Sedikit catatan mengenai percutian kami sekeluarga...
Flight ticket
November 2016 - beli tiket AirAsia RM6600.00 , 9 pax, return, meals pergi dan balik. Luggage utk 5 adults. Mula rangka draf itinerary.
Homestay
December 2016 - booking homestay dengan Kak Hally ( no deposit..no bonds )bayaran dipersetujui cash bila kami tiba di sana. ( no deposit tapi kalau cancel bagitahu lah Kak Hally awal2 so Kak Hally boleh open kepada penyewa lain...)Awal gila book..tapi Kak Hally kata normal lah ni..lambat-lambat melepas. AUD 285 per night, share with kakak. No. contact Kak Hally : +61400025405 (boleh whatsapp).Homestay terletak di Bayswater, a quiet suburb , 20 minit dari Airport dan Perth CBD. Total AUD1140.00 4nights stay.
Untuk makluman semasa kami ke sana rate AUD adalah 1AUD= RM3.30 . Saya menukar duit sedikit demi sedikit (RM300 or RM500 sekali tukar) dalam tempoh beberapa bulan...(kirim pada kakak tukar di Penang dengan rate RM3.20).Rate kat Johor RM3.40! Mahal!
Rate bulan Jan 2018 ni agak rendah iaitu 1AUD =RM3.14. Siapa ada plan nak tukar RM ke AUd boleh lah tukar sekarang :)
Untuk makluman semasa kami ke sana rate AUD adalah 1AUD= RM3.30 . Saya menukar duit sedikit demi sedikit (RM300 or RM500 sekali tukar) dalam tempoh beberapa bulan...(kirim pada kakak tukar di Penang dengan rate RM3.20).Rate kat Johor RM3.40! Mahal!
Rate bulan Jan 2018 ni agak rendah iaitu 1AUD =RM3.14. Siapa ada plan nak tukar RM ke AUd boleh lah tukar sekarang :)
Sebelum ni saya pernah survey Amna apartment AUD155 pernight tapi 1 apartment muat max 4 orang sahaja.So kalau 9 orang, kami kena ambil 2 apartment meaning AUD 310 per night! Policy jumlah pax agak ketat, bukan di Amna sahaja tapi di semua hotel dan hostel di Perth ( negara lain pun sam..Malaysia je lenient).Amna ni juga terletak di Aberdeen St, di tengah-tengah bandar, semuanya jarak berjalan kaki kalau nak jalan-jalan sekitar CBD.
Other Tips :
1.korang boleh cuba cari Jutawan Tours di FB, ada apartment di Hay Street kos AUD150 muat 6 pax. ni saya baru jumpa semasa mencarikan apartment utk rekemen kepada kawan yang nak pergi honeymoon hihihi :). Tapi kalau memang tiada masalah jalan kaki (sihat walafiat), dari Hay street tu boleh berjalan kaki sekitar CBD atau naik free tourist bus - CAT bus.
Amna House +1402966473 (ada bond dan deposit untuk booking)- milik org Melayu
Jutawan Tour homestay 0193421989(yang ni rasanya ada deposit)-milik org Melayu
2.Korang boleh book by Agoda atau AirBNB , mana yang selesa lah ;) banyak sebenarnya pilihan yang sama rate atau lebih murah pun ada ( hostel/dormitory semestinya lebih murah).
Kereta Sewa
April 2017 - book cars Aries Car Rental - sebelum tu duk berhubung dgn Mr Jo Aries untuk memahamkan terma dan syarat2 Aries. Bayaran - kad kredit - deposit sebanyak 1 hari caj sewa, baki sewaan akan ditolak 3 hari sebelum kami sampai ke sana.Website Aries : klik sini ., 0122805540 (no hp mr jo untuk pertanyaan- saya book online tapi sebelum book sy banyak bertanya kepada Mr Jo (tanya dalam B.Melayu pun boleh sangat lah..)Contoh pertanyaan - kereta apa yang sesuai, perlu carseat untuk umur berapa tahun ( kat web pun ada info ni), pertanyaan tentang insurans kereta etc perlu tak sewa GPS- recommended kalau nak pergi luar Perth CBD since line tak ada di area macam Pinnacles & Lancelin.Saya ambil 4 days rental.
