Sunday, 31 May 2020

Masjid Nabawi dibuka semula (Covid19)

Artikel ini disalin dari FB


Betapa rindunya hati insan untuk kembali berjemaah di Masjid Nabawi. Akhirnya pada subuh pagi tadi, pintu masjid yang telah sekian lama ditutup rapat dibuka semula. Orang ramai berduyun-duyun ke sana bagi mendapatkan tempat dan saf.

Ada garis panduan yang harus dipatuhi. Pelitup muka wajib dipakai. Kanak-kanak tidak dibenarkan langsung untuk datang. Air zamzam pula dihentikan penyediaannya buat sementara waktu.

Syukur.

Alhamdulillah.

Segala pujian hanyalah bagi Allah SWT.

Doa dipanjatkan tanda syukur. Air mata mengalir keluar tanda gembira. Perasaannya seperti hari inilah hari raya. Setelah hampir 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ke masjid yang dicintai ini. Setelah mengharungi 30 hari Ramadan tanpa bertarawih berqiamullail di sini.

Hari ini, seakan tidak percaya. Penduduk setempat sudah boleh masuk berjemaah semula di sini.

Walaupun pembukannya dibuat secara berperingkat, namun sedikit kelonggaran ini sudah cukup nikmat. Tiadalah nikmat yang asyik direbut saat bermukim di Madinah selain daripada dapat solat di Masjid Nabi SAW.

Lockdown tempoh hari menyedarkan kita semua akan nikmat yang tidak terperi ini. Tuhan menegur sikit saja hati-hati yang terleka. Ketika ada ruang dan peluang untuk menziarahi masjid, kita buat-buat sibuk dengan aktiviti lain.

Akhirnya kita semua merinduinya bersama. Menyesal akan sikap tidak endahkan masjid sebelum ini.



Dan kini, bila dengar saja ada masjid akan kembali dibuka. Kita semua seronok. Biarlah sebelum ini jarang sekali menjejakkan kaki ke masjid. Namun perasaan sebegini, dirasai oleh semua.

Ya Rabb, dekatkan hati-hati kami dengan masjid walau di mana kaki ini berpijak.

Setakat ini, hanya Masjidilharam yang masih belum dibuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, sekitar 90,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi sudah mula dibuka untuk solat berjemaah dengan garis panduan yang mesti dipatuhi.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber gambar: Media Haramain.

Friday, 29 May 2020

Pengalaman berpuasa di dalam PKP (Covid19)

Pengalaman berpuasa semasa PKP, ok la..walaupun takde bazar Ramadhan, tapi saya dah order delivery kuih muih yang mana teringin lah...itupun minggu pertama je kot. Lepas tu ada la buat kuih sendiri (later cerita..ala malas nak kecoh..kuih senang-senang je..) atau pun saya dan suami pergi beli kat kedai runcit( penjual-penjual kuih letak kuih-kuih mereka di kedai -kedai runcit).






Rasanya macam makin meriah pulak beli kuih-kuih tu hahaha..sebab mungkin nak menggantikan suasana meriah bazar tu. Cuma sedihnya kesan PKP ni terhadap peniaga-peniaga kecil..ada yang tutup perniagaan terus...yang menyewa kedai, yang nak bayar gaji pekerja..semua jadi hilang income... :(.

Bertabahlah ya..

Thursday, 28 May 2020

Tahniah Pahang (Covid19)

Catatan disalin dari FB Masjid Tengku Ampuan Afzan






PERLAKSANAAN SOLAT JUMAAT MENGIKUT SOP - MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN INDERA MAHKOTA KUANTAN

Masjid Daerah Kuantan, Masjid Tengku Ampuan Afzan mula melaksanakan Solat Jumaat mengikut SOP pada 22 Mei 2020 berikutan perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang untuk masjid-masjid Daerah seluruh negeri Pahang melaksanakan solat Jumaat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Seramai 103 orang menunaikan solat jumaat termasuk petugas daripada PAID Kuantan, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuantan, PDRM, JPAM, MPK, KRT Indera Mahkota serta Ahli Kariah Kawasan Indera Mahkota Kuantan.

Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid ini juga berpuas hati dengan segala kawalan dan pematuhan SOP yang dipantau oleh semua urusetia bertugas. Pemeriksaan suhu juga turut dibantu oleh Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Pengurusan Masjid Tengku Ampuan Afzan mengucapkan Jutaan Terima Kasih dan sekalung penghargaan kepada semua petugas dan urusetia yang terlibat khususnya Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang , PPA Daerah Kuantan, Pegawai Masjid Daerah Kuantan, PDRM, MPK, JPAM, KRT dan semua agensi yang turut membantu..Semoga Allah memberkati kita semua..

SELAMAT BERPUASA,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.
SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN INI..

AMIN.

Nota:

Pada masa artikel ini ditulis, masjid telah ditutup untuk solat selama 11kali Jumaat....



Tuesday, 26 May 2020

Sederhana dan meriah walaupun satu hari ( Selamat Hari Raya)

Hari Raya 2020 yang penuh sejarah..bagi seluruh dunia...jadikan satu kenangan. Bagi kami, beraya di rumah mertua , pagi tu solat sunat hari raya di rumah,bersalam-salaman kemudian bertolak ke rumah nenek suami di Pontian..maklumlah boleh rentas daerah sehingga 12 malam untuk satu hari ni. Kemudian petang dah balik rumah mertua..dan tak dapatlah balik Kelantan macam selalu sebab rentas negeri belum dibenarkan kecuali bersebab...

Hari raya kedua dah balik ke rumah sendiri sebab saya dah bekerja di hari raya ketiga( malas lah nak cuti..bukan boleh jalan-jalan raya pun! )
Ramadhan kali ini, alhamdulillah anak-anak berada di rumah..saya bekerja tapi suami masih di rumah , dan anak-anak berjaya puasa penuh :)

Selamat hari Raya kepada smeua kenalan..maaf zahir dan batin...stay safe, stay healthy!





Thursday, 14 May 2020

Ziarah hari Raya dibenarkan satu hari sahaja ( Covid19)



PUTRAJAYA ,13 Mei– Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.


“Mesyuarat khas MKN putuskan untuk hadkan aktiviti iaitu hari pertama sahaja. Ia adalah untuk ahli keluarga terdekat dan tak lebih 20 individu dalam satu masa.

“Jumlah itu juga perlu mengambil kira keluasan rumah. Sebagai contoh rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, sudah tentu jumlah itu dalam satu masa adalah ramai dan tidak boleh penjarakan sosial jadi mungkin boleh masuk lima individu setiap kali tetapi maksimum tetap 20 orang sehari,” katanya.

Menurutnya, SOP ketika berkunjung juga perlu diikuti iaitu mengunakan pensanitasi tangan atau basuh tangan ketika melawat.

“Mereka digalakkan memakai penutup muka dan melakukan penjarakan sosial. Jangan makan berbagi, biasalah bila adik beradik apa dia makan kita pun makan. Kita cuba tahun ini.

“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti wabak Covid-19.

“Saya juga mengambil contoh di New Jersey, Amerika Syarikat yang hanya terdiri empat orang berkumpul untuk jamuan makan dan akhirnya mereka semua meninggal dunia kerana Covid-19.

“Ya kita benar tetapi kita kena jaga diri sendiri. Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita bahaya untuk mereka,” katanya. – Harian Metro