Sunday, 14 January 2018

Cuti - cuti Perth Day 5 ( 4/12/2017) : Selamat Tinggal Perth

Maka inilah hari terakhir kami berada di bumi Perth... memang suka je kalau nak stay lebih lama tapi keadaan tak mengizinkan . Memang seronok..tapi tak cukup explore Perth dan Greater Perth( luar dari Perth CBD). Jika nak cover semua atau at least 3/4 dari kawasan menarik di Perth, mungkin perlukan 7 ke 10 hari :). Ada beberapa tempat menari yang saya dah study tetapi tak dapat nak pergi.. Albany, Busselton, Cape Leuwin, Mandurrah, Cervantes, Margaret River....to name a few. 

Sebelum terlupa, cerita mencemaskan malam sebelumnya ialah, Aisy tak boleh tidur sebab sakit gigi. Menangis-nangis sejak jam 10 malam sampailah ke 2 pagi baru nyenyak. Ada bawa PCM sahajalah untuk menahan sakit giginya. Abahnya dah cemas dan bertanya saya perlu bawa ke klinik tak.Itupun selang sejam dia terjaga. Jadilah saya mata panda keesokan harinya. Ini bukan kali pertama Aisy sakiti gigi ( dulu-dulu dah kena beberpa abulan lepas, seminggu jugak lah baru pulih lepas ditampal lubang gigi.Tapi terdetik juga di hati saya ni tengah2 malam kalau ke klinik mau kena ratus-ratus AUD. Bila tengok Aisy dah nyenyak tidur, baru lah rasa lega sedikit. Bukan sebab sayangkan duit tapi sebab the pain is still manageable(jauh dari nyawa kata orang Jawa..eh..)..jadi kami decide untuk tunggu balik Malaysia baru follow dengan rawatan.

So untuk hari terakhir macam biasa jam 4 pagi dah bangun menunaikan kewajipan solat subuh sebelum bersiap-siap ( masak sarapan & untuk lunch di Airport sekali - sandwich sardin, sandwich peanut butter,mihun goreng). Hujan renyai-renyai..sejuk...tengok suhu dalam 17 darjah celcius.. tapi tengahari boleh mencanak naik ke 38-39 darjah celcius di musim summer ni. Kemudian saya whatsapp Kak Hally untuk memaklumkan kami nak checkout jam 10 pagi. Dalam jam 9.30 pagi Kak Hally datang utk collect kunci rumah. Terima kaish Kak Hally, memang terbaik lah rumah akak memang tip top. Selesa sangat..balik Malaysia terus rasa nak ikut cara kak Hally kemas dapur sebab dapurku huru hara hahahaha..

Mintak seorang lelaki Afghanistan tolong ambikkan gambar, org tu tengah cat rumah depan ni ha.. hehehe

Kak Hally, u r like family!

Meneruskan perjalanan ke Kewdale untuk return kereta sewa


Jam 10.30 pagi kami tiba di pejabat Aries Car Rental, Kewdale untuk pulangkan kereta, alhamdulillah kereta semua ok..takde calar or rosak jadi bond sebanyak 200AUD dibatalkan (preauthorised in credit card). Bond ni macam deposit lah, kalau kereta calar or kemik, Aries Rental akan ambik lah duit tu sebagai kos pembaikan/gantirugi. Yang penting semasa kita terima kereta ni, kita ambil gambar keseluruhan kereta, atau video kemudian note di mana kereta ni memang sedia ada calar balar, kemik, lampu pecah etc( kereta yang saya guna Nissan Micra, ada pecah sedikit di lampu signal..so staff Aries sendiri dah tanda siap-siap di borang penerimaan.) Selesai urusan return kereta, staf Aries menghantar kami ke airport menggunakan 2 biji kereta MPV. Saya tanya kenapa tak boleh pakai 1 MPV je ni kan muat je 10 orang? Tak boleh sebab, kena pakai seat belt sorand satu dan dalam MPV cuma muat 6 @7 orang sahaja..plus need 1 carseat for Aisy..tengok betapa strictnya undang-undang jalanraya mereka dan kepatuhan rakyat di sini. Kalau kat Malaysia, kereta kancil ke myvi ke selagi boleh sumbat nak sumbat!

Dalam jam 11 lebih kami dah sampai di airport, saya estimate dalam jam 12 dah boleh check in dan drop luggage, sekali tgk..tak ada orang pun kat kaunter Air Asia ( kat Perth, syarikat lain yang partnership dengan AA sy lupa nama airline ni). Jam 12 tengahari saya tgk penumpang Malindo dah beratur..tapi still kaunter AA belum buka. Lagi sekali melintas masa nak ke tandas, baru nampak sign kaunter buka jam 1.50 tengahari. Ish lambatnya! Flight jam 4.40 petang dan kena ada di departure hall jam 3.50 petang. Orang dah mula beratur dan semua barisan penuh walaupun 4 kaunter dibuka. Yang saya perhatikan, urusan jadi lambat sebab ramai pelancong dari Malaysia dan juga negara Asia lain, serta masalah komunikasi dgn staff kaunter ( Bahasa Inggeris Australia ni dia tak sama macam UK or American, so kadang-kadang kena minta diorg repeat percakapan diorg hehehe mujurlah kakak saya TESL grad).
my mom sedikit kepenatan


sibuk mewarna...

