Wednesday, 9 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon - REPC

Sarapan dulu...dari kiri my hubby & me, Zharfan, Cgu Asmuner, Rofi
Jadi pada 28 September 2019 ( Sabtu), kami bertolak dari Kluang seramai 5 orang menuju ke KL :). Plannya sampai KL nak ambil run kit ( REPC - race event pack collection). REPC berlangsung di PWTC. Met few friends too... walaupun beratur panjang, tapi sangat sistematik jadi pengambilan run kit dapat dibuat segera. Tahniah crew dan volunteers!





Jumpa kak Dyna di REPC

Ambil tshirt Run For A Reason bagi peserta yang berjaya mengumpulkan lebih RM500 donation. Jumpa Puan Rozie dari National Cancer Society Malaysia yang uruskan registeration RFAR saya sebelum ini.

Dalam jam 2 petang kami bertolak ke hotel pula..rupanya Hotel Pudu 99 ni terletak di hadapan Stesen Bas Pudu.Lunch pun gi makan kat food court Pudu sebab dah park kereta, dah malas nak drive keluar. Kos hotel RM100 /malam. Parking ada parking awam di belakang hotel, RM5 sehari. Antara sebab saya book hotel ni sebab kawan rekemen since parking di agak selamat lah dan murah ( tempat lain most hotel ad alimited parking, dan parking berbayar dalam RM25-69 sehari hohooo..(gated).


 Di hotel , sis Tuty ( team mate Marathon Baker) datang hantar pesanan saya dan kemudian jumpa pula Kak Yong /Kak Fariza ( another team mate!) dia ni laju dan padu tau..cycling pun power.


Kak Yong, me and Tuty


Thanks Sis  Syaz ( co-founder MB) siap bg surat cinta heheheheheh that's what i love about them, setiap pembelian tu adalah personalised dan mereka ingat kami yang loyal customers ni hehehehe... thank you..dah setahun saya guna produk MB ni

Lepas lunch balik ke hotel rehat jap..lewat petang kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka untuk tengok-tengok port lari hahahaha


Kak long dan abang2 long Kluang hahahaha semuanya ambil full marathon..berdebar sebenarnya ni...saya dan suami dah FM kedua, tapi kami tetaplah nervous...mereka semua ni virgin full marathon.
Masa berjalan kaki dari Dataran, dah jadi acara lari dah sebab hujan! hahahaha...dari jarak 1km jadi 2km sebab nak elak hujan...lari celah2 bangunan dan lari lintas jalan...adoi! mujur tak demam! Dalam jam 8 malam kami dinner di Hailam Kopitiam bawah hotel Pudu 99 , kemudian jam 9 malam semua dah kembali ke bilik masing-masing, tidur...tapi saya duk buat flay lay picture pulak hahaha..last-last jam 10 malam baru tidur. Jam 2 pagi kena bangun sebab jam 3 pagi cam tu nak berjalan ke Dataran Merdeka pula.


BERSAMBUNG

Tuesday, 24 September 2019

SCKLM kini dikenali sebagai KLSCM

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon kepada Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon. Ini adalah event pertama KLSCM yang saya sertai . Hope all goes well..amin... kawan-kawan dah update khemah dah pasang sejak semalam..hehehe





Saturday, 21 September 2019

Malaysia Day Ride

Bandar Tenggara - Layang-layang - Ulu Belitong- Bandar Tenggara

Lupa bawa bendera daaaa
Acah je laju..sebenarnya ...ku selowww...sungguh selowww..santai..santaii jodoh gak akan ke mana ehhh

Cycling dengan jodoh :D

Monday, 16 September 2019

Suci dalam jerebu...cerita LSD yang sendu

Ahad 15 September sengaja saya ambil cuti sebab nak ber me time. Nak LSD..target 25km ke atas. Tapi salah saya sendiri, saya keluar rumah dah jam 7pagi, cuaca mendung tak berapa panas, jerebu pun macam kurang..tapi dalam jam 9 lebih mula rasa perit tekak walaupun pakai buff. Dapatlah 14km je..jadilah dari tak ada..kaki masih boleh go tapi risau nanti batuk ke selsema ke langsung tak boleh beraktiviti. Ya saya tahu risikonya tapi LSD masih perlu di buat.. rugi ambil cuti tapi tak manfaatkan dgn long run :). tengahari hujan lebat Alhamdulillah...berkurangan jerebunya...



Tuesday, 10 September 2019

LSD lagi

Ulang suara...Apakah maksud LSD dalam dunia larian? LSD stands for Long Slow Distance running :). Untuk membuat LSD, biasanya degupan jantung di kadar easy atau aerobic sahaja dan tidak perlu hingga ke max HR. Atau lebih mudah kita kata, berlari pada talking pace ( berlari perlahan tapi masih boleh berbual-bual tanpa rasa mengah).Kalau tak ada kawan, sambil bernyanyi pun boleh hahahaha..

Saya memang dah ada niat nak LSD semalam sementelahan hari cuti umum 9.9 kan... mulanya plan nak start berlari 6.30 pagi utk kurangkan terdedah ke panas terik, tapi akhirnya jam 7.30 pagi baru mula lari... 

Baru km3 masa ni...tabahkan hati
Pada km 7, saya singgah kedai kejap beli 100 plus. Kemudian di km9 terserempak seorang runner lagi... saya tegur , rupanya beliau sama-sama juga tengah LSD untuk training SCKLM..so we ran together! Next water station kami di KM12 ( petronas - beli jelly kelapa dan minum air), kemudian di KM16 kami berpisah sebab kawan baru saya,sis Ogy tadi nak terus sambung lari balik rumah hihi...so saya pun pusing-pusing lah keliling tasik di Bandar Tenggara nak genapkan 21km...fuh..2 kilometer terakhir tu memang hazab sikit sebab masa tu dah dekat 10.30 pagi..matahari dan mula tegak atas kepala...saya jalan..lari..jalan..lari.. alhamdulillah...berjaya juga LSD semalam. Kalau tak jumpa geng lari, mau awal2 di KM 12 saya dah stop agaknya..rezeki nak jumpa kawan baru, berborak sambil berlari, kebetulan pula sama-sama join SCKLM..all the best to us!

New friend!
Alhamdulillah...tercapai jua..30km next week? hahaha tak berani nak janji!!!

Monday, 2 September 2019

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon(SCKLM) : Run For A Reason

Kawan-kawan..hujung bulan ini (29 September) saya akan berlari Full Marathon di acara SCKLM sebagai peserta Run For A Reason. Saya akan mewakili badan kebajikan National Cancer Society Malaysia, kawan-kawan boleh menyumbang sehingga 15 September ini di link bawah ini ya?


Doakan saya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga dan selepas acara..amin.. ;) 


I will run for National Cancer Society Malaysia in my first SCKLM participation. If you are interested to donate, click my profile link https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2019/82188/#.XV0TWe3mg0M

Donation can be done until 15th September 2019. 😊Thank you.