Saturday 20 January 2018

First Hiking in 2018



Oleh kerana tak boleh berlari 2 minggu ini..duk fikir-fikir apalah nak buat ya..

Nak cycling basikal statik - boring pula...
Bodyweight exercise pun terasa boring juga ..hehehe padahal dah lama tak buat.

So yesterday, hari ke15 berehat, decide to start hiking again..risau juga pancit sebab dah lama kot tak naik gunung, almost 2 months...tapi bila dah parking kereta kat kaki Gunung Lambak dan sarung kasut hiking, yess... i feel at home!Saya mengambil masa 49 minit semalam untuk sampai ke puncak. Not my best time, but hey not bad for an auntie & injured one that is! Aktiviti hiking boleh dikira sebagai terapi dan mengekalkan stamina since saya tak boleh nak berlari(untuk mengelakkan plantar fasciitis menjadi lebih teruk). Melalui hiking, lebih kepada brisk walk(berjalan cepat)  dan memanjat... looking forward to hike again soon! Mula-mula rasa malas, rasa tak larat..dah sampai puncak, terus plan nanti nak datang lagi hahahaha...(gara-gara kena rehat dari run ye...)

Not my best time..my PB was 39 minutes :)
Cuma satu lah nak tegur hikers muda mudi ni..20an agaknya umur mereka..

1.satu group remaja ni....tak pakai proper attire - selipar jepun & jeans. Memang menyumbang kepada kecederaan kalau terpelecok selipar tu. Jeans..ouch..tak melecet ke peha tu?Kaki nak pakai lama dik...
2. satu group remaja yang tak bawa air, end up sy bagi sebotol air saya kepada a group of them(saya bawa dua sebab saja nak beratkan beg).Kalau mendaki lepas subuh tak minum air mungkin ok, tapi semalam saya mendaki jam 10 pagi dan turun jam 12 tengahari rembang tu. Bawalah air wahai adik-adik....kalaupun awk tak minum, awk boleh tolong orang lain yang kehabisan air ke?

ahh..nampak nya perangai auntie sy makin ketara..membebel je ye..sorry..hahaha bukan bebel di blog je, dua group remaja ni saya bebelkan ( nasihat je )...ok bai..take care!

Ada nampak mummy happy??

1 comment: