Sunday, 29 March 2020

COVID19: STOP CARI GLOVES!!

From FB

Mohammad Khairul Azhan
Kami staf KKM tak pakai pon glove kalau keluar pegi pekan ke, pasar ke, isi minyak or di bank. Kami guna waktu kerja je. 

Saya perhati ramai dari kita yang mula cakna berkenaan cara2 untuk mengurangkan transmisi jangkitan. Guna hand sanitiser, cuci tangan dengan sabun, pakai mask, guna glove dan lain-lain. Korang yang pakai glove tu nak tanyala, macam mana cara korang pakai? Macam mana cara korang buka? korang buang kat mana? 

Macam2 korang pegang, sana sini korang sentuh. Glove tu dikira tercemar bukan boleh buang suka2. Kitorang buang dalam tong kuning tu. Tong plastik hitam untuk sampah domestik biasa. Takleh campur. Tengok tong sampah dekat pasaraya tu, bersepah dengan glove. Tepi2 tong pon ada glove yang jatuh2. Kesian makcik cleaner kena kutip glove korang tu. Dah makcik cleaner terdedah pada risiko jangkitan. Macam mana kalau makcik cleaner tu mak atau saudara mara korang? Belum lagi yang budak2 kutip buat belon. Saya pernah tengok depan mata saya sendiri.

Tanpa korang sedari, tindakan korang pakai glove & cara pelupusan yang salah buatkan korang lagi terdedah pada virus dan patogen lain tau. Dan lebih teruk korang sebenarnya yang bantu merebakkan lagi virus ni.

Take home message:

1. Tak perlu guna glove jika boleh cuci tangan dengan sabun / hand sanitiser
2. Nak guna glove, make sure korang boleh lupuskan dengan betul.
3. DUDUK RUMAH
4. Kerajaan dah bagi macam2 untuk kita, jadilah rakyat yang berterima kasih. Jangan degil jangan kufur nikmat.


COVID19: Latest update mengikut negeri dan daerah

Yes..saya di Kluang..red zone sudah..tapi mostly hidup macam biasa...saya juga cuba elakkan keluar walapun masih bekerja ( essential services : veterinary services - kami ada haiwan ternakan yang perlu diberi makan dan dirawat setiap hari). Sebab yang banyak kes tu dengar nya Kg Dato Ibrahim Majid yang sedang dilakukan PKPDP ( Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)..ada seorang rakan sekerja saya di sana..semoga beliau sefamili dan orang-orang kampung semua kekal selamat dari bahaya covid19...





Saturday, 28 March 2020

Stay at home: Mengayuh di rumah dengan ZWIFT

Later saya cerita ya tentang ZWIFT :)

Keperluan :

1. Basikal ( MTB/Roadbike atau apa2 basikal yang boleh sambung ke bike trainer)
2.Bike trainer ( range RM250.00 - 10,000.00)saya punya yang paling murah lah tu hihihi..sempat beli sebelum PKP/MCO
3.Speed sensor ( untuk letak kat tayar belakang)
4.ZWIFT apps ( ada free trial 25km)

My Bianchi yang dah sambung ke Deuter bike trainer.


Additional

Air minum yang mencukupi
Tempat yang well ventilated
Kipas angin untuk mengeringkan peluh :)
Skrin tv atau pc atau laptop ( kena ada ANT+ dongle utk connection)

Sebelum ni saya berkayuh with trainer dan connect to cycle computer tapi rasa lemau..malas dan berat kaki hahahaha...then dapat tahu pasal apps ni dan kita try...wow..great fun!! walaupun tak lah sama mcm kayuh kat luar tapi boleh menghilangkan kebosanan mengayuh di rumah tu hihihi....



saya guna screen hp je

Sempat kayuh kat London wehhh hahaha

Friday, 27 March 2020

COVID19:Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Kg. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam


From FB

Salam Sejahteta YBhg Dato' Maklumat insident peningkatan penyakit Covid-19 di Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

1. Nama Tempat: Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
2. Jumlah positif : 66 org (+ve COVID 19).
3. Kematian : 1 x kes kematian - Md Ali bin Shahril - 71 tahun. (Jemaah Masjid Dato' Ibrahim Majid)
4. Jum Penghuni Kg Dato' Ibrahim Majid : 1495 penghuni.
5. Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam declare lockdown : *Kes Kluster Tertinggi* - Punca Meningkat Secara Mendadak +ve COVID 19.
6. *Kg Dato Ibrahim Majid* (Kg Induk). Lainx Kg di kws sekitar adalah spt berikut:
(a) Kg Pt Salman - 45 rumah (180 penghuni).
(b) Kg Pt Kasmani - 5 rumah (20 penghuni).
(c) Kg Pt Talibek - 30 rumah (120 penghuni).
(d) Lorong Perdana - 36 rumah (180 penghuni).
(e) Taman Surau - 19 rumah (95 penghuni).
(f) Jln Benut - 30 rumah ( 150 penghuni).
7. Bantuan Tentera yang dipohon penambahan SJR dari 1 ke 5 Lokasi (penambahan 4 x lokasi SJR).
8. Psk Tentera yang di aturgerak: 33 RAD

Sekian perkara di angkat utk makluman YBhg Dato'



Monday, 16 March 2020

Perkembangan COVID19 di MALAYSIA

Penat pulak tengok numbers keep on going up! Yang paling dasyat, semalam lah..naik mendadak 190 positif menjadikan keseluruhan 428.