Untuk kami berempat , Nissan Micra 240AUD = RM816.00
Famili kakak dan mak Hyundai Accent 288AUD= RM972.00
Other tips: kami mengambil full rental sepanjang berada di Perth kerana keadaan mak yang tak mengizinkan untuk banyak berjalan jauh...sebab tu saya kata kalau berjalan kaki bukan masalah, maybe boleh sewa kereta 2 hari je kot untuk ke luar Perth CBD :). Ada itinerary yang saya baca, Dari Perth menginap di Cervantes, atau Albany atau Leeuwin kemudian last day balik semula ke Perth untuk kembali ke Malaysia :)..all the best dalam mencipta itinerary
VISA & Insurans:
Oktober 2017 - urusan visa ( no travel agent:Cik Azlinda 013-3878778) RM20/seorang. Sangat cepat urusan melalui whatsapp dan email sahaja.Dalam 2 hari dah siap kalau tidak ada masalah di bhgn kedutaan Australia. (Bermasalah biasanya bila : ada senarai hitam CTOS CRIS ke..)Dicadangkan buatlah 2-3 bulan sebelum fly jika ada masalah, at least sempat lah uruskan sebelum tarikh berlepas.
Beli insurans AXA family online(RM35/pax, promo family package RM88/ 2 adults & 2 kids)..coverage- pilih lah nak standard atau premium.Saya ambil premium.
Bulan ini juga mula shopping barang2 makan (makanan kering/ packed foods untuk dibawa) dan finalise draft itinerary.. berdebar-debar juga sebab sy sebagai organizer secara tak rasmi hahahahaha....
Other tips
1.Bring sunblock - UV 30+ adult, 50+ for kids(sapu di muka dan lengan serta kaki every day sebelum keluar rumah, top up bila perlu). Jarang ada awan di sini jadi panas dia terik di musim summer.
2.Di Lancelin : bring goggle for kids - pasir halus..sangat annoying bagi anak-anak...
3. Sentiasa bawa beberapa botol mineral kecik kosong. Satu botol untuk isi air di water cooler (especially di airport)- air mineral pun mahal ye..dalam AUD2 botol kecik.. unless di supermarket Coles AUD1 bagi botol 1.5L.Satu lagi botol untuk kegunaan menadah air di sinki tandas...tak ada paip air dalam cubicle tandas tu sendiri.
4.Bawa ubatan sendiri...macam mak saya , kami bawakan ubat darah tinggi dan kolestrol serta vitamins beliau. Untuk anak-anak saya standby ubat batuk, selsema dan ubat demam.
5. Senarai barangan makanan dan ubat. Wajib buat list kalau banyak barang yang dibawa. Memudahkan urusan declaration setibanya di airport. Barangan larangan adalah, susu, produk susu ( kalau ada susu tepung untuk bayi listkan juga ya...mereka faham lah bab ni),coklat, daging, produk daging, ..dan daging2 mentah ayam, ikan..lembu..
trivia : sebenarnya saya tak makan mi segera, last makan 2012 masa gi Beijing itupun jarang makan sebab trip dah cukup mewah makan nasi & chinese cuisine..... tapi saya bawak juga kali ni ke Perth..just incase emergency nak kena makan ke...Dari 2 pack yang saya bawa, buka 1 je iaitu mi goreng segera..lagi satu pack mee segera veggie tinggalkan di homestay heheehe..
Each family bawa 1 beg baju & 1 beg berisi barang-barang makanan & ubat |
Panjang haaa...list saya...masa declaration, pegawai customs cuma tengok list ni, buka beg, tengok atas beg je :) |
Roti ni dan juga bawa roti kacang merah & krim..kat sana beli roti lagi sebab dalam masa 2 hari je dah kehabisan roti |
Pakai PCM je untuk Aisy itupun di hari terakhir...ubat batuk hurix, last day, mak saya batuk. so mak saya yang guna... lain-lain, semua sihat sepanjang alhamdulillah... |
Pil pocai bekalan suami ^_^..pun sy listkan juga |
trivia : sebenarnya saya tak makan mi segera, last makan 2012 masa gi Beijing itupun jarang makan sebab trip dah cukup mewah makan nasi & chinese cuisine..... tapi saya bawak juga kali ni ke Perth..just incase emergency nak kena makan ke...Dari 2 pack yang saya bawa, buka 1 je iaitu mi goreng segera..lagi satu pack mee segera veggie tinggalkan di homestay heheehe..
