Sunday 17 December 2017

Cuti -cuti Perth : Day 1 (30th Nov 2017) - Arrival, Ronda - ronda Perth CBD & Kings Park

Excited nak naik kapal terbang..pastu boring.Mujur la tgh malam, so banyak tido

Salam semua...masa sangat cemburu dengan saya lah seminggu ni. Nilah dah duduk elok2 depan pc atau laptop..gambar pulak lupa upload dari hp ke HD. Bila dah upload, asyik tertinggal sana sini pulak HD nya..hahahaha...last-last terlupa terus bila dah mula bz dengan kerja -kerja lain.

Kami ke Perth seramai 9 orang, saya , hubby, anak2, kakak dan abang ipar saya serta anak2 mereka dan ibu saya. Persiapan nak ke Perth, mengambil masa setahun ( beli tiket Nov 2016), kemudian dah mula godek-godek membina itinerary... godek-godek kos sewa kereta dan homestay juga. Itinerary saya siapkan dahulu kemudian lagi beberapa bulan nak fly baru saya belek2 semula iti saya tu. Awal tahun 2017 saya book homestay ( later saya cerita ya) dan bulan April 2017, sy book kereta pula (menggunakan servis Aries Car Rental).

Ok let's go to the story!

29 November 2017(Rabu), saya sekeluarga bersama ibu saya ( saya jemput beliau dari Penang 2 minggu sebelum itu - kerana kakak saya sefamili plan nak naik bas dari Penang ke KLIA2), bimbang ibu saya tak larat nak turun naik bas, so sy dan kakak decide, saya akan bawa ibu kerana sy dan suami pula dah decide akan park kereta di KLIA2. Flight kami KUL-Perth adalah pada 30 November 2017 ( Khamis) jam 12.05 tgh malam. Bertolak dari Kluang jam 3.30 petang dan tiba di KLIA2 jam 7 malam. Parking memang senang je...balik nanti hadaplah bayarannya kah kah kah...(save for later)

My husband, my mom and my kids

Fajar menyinsing jam 4 pagi

Morning Perth...

Dalam flight, pramugari memberikan Arrival Card untuk diisi dan diserahkan kepada pihak imigresen di Perth. Yaddda....yadda...yawn..yawn..ZZzzzz dalam flight, jam 5.30 pagi kami mendarat di Perth International Airport. Turun je dari flight, settlekan urusan imigresen dulu. Kemudian ambil bagasi, dan pergi ke bahagian declaration pula. Memandangkan kami membawa makanan dan bahan mentah kering dari Malaysia  serta ubat-ubatan ( milik anak2 dan juga ibu  sy), jadi kena isi dalm Arrival card tadi dan melalui pemeriksaan . Saya sediakan juga senarai/list barang-barang yang dibawa untuk memudahkan urusan pemeriksaan. Mengikut fb dan juga blog2 lain, biasanya ada anjing pengesan untuk menghidu barang larangan ( barang larangan : produk susu, keju, daging, coklat, ubat - ubat yang tak diistihar, dadah). Tapi masih awal lagi dalam jam 6.30 pagi masa tu..tak nampak pun kelibat anjing. Rezeki masing - masing kerana 1) beg kakak saya tidak diperiksa, pegawai kastam cuma tengok list yang kakak saya buat dan lepaskan kakak. ,2) ada satu keluarga di hadapan saya, beg dia dibuka dan disuruh bongkar ,keluarkan semua tunjuk apa barangan yang dibawa ( beliau tak buat list barangan). 3) sampai turn saya dan suami, saya tunjukkan senarai barangan dan ubat-ubatan, kemudian pegawai tu cuma tanya, "Do you bring rendang, serunding, beef ?". Saya ckp lah tak de bawa...Beg dibuka juga tapi dia jengah mcm tu je dan.."okay..you can go". Alhamdulillah.

Macam panas , baru jam 7 pagi tapi angin dia sejuk...suhu masa ni 17 darjah celcius


Sampai sahaja di lobi arrival, anak-anak cakap lapar...sy buka beg dan bagi makan roti krim dahulu. Saya dan suami masih kenyang lagi sebab kami makan Nasi Lemak Pak Nasser dalam jam 2 pagi dalam flight tadi. Dalam jam 7 pagi, saya dan kakak ke kedai Optus untuk beli simcard Australia, kami ambil plan bernilai AUD20 seorang tapi lupa pulak berapa GB data..hehehe..tapi memang laju lah broadband nya, siap hotspot pun masih laju lagi. Jam 7.30 pagi, saya call pihak Aries Car Rental, mereka fetch kami dan bawa ke pejabat mereka di Kewdale untuk pickup kereta. Saya book Nissan Micra untuk kami berempat, manakala famili kakak dan ibu naik Hyundai Accent.Pemanduan adalah sama je macam Malaysia, driver di sebelah kanan. Walaupun boleh waze je untuk bergerak di sekeliling Perth, saya sewa juga GPS untuk memudahkan perjalanan ( saya ada baca di area Lancelin ke Pinnacles, tiada line telefon - it's true!).