Sebelum 1.50 orang dah mula beratur..saya mula beratur jam 1.30 tghari


Di airport Aisy nampak ceria bila sakit giginya tak menyerang. Saya bagi ubat jam 8 pagi, kemudian ngam-ngam jam 2 petang dia mula merengek sakit..bagi lagi PCM.Kami mula beratur jam 1.30 tengahari dan suruh mak duduk di kerusi berhampiran ditemani cucu sulungnya, Amir. Sebab memang tak larat lah mak saya nak berdiri kalau menunggu lama. Dalam jam 2.30petang baru giliran kami ke kaunter dan urusan smooth alhamdulillah...saya bertanyakan kepada staf kaunter, perlu tak mak saya dapatkan wheel chair, kemudian dia kata sebenarnya jarak pintu masuk ke departure tak jauh , naik escalator 1 floor je kemudian berjalan sikit dah sampai....tak macam KLIA2 jarak perjalanan dalam 30 minit ke gate.... Perth Airport ni kalau nak diibaratkan saiznya macam antara Penang Airport dengan Senai Airport Johor. So kami tak jadi ambil wheel chair, memang betul katanya, dalam 15 minit perjalanan jalan kaki je . Yang jadi lambat sebab kemudian beratur lagi untuk immigration check. Kami tiba di departure hall, jam 3.30 petang! kakak nak claim tax refund pun tak sempat sebab ingatkan bornag nya boleh drop kat lobi airport je rupanya masa immi check tu ada desk untuk isi borang dan drop form tax refund on the spot ( kena shopping lebih dari 300AUD untuk dapat tax refund).Then kakak ckp takpelah, rasa malas pulak nak isi sebab nak takut terlambat ke departure hall ( dalam hal ini sepatutnya kaunter check in tapi bukak lah lebih awal...cuti sekolah ni kan..ramai pelancong Malaysia ok....). 

Jam 4 petang kami dipanggil untuk boarding ke kapalterbang(masa beratur nak masuk flight agak kelam kabut sebab dia punya ruang barisan sempit dan bersimpang siur dengan barisan gate lain wehh...kiranya KLIA & KLIA2 tu efficient sgt dah bagi saya......dan jam 4.50 petang flight pun bertolak...Eein dah bising kelaparan(tengahari dia makan roti, tak lalu nak makan mihun)...saya minta dia bersabar sebab cabin crew Airasia belum nak hidang makanan lagi.. sy hulurkan sedikit roti dan coklat untuk mengalas perut. Saya tengok penumpang lain pun dah mula memanggil crew dan tanya bila nak hidang makanan....crew suruh tunggu je. Dalam jam 6.30 petang baru lah makanan dihidangkan..ok semua happy. Nasi Lemak Pak Nasser utk semua orang dewasa, mac & cheese untuk Aisy & Alif, dan bbq beef rasanya untuk my sis. Dalam jam 7 malam Aisy & Eein dah tertido.Saya pun tidur-tidur ayam je...sejam je diorg tido, bangun, mintak buku & pensel warna. Aisy siap buat doodling pramugari katanya :). Jam 10.30 malam, kami tiba di KLIA2..alhamdulillah...

bye bye Perth



Selesai urusan immigration, luggage dalam jam 11.30 malam, kemudian kakak sekeluarga dna mak saya beransur ke departure hall sebab pagi esok jam 6 pagi flight ke Penang pula. Manakala saya sekeluarga ke parking utk meneruskan perjalanan ke Kluang. Jumlah bayaran parking untuk 5 hari? RM296.00 hohoho....ada option lain, ada yang suggest parking di Salak Tinggi( dalam RM6 sehari) dan naik ERL ke KLIA2, tapi sebab tak biasa dan rasa renyah pula dengan luggage n kids, kami decide park di KLIA2 terus. Next time kalau backpaking maybe boleh buat macam tu.

Seronok makan!



Aisy lukis pramugari

Sebelum turun, dia bagi kat pramugari..:) sama tak? :)


Jam 2.30 pagi, kami sampai ke home sweet home di Kluang. Tidur dahulu, subuhnya bangun kemudian jam 8 pagi bawa Aisy jumpa doktor gigi untuk rawatan:)...lepas tu sesi unpacking hahaha..mujur tak banyak baju nak dibasuh,sebab dah settlekan siap2 semasa di homestay ;)seronok betul wash n dry kat sana, mentang-mentang ada dryer!Pheww..tamatlah percutian kami ke Perth...

No comments:

Post a Comment