By FB Anna Liza Roslaini
Apabila saya menasihati wanita untuk menurunkan berat badan , ramai yang mengatakan bahawa mereka sudah cuba. Ramai mengatakan bahawa mereka makan sama banyak atau kurang sikit daripada 3-4 tahun lepas, tetapi berat mereka naik terus.
Ramai kurang faham tentang kadar metabolisma badan. Kadar metabolisma ialah kadar (atau kecekapan) tubuh kita membakar kalori untuk menghasilkan tenaga untuk kegunaan harian (contoh - tenaga untuk bernafas, untuk jantung berdegup, untuk berjalan dsb).
Kadar metabolisma akan berkurangan mengikut usia kita. Lebih tua kita, tubuh kita menjadi kurang efisyen untuk membakar kalori. ‘Tua’ tidak bermaksud umur 60 ke atas. Tubuh kita mula mengalami penuaan seawal umur 20-an. Seorang yang berumur 28 tahun mempunyai kadar metabolisma yang kurang berbanding dengan seorang yang berumur 20 tahun. Oleh itu, jika anda makan amaun yang sama seperti semasa umur 20 tahun, berat anda akan naik. Sepatutnya, semakin berusia kita, semakin kurang amaun yang kita makan.
Cara lain untuk mengekalkan atau meninggikan kadar metabolisma ialah dengan melakukan senaman. Senaman adalah ‘latihan’ untuk tubuh untuk menjadi efisyen untuk membakar kalori.
Oleh itu, semakin usia meningkat, semakin sikit kita perlu makan dan semakin perlu kita bersenam.
2-3 tahun lepas, jika saya hendak kurangkan berat badan, saya perlu berlari 2km 3 kali seminggu.
Sekarang, pada usia 50 tahun, walaupun saya berlari 2km 3 kali seminggu, berat badan saya hanya akan maintain sahaja. Tak turun pun. Ini menunjukkan saya perlu kurangkan lagi pemakanan saya dan meningkatkan senaman saya. Susah bukan? Tetapi inilah hakikatnya.
Saya juga mengenali seseorang yang berlari 10km 4 kali seminggu, yang tidak berjaya untuk menurunkan berat badan. Dia hanya dapat maintain berat badan. Tetapi sekurang-kurangnya berat badan tidak bertambah.
Menjaga berat badan sangatlah susah terutamanya pada usia 30 ke atas. Jangan sangka orang yang kurus itu ‘naturally kurus’. Orang kurus itu (kalau bukan disebabkan penyakit!) lazimnya banyak berusaha.
All reactions:
4Syira Sahiza Abd Bashid, Roshaizad Rusnoh and 2 others