Pekerja Aries Car Rental ambil kami di airport

Jarak perjalanan dari Perth International Airport ke Aries Car Rental, Kewdale. Lebih 15 minit jugak lah kalau campur traffic.

Staf yang uruskan kami, oghe Kelate...hahaha oghe kampung kito !
Our car for 5 days, sebelum keluar dari office rental, ambil video dan gambar2 keadaan calar balar yang sedia ada. Dan pulangkan dalam keadaan yang baik ( tiada kerosakan baru, kalau ada, deposit @ bond, burns)

Let's go!
Macam jalan kat JB je kata suami ku..hahaha eksen ye

Mencari jalan ke Bayswater untuk ke homestay


The neighbourhood
Nice tree! nama dia pokok jacaranda
Jarak dari Kewdale ke Bayswater ( masa sebenar, 20 -25 minit campur pusing2 sesat sikit2 je hahahaha)

Dah sampai..Ayesha House, 88, Thomas Street, Bayswater , Perth WA.

Later saya akan buat post khas untuk kisah sewa kereta, beli tiket flight dan sewa homestay, will include some tips insya Allah. Alhamdulillah, selepas je ambil kereta, memang terus menuju ke homestay(Ayesha House) , sebab tuan rumah iaitu Kak Hally dah bagi tahu sehari sebelum tiada guest di rumah beliau, so we can check in early! Besar rumahnya...dan cantik serta homely! Jatuh cinta terus!





Ada patio!




Amenities di dapur. Ditandas dan wash rooms, cukup semua sabun mandi, sabun basuh, sabun cuci lantai semua ada.
Love the coco drinks yang ada di dapur hehehe

One of the rooms...ada 3 double bed room, 1 bunk bed room

Orang yang tak pernah ada bunk beds mcm ni lahh...hahahaha naik turun..naik turun


Hari-hari mendatang..budak2 ini bermain2 di tangga turun naik macam anak2 kucing kegembiraan!

With Kak Hally - baju belang. Dan anaknya Khadijah , 13 years old- ala silau lak gambar awak..

Kami tiba di rumah Kak Hally dalam jam 9.30 pagi, ambil kunci, kemudian berborak-borak sekejap - macam kenal dah lama dah dengan Kak Hally, sangatlah friendly orangnya. Ikutkan itinerary, lepas mandi dan makan nak terus ke Kings Park, tapi masing - masing kepenatan, jadi kami plan bertolak selepas Zohor. Utk makluman, masa kami di sini, musim panas ( summer baru bermula). Subuh jam 3.30 pagi, zohor jam 12 tengahari, Asar jam 4.30 petang, Maghrib jam 7 petang dan Isya jam 8 malam. Seperkara yang saya perasan, susah nak melihat awan di sini. Walaupun cuaca tidak lah berapa panas sangat masa kami sampai -30 Nov adalah penghujung spring suhu dalam 16-20 darjah celcius, suhu boleh mencecah 30-36 darjah celcius antara jam 11 pagi hingga 12 tengahari sebelum ia cool down semula di waktu petang. Kak Hally dah pesan untuk bawa sunblock kerana UV di sini sangat tinggi berbanding Malaysia. Kat Malaysia mana pernah pakai sunblock hahahaha....Kamilunch nasi goreng berlaukkan sardin tghari itu :). Anak2 saya makan sandwich sardin dan jamah nasi putih sedikit. Memang dah bawa juga grubs atau kudapan dari Malaysia macam roti kacang, roti krim jagung, roti gardenia, peanut butter , biskut Julies etc.

Usai solat zohor ( jamak dengan Asar), kami bertolak mencari Kings Park. Pusing - pusing Perth CBD ( pusat bandar Perth - Central Business District), melalui Elizabeth Quay - tak jumpa parking huwaaa... malah dah lalu Hay Street dan Murray Street tapi tak jumpa parking ( sebab masih blur jalan-jalan di Perth). Sempat park sekejap di Barrack's Jetty, jumpa pasangan warga Malaysia, saya tanya mcmana nak parking eh hahahah nak bayar pun tak pandai. Pasangan tu pun ckp..maaf kitorg pun jalan kaki & naik bas je hahahaha...tapi diorg ada ckp cuba waze Insans Cafe dan ada parking area situ. Last - last kami decide terus ke Kings Park...parking banyak dan percuma! Yeay!(otw ke Kings Park dah nampak Blue boat House tapi as usual..terkial-kial panjang2kan leher cari parking..serious tak nampak parking..yang ada pun jauh dalam 800m , ibu saya pula sakit kaki kesian pula nak park jauh - jauh. Hubby ckp..takpelah..pelan -pelan..esok - esok kita cuba lagi.

