anymore."

Sorry saya lupa di mana sy ambil info ni.

So far saya tgh eyeing satu online shop di Lazada dan dia jual Halford Zeus XT dgn harga RM389.00 free shipping. Kenapa saya tertarik?


  • Rearward facing fits children 0~13kg (0~15 month) Group 0+
  • Forward facing fits children 9 ~32 kg (9month~12years old)
  • Equipped with 5-point safety belt system.
  • Backrest with 4 level reclining position system
  • New-style base, can adjust easily.
  • 3 Positions of belt adjustment to fit children's height
  • With Isofix

Untuk anak saya, bagaimanapun, tak perlu guna 5 point harness tu, nanti dah sampai, kena buka sebab dah ketat utk saiz beliau. Boleh pakai car punya seatbelt je

Untuk info, ada banyak carseat yang lebih murah dalam lingkungan RM200-300, tetapi sy ulangi, hati-hati jangan terbeli yang tiruan ya...pastikan ada iktiraf ECE R04/44 atau R129 i think.

Imej dari google
Kita tunggu sampai nanti saya review okeh? :)

Saturday, 14 December 2019

Carseat dengan Isofix, apa tu?

Sumber:heyner


Ramai parents tanya sy ISOFIX itu apa? Lihat di seat belakang kereta atau label lambang isofix yg ada di kereta anda.

Fungsi isofix memudahkan cara pemasangan baby carseat, lebih stabil dan selamat. Pilihlah carseat isofix jika kereta anda mempunyai fungsi isofix.

Apa kelebihan carseat yg bercirikan isofix?

1. Pemasangan isofix lebih MESRA GUNA berbanding dgn pemasangan dgn seat belt.

2. Tidak mudah SALAH PASANG berbandingkan dgn seat belt.

3. Pengurangan pergerakan carseat ke TAHAP MINIMA sewaktu kemalangan.

4. Kualiti carseat LEBIH SOLID utk menampung mekanisme isofix dlm rangka carseat dan CRASH IMPACT sewaktu kemalangan.

5. Rekabentuk, fungsi dan ciri2 keselamatan yg LEBIH UPDATED dan SELAMAT

THINK CARSEAT, THINK QUALITY, THINK KOOPERS.




sumber: Koopers 

Apa itu ISOFIX? ISOFIX adalah standard antarabangsa untuk attachment point car seat di dalam kereta anda. Ia mempunyai top tether dan two point attachment di setiap dasar car seat. Menurut kajian, 70% car seat yang dipasang adalah tidak betul dan ia meningkat risiko impact kemalangan ke atas anak ada. Oleh itu, ISOFIX di perkenalkan untuk mengatasi masalah car seat yang tidak dipasang dengan betul. Dengan kata mudah, car seat ISOFIX hanyalah Plug & Play. Jikalau anda rasa seat belt type leceh untuk dipasang dan sanggup berbelanja lebih sedikit, ISOFIX car seat sangat kami galakkan demi kesalamatan anak anda. Sumber: bebehaus

 My say:
Isofix diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi oleh jenama Britax kalau tak silap. Kemudian beransur-ansur diikuti oleh pengeluar-pengeluar lain. Semua kereta model baharu insya allah ada Isofix latch ini. Carseat yang saya beli tahun 2015, tiada isofix, maksud nya kita kena pasang menggunakan seatbelt(kereta saya yang dulu pun tiada isofix) .Sebagai persediaan 2020, saya kena beli 1 lagi carseat baru kerana anak no 2 saya baru mencecah 106cm tinggi :)... kakaknya dah melepasi tahap ketinggian minima iaitu melebihi 135cm tidak perlu pakai carseat lagi.


Sumber:heyner

Saman jika tiada kerusi keselamatan bayi (CRS)- Mulai Jun 2020

TINDAKAN saman akan dikenakan terhadap ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) selepas tempoh enam bulan pertama pelaksanaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan masyarakat sedar akan kepentingan penggunaan CRS untuk keselamatan kanak-kanak.

“Jika kita tidak kuatkuasakan undang-undang yang ada pasti tidak akan berkesan. Jadi perlu ada titik permulaan penguatkuasaan iaitu selepas enam bulan pendidikan kesedaran tamat.

“Selepas tempoh itu jika masih ada yang tidak ikut undang-undang, sudah pasti akan dikenakan tindakan saman. Jika tiada tindakan, tidak guna ada undang-undang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klik Untuk Keselamatan Komuniti 2019 di pusat beli belah di Seremban, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan tidak menggunakan pendekatan keras sebaliknya memberi tempoh enam bulan untuk pendidikan dan kesedaran sebelum undang-undang dikuatkuasakan.
“Kempen dan peraturan yang dibuat ini untuk keselamatan dan demi melindungi nyawa anak mereka sendiri. Jadi ibu bapa perlu faham dan walaupun sedikit membebankan, tetapi ia untuk melindungi nyawa,” katanya.
Katanya, kementeriannya sedang berusaha bekerjasama dengan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengurangkan kos CRS bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
“Kita tidak dapat bagi bantuan kepada semua, sebab terlalu ramai kanak-kanak di Malaysia ini jadi kita cuba usahakan sediakan subsidi kepada hanya mereka yang memerlukan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Lam Thye berkata, IKATAN akan menggunakan tempoh enam bulan pertama pelaksanaan CRS itu untuk memberi kesedaran menerusi pelaksanaan pelbagai program komuniti.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan, PLUS dan NGO untuk mewar-warkan mengenai kepentingan CRS dari aspek keselamatan.


Ulasan saya : sampai bergaduh-gaduh kalau sembang bab carseat! dalam FB cukuplah tengok netizen marah-marah. Chill...beginilah...famili masing-masing, tepuk dada , jagalah keselamatan mengikut kemampuan ya...bagi yang sedang carseat hunting, ingat ya cari yang mengikut piawaian ECE R04/44 tu ya. 


Thursday, 12 December 2019

Tahun 2020 wajib guna kerusi keselamatan kanak-kanak?

MELAKA: Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tiang Dua, di sini, petang ini.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.


Ulasan saya : saya amat bersetuju. Memang sekarang jadi isu polemik, ramai yang marah2 sebab alasan tak mampu,  berat sebelah, menguntungkan penjual dll.Malah ada yangmengatikan dengan politik!

Sejak 2015 memang saya join group yang menggalakkan penggunaan carseat ( Page FB: Malaysian Carseat Support Group) , banyak tips dikongsikan di group ini. Malahan admins telah berkorban menghadiri kursus teknikal berharga RM1000 lebih juga demi berkongsi ilmu dengan percuma atau sedikit bayaran (dalam RM15 je ) untuk carseat installation check. Saya juga telah sharing tentang carseat ini sejak 2015 juga di post ini. Sekiranya anak ramai pula, utamakan yang paling vulnerable atau yang paling kecik...ini sahaja yang mampu saya bagi tips.

Monday, 9 December 2019

Weekend ride

Sekembali dari Terengganu, berpeluang ride bersama suami sambil bersarapan bersama-sama...rindunya ride!