Dan ini sehingga 16 Mac 2020,8 pagi....

COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8 pagi, 16 Mac 2020.

Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.

Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11 kes) dengan kadar kematian 7.9%.


Sunday, 15 March 2020

Setelah dua bulan tak berkayuh

Strava perli baeekkk punya...harder than your relative effort hahahaha...sabo je!




Bersyukur masih boleh keluar ngeteh....

Saturday, 7 March 2020

Ancaman Nouvelle Coronavirus 2019 / Covid 19

Semestinya umum dah tahu tentang covid19 yang mula merebak dari Wuhan,China sejak awal Januari 2020. Sangat menakutkan sebab asal jangkitan dari Wuhan tetapi dah merebak ke serata dunia. Jom tengok perjalanan kes ni....


25 Januari 2020



7 Februari 2020




13 Februari 2020




5 Mac 2020



6 Mac 2020




Situasi terkini : sehingga 7 Mac 2020(mendadak naik 4000 kes positif dlm masa sehari T_T)


Monday, 2 March 2020

Misi 100km bulan Februari Berlari tercapai!

Alhamdulillah...sebenarnya mulai awal Februari saya dah mulakan training larian HR Zone 2. Jadinya kebetulan saya terbaca nota -nota di The Kei Show Discussion Group, so saya dan beberapa rakan decide nak cuba . Penerangan larian HR Zone 2 nanti lah saya cerita ya bila ada masa nak menaip lama sikit ..:) sebab kalau boleh saya nak terangkan gaya saya, tapi kalau saya malas, nanti sy copy paste je hahahahaha..

Ni lebih kurang report card/ training info bulanan saya, menggunakan apps Garmin
Bulan Februari ni sebenarnya saya banyak berlatih untuk sukan jabatan...jadi ada lebih masa untuk latihan larian. Semoga saya lebih istiqomah menjelang Mac ini, malahan kali ni berazam 40km seminggu pula ( 40km x 4 minggu+120 km sebulan hoho)

Sunday, 1 March 2020

Saya memang moto..eh silap..saya menang voucher shopping spree IK Yellow-Giant :)

Al kisah... Sis masuk la contest IK Yellow Shopping Spree Disember yg lalu. (Beli 2 rim kertas IK Yellow dan whatsapp resit) . Sekali je whatsapp .. lepas tu awal tahun ni dah kemas2 resit bukti pembelian dah hampir nk buang tapi sbb lupa kemas2 jadi resit tu tersebek je dlm purse. So dah lupa dah join ni.. plus dah januari xde apa2 info so anggap x menang la kot.

Pung pang pung pang 2 minggu lepas masa tengah jogging , ada la sorang wanita ni call.. nombor tak dikenali pulak tu hampir2 la tak jawab maklumla risau scammer. Beliau kata nanti bg email address dia nk bg surat dan borang kehadiran ke Giant Shah Alam ,29 Februari..sila bw resit pembelian. Ok sy ckp sy reply nti. Berdebar sbb x ingat resit tu ada lagi takkk hahaha alhamdulillah masih ada.



So plan nk bermlm di Shah Alam pd 28Feb.. sbb pagi2 kena ada di Giant tu jam 6pagi utk daftar. Haaa.... sbb sis ni runner so tak kisah pun event start awal pagi gituuu.... Selesai daftar..solat subuh semua.. 6.30 berkumpul kat depan kaunter dan diberikan briefing.

Kesemua ada 15pemenang dah tapi dia nak tentukan hadiah utama 1st-5th place, kena buat kapal terbang kertas dan pemenang ditentukan berdasarkan jarak paling jauh..(sy dpt 8th place hehe ).




So lps dah dpt placing, next adalah misi shopping voucher 1k tadi tu di Giant! Masa yg diberikan 20minit. Sy dan suami aim brg2 keperluan dapur (brg kering) dan toiletries je. Mmg dah bincg 😂. Bunyi mcm 20min tu lama...tp sbb Giant Shah Alam ni luassss....sebenarnya sekejap je tau masa tuuu...




Baju suamiku ikut tema ke apa ni hahahaha




Alhamdulillah terima kasih IK Yellow dan Giant as penganjur... Terima kasih kat soulmate Cg Fly yg sanggup hantar sis ke prize giving & shopping spree ni... Tahniah kpd semua winners 👏👏👏..Crew majlis semua pun friendly ,peramah dan siap ada sedia breakfast juga sblm majlis. Haha ni la 1st time gi shopping kat Giant kul 6pagi! Nti tggu gmbr dari pnganjur pulak lah ye. Eh ajomm masuk contest lagiii hahaha