Panaromic view of Elizabeth Quay from Kings Park

Bukan tasik, bukan laut, tapi Swan River
Kings Park adalah taman berkeluasan 1,003 hectar persegi, berada di atas Mt. Eliza(Bukit Eliza) yang berketinggian 165m. Mt Eliza ini mengadap Swan River. Merupakan taman (inner city park) terbesar di dunia ya.. lebih besar dari New York's Central Park. Kings Park terdiri daripada padang rumput yang luas, taman bunga dan bushland ( hutan belukar). Biasanya terma hiking di sini dipanggil bushwalking. Memang nampak banyak trail untuk bushwalking tapi sebab masa tak mencukupi, memang tak sempatlah nak explore bushwalking. Jadi kami cuma berlegar-legar sekitar grassland dan botanical garden, itu pun tak habis explore sebab luas sangat! Ada juga beberapa tugu salah satunya tugu peringatan perang ( War Memorial). Ada juga playground (Loiterrywest Family Area) dan picnic area...pun tak sempat explore . Kawasan Kings Park juga selalu dikunjungi oleh orang awam yang berjogging di sini.Mula-mula macam pelik kenapa rakyat Perth ni jogging jam 10 pagi..1 tghari..jam 3 petang pun ada yang jogging! Rupanya jogging awal pagi dan lewat petang pula terlalu sejuk ke tulang sum sum (suhu 12-17 darjah celcius walaupun di musim panas)- ini yang dirasai oleh suami saya sebab petang nya beliau try jogging sekitar kawasan homestay hihi...beku rasanya. Kiranya kalau jog tengahari tu ngam-ngam lah suam2 gitu suhunya. 




Me & my sis

Ada lookout di sini, di bawah nya ada Aboriginal Art Gallery.Gambar family tak berapa menjadi...anak2 kata silau..ambil 4x..4x tutup muka..huwaaa

Ragam anak2 ada turun naik..kejap ok..kejap badmood huhuhu

Suka sangat berguling-guling di sini, yakin bersih insya allah.... tak nampak orang bawa anjing, sebelum ni saya baca cuma certain parks sahaja dikira sebagai dogpark atau taman yang boleh bawa anjing. Kalau mereka bawa anjing pun, pemilik kena scoop najis kalau anjing nya berak dan buang ke tong sampah, bukan biar gitu je.







Mat salih berjemur...summer kan...ni hari Khamis orang tak berapa ramai..

Eternal Flame art/memorial. Dibuat untuk memperingati pengrobanan tentera WW1 dan WW2. Rasanya lah.



Makin petang, anak2 dah takde mood bergambo.. k lah bagi can bapak dia lah


Penat katanya...
Jarak dari Homestay ke Kings Park, tempoh masa sebenar, campur terlepas simpang masuk dan uturn, dalam 35-40 minit jugak laa...

So hari pertama, kami spend sepetang di Kings Park,.ambil angin....kami berada di sini dari jam 3 petang sehingga jam 5 petang sebelum beransur pulang, kemudian singgah supermarket Coles untuk beli tambahan groceries macam telur, buah - buahan dan sayur. Strawberries nak kata murah tak lah murah sangat AUD 3  sepeket tapi puas makan! Manis2 dan besar2. Susu sangat murah AUD 2 untuk 2 liter ..lebih kurang RM7.00 (anggaran AUD 1 = RM3.40 @ 3.50). Kalau kat negara kita, 1 liter dan RM7 kan??? Kak Hally dah pesan, nak cari lauk-lauk halal macam ayam ke pastries atau makanan arab ke boleh ke Conventry Village tapi I wasn't paying attention that time dan terfikir malas lah nak beli ayam hahahahha...tu tak terpergi2 tu. Jam 6.30 petang camtu kami dah kembali ke homestay untuk mandi, cook dinner dan berehat....Lepas Maghrib kami ke Southern River (1 jam dari homestay) sebab ada jemputan makan malam di rumah sahabat abang ipar (dulu kawannya ni duduk kat Penang then dan migrate ke Perth)....pastu syok makan dan bersembang, lupa nak bergambar hadoi....(makan nasi ayam, pasta, chips, dan guess..strawberries malam tu! alhamdulillah..)


Nanti sambung lagi ya...dah jam 1 pagi ni..tido dulu...

6 comments:

  1. Wahh homestay tu nmpk cozy sgt..boleh minta contac no tuan punya rumah tu tak..boleh kami stay juga disitu..nk kesana tahun 2018 ni..tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ingatkan nak sum up masa last post nak includes tips juga.. ok takpe..sy bg sini dulu

      Kak Hally/Ayesha Homestay +61400025405 , whatsapp je beliau.

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha tq..alhamdulillah alycia suka baca.. nak menaip pun terasa penat ni hihihi

      Delete
  3. Salam singgah kak....

    Rindu Perth bila baca entri ni... Perth memang best B)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) kan... tapi tu lah awal-awal pergi pening sikit drive dalam bandar

      Delete