Wednesday, 30 November 2016

Medal ke 15:Bollywood Virtual Run

Saya tak minat Bollywood.tapi saya minat lari....dan suka tshirt dia yang cantik.Ada pink colourrrr...hahahaha girls & pink tak boleh dipisahkan,kan? 



Beestorm Bollywood Run (Oktober Pink Virtual Run Series - breast cancer awareness month)
6km 


Close-up (taken from Beestorm FB)

Tuesday, 29 November 2016

How I spent last weekend :) .. mendaki Gunung Lambak for the utmost time!


Mission accomplished Part 1: naik turun gunung lambak dalam 1 jam 35 minit.( climbing time : 53 minutes)

Next mission , naik turun gunung lambak dalam 1 jam 20 minit(aim untuk climbing time 45 minutes!)

Monday, 28 November 2016

Medal ke 14 : KRN10000 (Kuching Runners Network) Virtual Run 7km

Larian ini ada actual eventnya di Kuching Sarawak, semepena menyambut keahlian KRN seramai 10k orang di FB. Larian dah dibuat pada bulan Oktober, dan medal diterima selepas acara actual tamat pada 6 November kalau tak silap lah.

        Memang satu kepuasan bila medal dah sampai...eh dua kepuasan..pertama , sebab berjaya motivate diri sendiri untuk lari 7km in one shot, kedua sebab dapat medal bling-bling & glow in the dark gittewww.... siapa lagi nak motivasi kita kalau bukan diri sendiri ececece.... sebelum -sebelum ni kalau ada event lebih dari 5km, sy biasanya combine multiple runs contoh nya kalau 8.5km, sy combine 5 km +3.5km. Lepas ni boleh lah cuba lagi utk lari one shot bagi larian berjarak lebih 5km :).





Tuesday, 22 November 2016

Virtual Run: 2016's MM3rio Botanic Run 8.5km Women Open

Akhirnya ...berakhirlah series MM3rio Run yang diadakan sepanjang 2016 ini, ada 3 series semuanya dan semuanya sy sertai...yang best, ketiga-tiga medal (dari Siri 1 ,2 dan 3)boleh cantum..nanti lah ye sy tunjukkan gambarnya :)

Update:

Ini MM3rio Siri 1


Ini MM3rio Siri 2


Then..cantumkan guna screw yang dibekalkan bersama Siri ke3....tadaa...hahah mcm kanak-kanak riang je.

Monday, 21 November 2016

Kek Coklat Supermoist


Sungguh produktif minggu ini. Tiga hari berturut -turut baking hahaha...mula nya Aisy kata nak tolong tapi malam masa buat ni dia tertido pulak.....

Kek ni dibuat sebab nak sambut birthday anakanda yang kedua, Aisy.Birthday nya jatuh pada 6 Disember, tapi sebab dia nak sambut dengan kawan-kawan tadika, maka kita buat awal..minggu ni kan last sekolah, lepas tu cuti panjang. Saya dah guna resipi ni sejak berumur 13 tahun. Nampak tak, versatile dan evergreen nye resepi ni hahahahaha... serta merta kenangan membuat dan membakar kek dengan kakak ( masa tu kakak form 5) terbayang di mata. Dan juga saya pernah bawa kek ni ke sekolah untuk jamuan akhir tahun form 3.Ditempah oleh rakan-rakan sekelas..hihi.

KEK COKLAT SUPERMOIST

Bahan2:
1 buku (250gm) mentega ( saya guna emborg, tatura atau scs pure butter- reminder buttercup bukan mentega ya)
1 cawan gula castor ( boleh guna brown sugar yang dikisar atau secawan madu organik- kos tinggi sikit dan lebih moist!)
6 biji telur
1 camca teh esen vanilla/or vanilla extract
1.5 cawan air
(tolong guna cawan bersaiz sama utk suka semua bahan2)
Bahan ayak: 2.5 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan serbuk koko

Topping coklat:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis ( sy gantikan dengan whipping cream dan tambah madu atau gula sebab whipping cream tak manis- kos tinggi sikit )
1/2 cawan minyak masak atau minyak sayuran lain
1/2 camca teh esen vanilla
{campurkan semua bahan di atas dalam periuk kecil - masak secara double boiler, kacau adunan topping hingga berkilat)

Cara2:
1. Panaskan oven ke 160 darjah celcius dan on kan selama 10 minit.

2. Pukul mentega dengan gula hingga putih .


3.Masukkan telur sebiji demi sebiji.




4.Masukkan esen vanilla

5.Masukkan tepung + koko diayak tadi berselang seli dgn air hingga habis.(masuk tepung - pukul sebati-masuk air-pukul sebati - ulang smpi habis)



6. Lengser loyang dengan butter, tuang adunan kek.




7.Bakar pada suhu 160darjah celcius(atas dan bawah) selama 1 jam.Cucuk tgh kek lepas 1 jam, kalau belum masak, tambahkan 10 minit lagi.

