Saturday, 30 December 2017

Cuti - cuti Perth Day 4 (3/12/2017) Part 2 : Perth Mosque & Murray Street

Ok, selepas makan tengahari secara berpiknik di Kings Park ( senang nak parking, dan free!) kami bertolak pula mencari Perth Mosque/ Masjid Perth. Tak jauh pun dari Kings Park, dalam Perth CBD juga..kira- kira 3 km lebih dari King Park. Alamatnya: Perth Mosque, 427 William St, Perth WA 6000, Australia.

Ada banyak kedai Asian di sini...vietnamese, chinese, indian..



Pandangan tepi

Masuk ikut pintu belakang ya...




Alhamdulillah...bersyukurnya dapat singgah masjid..merasa solat di masjid di perantauan.Agak kecil masjidnya , tapi Islam itu ada di mana-mana. Ada lagi satu masjid di Mirabooka..tak sempat pergi.
Selesai solat zohor, kami ke Murray Street pula... lagi satu agak frust tak sempat singgah London Court sebab 1. nak kejar solat asar 2. mak sy dan anak2 juga dah letih...kakak sempat shopping strawberry lagi kat Murray street..geram tgk strawberry kat sini besar-besar dan manis! Kat situ jugak habis makan hahahaha...duduk kat bench

Kami parking dalam bangunan, nak parking luar actually murah sikit tapi susah nak belok & park sebab tak biasa kan..kereta belakang pun hon -hon je masa kita cari-cari parking

Jumpa kedai souvenir GLO - pemilik dia org Malaysia tau..dari Sarawak. Ok lah harga dia..cuma kalau di Fremantle, murah lagi di Fremantle dalam beza 1AUD atau 50cents. Tips, jangan beli barang di tourist attraction mcm Caversham atau Pinnacles..mahal sekali  hingga  dua kali ganda!

Ada budak merajukkk..nak beli platipus doll tak dapat..harga AUD18 ..darab 3.4 dah berapa? hahahaha lagi pun bukan lama pun di main..

Si kakak dapat beli keychain dah cukup..bagus annaku..jimat..baru dalam AUD5 , dapat 6 ketul keychain hehehehe

Antara grafitti di lorong-lorong sekitar Murray Street







Masa ni ada gerai2 dah dibuka dan banyak gerai-gerai baru nak buka/set up..mcm pasar malam pulak

gerai buah

Kiri dan kanan jalan ni ada mall..boutique pun ada


Dah la tak dapat platipus..nampak pulak kedai toys! hahaha adeh deh






Eein puas makan strawberry hari-hari kat sini..adiknya tak berapa gemar strawberry
Dalam jam 4 petang , kami decide last minute untuk try makan di Insans Cafe...makanan melayu sebab anak-anak dah rindu makanan Malaysia hehehe... lagi pun esok dah nak balik kan. Gambar google sebab gambar tak ambil masa ni..tengok lah harganya . Kami share 1 pinggan 2 orang..portion nya agak besar..puas makan jugak lah( sambil pejam mata ). Saya dan anak-anak makan nasi lemak..sambal dia sedap..dan ada tambahan macam sambal goreng bilis kriuk kriuk. Lain- lain ada yang makan nasi goreng dan sup.

Sumber: google

Sumber; google

Sumber: google
Adalah la sekeping gambar...sebab sibuk makan hahahaha
Dalam jam 5 petang, kami bertolak pulang. Kos parking? 2 jam... 10.05 AUD.. dalam RM34!Sebenarnya kalau baca pengalaman ornag lain, lebih mudah kalau stay di apartment atau hotel sekitar Hay Street atau Murray Street sebab lebih jimat berjalan kaki..parking di sini memang mahal! Tapi sebab memikirkan keselesaan untuk mak saya yang sakit kaki, sebab tu sewa kereta full sepanjang trip ni..Mana tahu kot ada rezeki dapat datang lagi, boleh try menginap di Perth CBD pula..backpacking ke duduk hostel/dorm hahaha... eh eh ada hati nak pergi lagi ke? :P

Otw balik, kakak sy terus ke homestay, manakala saya dan suami plan nak ke Coles untuk beli roti dan susu. Sampai di Coles, dah tutup..rupanya Coles buka sampai jam 5 petang je..teringat Kak Hally pernah whatsapp lokasi kedai - kedia halal(Pakistan dan Asian) tapi hp saya habis bateri pula..huhuh...GPS kami ni pelik sikit, kalau nak cari tempat kena letak full address, tak boleh letak nama tempat je...so,next shop yang kami cari, IGA(IGA ni ada pula address dalam GPS yang kami sewa tu).....IGA ni buka sampai 8 malam. Lepas dah beli roti, susu dan coklat untuk bekal anak di airport, baru teringat nak menghabiskan duit syiling, 10 AUD dapat  grab 1 pack strawberries ( 3AUD) , 2 kopi susu DARE berharga 7AUD), untuk kudapan malam selain nasi masak sendiri di homestay nanti..sampai di rumah jam 6 petang, bergegas solat asar sebab maghrib jam 7.00 petang :). Malam, aktiviti packing dan rehat....Thats all our adventure for today :) 

* Ada perkara mencemaskan dan merisaukan berlaku pada malam sebelum kami balik ke Malaysia... :( .. next post ya.


