Wednesday, 21 March 2018

Neon Night Run 12km (17 Mac 2018)

Another Run di UTM. Ini route paling kejam sebab 3-4 kali naik bukit..adoilah organizer..hahahaha... ada isu selepas event kerana ramai tak puas hati

1) tiada sesi warming up sebab sound sistem tak berfungsi - masalah eletrik katanya
2)pelepasan serentak lelaki dan wanita
3)banyak route gelap - larian waktu malam, ramai peserta buat short cut sendiri ( ni memang saya sendiri nampak ada orang2 yang cilok)

Well... ni kali ke4 ke ke5 kot saya run di UTM..setiap organizer berbeza dan diorg pun students...so..terpaksa lah redho... lari dengan budak2 katakan....ada yang komen , janji dapat lari...

Saya? no komen kot..or saya tergolong dalam kumpulan janji dapat lari hahahaha...tapi safety lah perlu diutamakan.... marker well managed tapi some tempat gelap tu bahaya juga lah...maybe sebab ada tiang lampu tak berfungsi..bukan salah organizer juga ye...tetiba malam tu lampu tak nyala..camno..

Yang penting, enjoy your run!





Video of the route ....


Saturday, 10 March 2018

Kidzania...2018 pulak

 

Ok..this was a surprise for my kids. Diorg tak tahu pun nak pergi Kidzania..just told them, mama had some work to do in KL& they had to follow. Masa ni cuti Chinese New Year bln lepas(sehari selepas CNY), fuh..memang jem..silap pilih tarikh daa..tapi itu je masa yang saya ada. Dah lah asyik tinggalkan mereka bila outstation. Bertolak dari Kluang jam 10 pagi..tiba di Kidzania jam 4 petang..huhuhu...sepatutnya kalau tak jem, jam 1 tenghari boleh sampai...So sebenarnya tiket kidzania ni saya beli semasa Matta Fair. RM120 untuk 2 kids & 1 adult. Manakala untuk satu lagi adult, tambah RM35. Murah kan?Saya kirim dengan kawan, dalam September 2017. Diam tak diam eh dah 2018 dan saya hampir terlupa pasal tiket2 ni!hhahaha...
 
Sampai je Damansara, tengah pusing-pusing depan Bangunan Kidzania, my kids become excited. Jom jom pergi Kidzania..saya ckp, eh mama nak pergi Tesco dengan IKEA lah..hahaha..got them! Bila dah parking, dua2 ketawa kegembiraan dan ucap terima kasih...setahun sekali bolehlah ye nak..ini pun dah banyak tempat dia pusing dalam Kidzania tu. Let's see them pictures!
 

Main kedai-kedai



Kelas menjahit

Wall climbing



Kelas bake cookies

Tunggu cookies masak

Kelas buat sabun

Monday, 5 March 2018

Larian Antidadah UTM 2018 - 7km , 23 Feb 2018

Lari seorang je, partner sakit kaki lagi , so beliau cuma temankan saya ke Stadium Azman Hashim di UTM. Saya pun baru je nak pulih dari plantar fasciitis jadi malam tu pendekatan saya adalah lari-lari santai layan kaki. So saya tak delah tengok orang depan saya ada berapa orang dan kejar seperti selalu hahahha iye lah tu kejar ornag konon...bila tamat berlari..oh..dapat 4th place pulak ..hehehe...alhamdulillah...seriously saya tak push pun lari malam tu...
 
 
 


 

 

Jumpa pulak orang kampung hubby kat sini, kawan sekolah dia..


 
 
 
 

Sunday, 4 March 2018

Karnival We Love Archery Kluang - 3.3.2018

Baru - baru ni, Akademi Memanah Thalhah ada buat iklan di sekolah anak saya..since it is free, lwt's go check it out..lagi pun Eein minat sangat nak belajar memanah, terpengaruh dengan movie Brave lah ni. Nanti kita btahu dia ya, memanah ni sunnah Nabi Muhammad SAW. Untuk tujuan karnival ni, pelajar diberikan try-outs percuma sebanyak 2kali cubaan. Sesiapa nak belajar lanjut, ada kelas breskala kecil ( basic 3 hour class:RM70 yurannya), dan lagi satu pakej RM270..beberapa hari punya training sampai pandai.
 
Aisy pula ckp dia tak minat...tak apa nanti kita explore lagi apa yang adik Aisy lebih suka( kecuali bermain hahaha). Cuma waktu menunggu agak lama lah (dalam 30-45 minit..bila event dah start , gilirna tu bergerak laju jugaklah)sebab ramai yang dtg ke sini dan budak-budak kena bertahan duduk kat padang panas- panas masa beratur tunggu giliran memanah( jam 10 pagi pun terasa kerana panas).Harap organizer boleh sediakan khemah la untuk budak2 ni..kesian. Yang dapat turn jam 9 -10 pagi ok lagi..yang menunggu sehingga 11-12 tghari tu yang kesian.
 



Gaya dah ada

Panas merelip tapi kakak boleh senyum lagi

 
Berminat? buat masa ni kelas sekitar Kluang dan Batu Pahat sahaja..:) saya daftarkan anak untuk basic 3hours practice sahaja, April nanti.

 

Saturday, 3 March 2018

Hiking with friends

17 Februari 2018(saturday)

Hiking again..this time..in the afternoon! Sepatutnya saya start mendaki jam 10 pagi tapi ada urusan tak dapat dielak..saya minta kak Dyna naik dahulu dan janji bertemu di puncak... saya start hiking jam 12 tengahari dan reach the top 12.55pm  then turun semula bersama kak Dyna , adiknya, dan Naza( geng Berlumut dulu) . Then,usai aktiviti kami mengopi kat Railway Coffee :) lain kali kita naik 2 puncak atau pokok besar ye kak..tak sempat nak fulfill permintaan akak that day.





Wednesday, 28 February 2018

Larian Kampus Sukan DVS

Busy semedang, tak sempat nak upload apa-apa.. so ini post tentang post mak2 menyertai sukan jabatan kih kih kih. Bertempat di...HUSM Kubang Kerian, Kelantan...Awal Februari baru ini...berkampunglah kami lebih kurang 5 hari di sana....

Tak pasal-pasal masuk pertandingan congkak. Hey..not bad..we got 4th place out of 17 contingents! Sayangi budaya kita...(frust jugak at ingatkan boleh la dapat top 3 kih2...)Tapi kontinjen top 3 memang hebat..maaf tak ingat pulak negeri mana yang menang top 3..malas nak ingat hahaha...

Dan lagi satu, saya jadi Pengurus Sukan Larian Kampus ( 3km bagi wanita, 5km bagi lelaki).Diskriminasi betullah..kenapa wanita 3km je???Asalnya saya malas nak masuk tapi dipujuk2 juga oleh rakan2.....cair...sebulan sahaja masa diperuntukkanuntuk training ( macam2 masalah, terlambat dpt kebenaran join sukan, lambat hantar nama la bla bla bla..kecoh betul..3km je pun). But our team manage to get 1st place, 3rd place, 10th place for woman category. Kemudian 2nd untuk men's category (5km) dan seorang lagi dapat 6th place untuk 4km senior category. Ok thats all nak cerita...nak kata meriah, meriahlah jugak tapi peserta run cuma 100++ lebih orang...yang lain banyak masuk sukan berkumpulan macam netball, bola tampar, bola sepak, indoor games macam carom, dart,batu seremban, congkak etc..

Sebelum perbarisan..ooh..so sukan sekolah gittewww


 
ni namanya org bagi medal, ko letak kat kaki... :P