KOS
Jumlah kos (tiket+ homestay+ insurance+ visa+car rental)
Tiket flight RM6600.00
Homestay AUD 1140 x 3.3 =RM 3762.00(4days 3 night)
Visa RM180.00
Insurance RM211.00
Car rental (2 cars) RM1788.00(4 days)
Petrol 150AUD =RM495 untuk 2 cars
Petrol 150AUD =RM495 untuk 2 cars
TOTAL 12,541.00 / 9pax= RM1448.44 /pax
tidak termasuk belanja peribadi, belanja makanan, tiket ke Caversham & Pinnacles.
Info lain/hidden cost yang kadang-kadang kita tak add... tapi kos ni berbeza setiap orang:
Tiket Caversham Wild Life park ,dewasa 29AUD, kanak-kanak 13AUD
Tiket Pinnacles AUD13 per car
Belanja groceries kami di sana lebih kurang 140 AUD untuk 5 hari.
Parkings dalam 15AUD(parking 2 tempat di Fremantle 5AUD dan Perth CBD 10AUD)
Parkings dalam 15AUD(parking 2 tempat di Fremantle 5AUD dan Perth CBD 10AUD)
Groceries( roti, perencah, mi segera, mihun, beras, biskut dll) yang dibawa sendiri lebih kurang RM150 per family.
Belanja peribadi: rasanya sy dan suami berhabis tak sampai 100 AUD untuk souvenir
Perbandingan dengan travel agent, ada yang RM1300.00 untuk 5d4n tapi without flight ticket. So far inilah yang paling murah sy jumpa ditawarkan oleh agent. Lain-lain agent sehingga RM2300/pax ( ground sahaja) dan RM4900( with flight).Saya cuma survey yang menawarkan trip 5d4n dengan itinerary lebih kurang sama macam saya sahaja. ;).Apapun terpulang kepada keselesaan masing-masing..nak drive sendiri atau nak agent yang guide trip. Kelebihan trip DIY begini, kita boleh ubah-ubah itinerary ikut kesesuaian. Cuma disadvantage adalah driver boleh penat dan boleh sesat juga hehehe..tapi tak sesat, tak belajar lah kan...bila sesat, kita rajin-rajinlah bertanya.Apapun agak mudah nak navigate trip sendiri di Perth sebab waze dan GPS sangatlah membantu ...
ITINERARY SUMMARY(PERTH 5d4n)
Day 1
Arrive perth
Check in homestay
King Parks & bersiar-siar Perth CBD
Day 2
Blue boat house
Fremantle
(kalau sempat boleh add on Margaret River Chocolate Factory or terus ke Mandurrah dolphin sight seeing cruise)
Day 3
Lancelin Sand Dunes
The Pinnacles
Yanchep National Park
Day 4
Caversham Wildlife Park
Perth Mosque & Murray Street
( boleh add London Court, Big W, Belmont)
Day 5
Bertolak pulang ke Malaysia
Selamat mencuba!
Nota kaki:
Ikutkan ini pengalaman kedua di musim summer. Pertama kali di US, tapi masa tu suhu takdelah panas sangat sebab pergi di penhujung summer ( suhu 16-17celcius waktu siang, 30celcius tengahari dan 10 darjah celcius waktu malam). Winter pula dah rasa di Beijing tapi salji belum turun masa tu!
Teringin nak merasai autumn , spring dan winter yang bersalji hehehe .
~Once a year, go somewhere far from home & create your own adventure!~
Nota kaki:
Ikutkan ini pengalaman kedua di musim summer. Pertama kali di US, tapi masa tu suhu takdelah panas sangat sebab pergi di penhujung summer ( suhu 16-17celcius waktu siang, 30celcius tengahari dan 10 darjah celcius waktu malam). Winter pula dah rasa di Beijing tapi salji belum turun masa tu!
Teringin nak merasai autumn , spring dan winter yang bersalji hehehe .
~Once a year, go somewhere far from home & create your own adventure!~
tQ Sis..Good Info
ReplyDeleteMiss ubat darah tggi Dan kolesterol to kena minta surat Dr doktor atau memadai declare shj
ReplyDeletedeclare dalam list je
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam...free visit...homestay muslim murah perth
ReplyDeletehttps://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/
Hello The Tips and Tricks that you discuss and share are very interesting and very useful for me and my partner, because we really want to go on holiday abroad. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentsumalas.com
ReplyDelete