Kat sini tekak asyik nak minum ni hahahaha saje try - try minum..padahal kalau kat rumah sendiri, tak pernah beli apa2 kopi susu, biasa bancuh sendiri lagi jimat..hahaha...

boleh kata murah jugak lah..3AUD..dalam RM12. Kalau di Malaysia dalam RM15-18 sekotak..tak mampu lah nak minum hari-hari, tapi susu beras ni sesuai untuk orang yang ada cows milk allergy atau pun milk/lactose intolerance. Saya ok je minum susu lembu, tapi saja-saja suka minum susu beras juga!


Wednesday, 27 December 2017

Cuti-cuti Perth Day 4 (3/12/2017) Part 1 Caversham Wildlife Park

As usual bangun solat subuh jam 4.30 pagi..pukul 5 dah terang benderang dah..teringat lagi masa hari kedua di Perth..bangun tidur terperanjat tengok kat luar dah cerah.Rupanya baru jam 5 pagi hahahahaha..as usual lepas subuh, bersilat di dapur bersama kakak dan abang ipar juga join tunjuk skill menggoreng nasi :)

Selamat pagi, jam 5.30 pagi masa ni..
Plan hari ini, ke Caversham Wildlife Park. Caversham Wildlife Park ni merupakan taman haiwan yang diusahakan oleh satu keluarga.Bukan milik kerajaan ya...sumber pendapatan mereka adalah dari duit kutipan tiket.Ia nya dibuka setiap hari kecuali hari Krismas je tutup. Untuk orang dewasa kos tiket AUD 29, manakala bagi kanak-kanak AUD 13. Buat masa ni aku berhenti convert ke RM kalau tak rasa nak menitik air mata..tapi dah sampai maka teruskan juaaa...hahaha...



Jam 8.45 pagi kami dah sampai ke park ini, terletak di dalam Whiteman National Park, kira - kira 35-40 minit drive dari homestay. Tepat jam 9 pagi, pintu kaunter tiket dibuka. Takdelah ramai sangat orang mungkin sebab masih pagi. Masa masuk tu, kami mencari-cari kanggaru tetapi diberitahu oleh staff di situ lebih baik ke sesi Meet the Koala dahulu, boleh bergambar dengan koala. Trivia, tahukah anda koala bukan sejenis beruang :) ( KOALA IS NOT A BEAR). sebab beruang ni karnivor, sedangkan koala ni, jenis marsupials (ada kantung ) dan memakan dedaun ( herbivor). Sesi bergambar bersama koala ni ada 30 minit je ye iaitu jam 9.00 - 9.30 pagi sahaja.Siapa datang lewat, memang takkan sempat bergambar dengan koala. Ada hand sanitizer disediakan di setiap pintu masuk exhibition haiwna ni, sebelum pegang, sanitize tangan dulu ya. Lepas pegang , sanitize balik.





Beratur lebih kurnag 20 minit untuk sesi bergambar






The cousins

Kemudian jam 9.30 pagi pula kami beredar ke exhibit seterusnya iaitu Meet The Wombat.




Abang ni glamer lah ye..semua gambar pelancong,muka dia hahahaha

Possum

Dah la gebu... lepas tu dia boleh panjat keliling railing tu..geram je semua orang tengok




Anak-anakku...semua dia nak pegang...kalau kat Gunung Lambak, ulat gonggok pun dibelai macam kucing hahahaha

Sama dengan cicak yang kami jumpa kat Lancelin
Wallaby..kecik sikit dari kanggaru..ekornya tirus sikit


Kemudian lepas je bergambar di sini , kami ke reptile house dan farm animal show.



Ada horse show, ada dog show ( anjing menghalau bebiri) , pertunjukkan whip, memerah susu lembu dan juga memotng bulu bebiri ( wool shearing). Ok..mcm kat tempat kerja saya je minus the dog hahaha
Llama

Ayam gebus hahaha lupa namanya.. silkie chicken kot
Alpaca


Ular ni macam biskut nini cokolat celup hahahaha
Kemudian..sesi yang dinanti-nanti dan disebut-sebut oleh anak-anak sejak dari pintu masuk tadi..Kanggaru!Sampai tak nak balik lah rasanya anak-anak saya ni. Ada tong makanan disediakan, kita boleh ambil banyak mana suka dan feed the kangaroos.

Ok..ni macam kucing leh gesel2 dagu kat  tangan orang


Adoi memang nak gelak je tengok gelagat kanggaru ni
Good day , mate!

Awal pagi lagi...ke kekenyangan?

Mama bila kanggaru ni nak bangun?


alalala sopan nye awak..salam cium tangan yeee...






Tidur....

Tidur lagi...




 



Sementara nak keluar, singgah kedai souvenir ( mahal- baik beli kat Fremantle hehehe) , ke ladies, & gents dan duduk-duduk dulu...

dan kami keluar dari Caversham Wildlife Park dalam jam 1 tengahari, dan berpiknik sambil makan tengahari di Kings Park :) sebelum meneruskan perjalanan.