Biarkan kek dalam oven lebih kurang 10-15 minit selepas siap utk cooling down. Kalau keluarkan terus ada potensi merekah sebab kek panas disentuh udara suhu bilik ecececeh..ni tips ye...agak dah suam sikit, keluarkan kek biar ke suhu bilik sebelum nak keluarkan dari loyang(saya biarkan dalam 2-3 jam dlm suhu bilik) - kek ni moist dan berat so potensi utk pecah tu sangat tinggi kalau korang tak nyabo. heheheh.Hias dengan topping coklat.Sejukkan dalam fridge selama 3-4 jam sebelum dihidang.

Rupa kejadian setelah disejukkan ke suhu bilik dan ditelangkupkan dalam bekas kaca...sebelum letak topping





Saturday, 19 November 2016

Jantung rasa nak pecah.. mendaki Gunung lambak..again!

Antara tempoh seminggu sebelum mendaki minggu ini, kerjanya asyik makan..makan dan makan. No jogging pulak tu. Mendapat lah...pancit bila mendaki semalam. 

           Sebenarnya dalam tempoh setengah jam kita melakukan aktiviti cardio terutama berlari atau mendaki, ini adalah tempoh di mana jantung akan berdegup kencang untuk mengepam darah dengan laju bagi membekalkan oksigen ke paru-paru dan tenaga ke seluruh otot. Oleh itu kita juga akan tercungap-cungap sebab cuba mengambil oksigen semaksimum yang boleh( kalau tak silap, istilah dia, reaching max. volume for O2.Apabila kadar oksigen yang sesuai dengan aktiviti telah dicapai, selepas ni biasanya kita akan rasa jantung mulai stabil dan dah boleh bernafas macam biasa. Dalam setengah jam pertama mendaki, mungkin juga kerana pagi semalam sy mendaki terlalu pantas ( konon nak break rekod last week iaitu 1 jam 44 minit turun dan naik), memang jantung bukan berdegup pantas je, malah rasa nak temelompat keluar dari dada. 

         Perjalanan mendaki Gunung Lambak yang berketinggian 510 m, sebenarnya mempunyai jarak pendakian lebih kurang 1.6km jika dikira dari kaki gunung. Pada baki 400 m yang dirasakan seperti 4 kilometer, saya dah tak tahan, sy campak backpack ke tanah dan bersandar di sebatang pokok besar di jalur pendakian.Nafas ditarik dengan perlahan dan dalam, sambil menunggu degupan jantung kembali normal. Seorang pakcik berbangsa Cina berumur 50an menegur saya ( kami memang biasa bertembung), bertanyakan khabar sy, adakah sy ok. Sy membalas, "sy cuma perlukan rehat sekejap, kalau sy rasa tak ok..memang sy nak patah balik.."...Beliau menyuruh sy berjalan perlahan-lahan, tak perlu laju sangat nanti cepat penat.Selepas pakcik tu berlalu, sy duduk pulak atas tanah sebab rasa lenguh kaki.Fuh..there goes my record breaking (konon). Lima minit kemudian bila rasa sedikit ok, sy teruskan ke puncak, perlahan - lahan macam nenek kebayan hilang tongkat.Akhirnya sampai ke puncak... lega. Dan dapat tenaga baru untuk turun (dah sampai atas takkan nak stay ye tak..kenalah turun pulak kannnn). Sebenarnya sy memang dah nak turun sebaik mencecah puncak, ada pulak pendaki lain ajak bersembang...adeh..rugi 5-6 minit di situ...dalam perjalanan turun terserempak dengan sepasukan tentera yang sedang melakukan eksesais mendaki. Fuh lagi dahsyat, kasut but askar diorg dah la berat, dengan baju celoreng yang tebal dan panas lagi tu. Berborak lagi dengan senior officer mereka semasa berselisih ( dan  masa tik tok tik tok berjalan!).

Akhirnya saya sampai ke kaki gunung , dalam tempoh 1 jam 38 minit, naik dan turun. Self record breaking ke tu? Bagi saya tak..sebab semalam sy ada ambil jalan shortcut so jarak perjalanan lebih singkat. Haha..konon- konon competitive dengan diri sendiri lah ye. Tetapi, jika minta dibanding Gunung Datuk(885m), Gunung Angsi(825m), dengan Gunung Lambak....kedua - dua gunung ini lebih landai dan santai jalan pendakian berbanding jalan Gunung Lambak yang hampir 80% mencanak naik. Gunung Ledang pun boleh dikatakan cuma 30% perjalanannya yang mencabar di Killer Fitness Centre(KFC) nya, jalan lain, lebih landai, cuma jauh.Err..faham tak?

Cuba lagi minggu depan! 

Catatan heroin Gunung Lambak ^_^ hahahahaha

Kek pisang oleh anak-anakku :)

Yeay berjaya memenuhi hasrat anak-anak nak main "masak-masak" selama 2 hari berturut-turut. Kali ni bake kek pisang lembap pulak. Semuanya mengikut resepi di blog Azie' s Kitchen, except gula tu sy kurangkan sedikit. Tapi loyang empat segi tepat takde...so pakai jelah loyang apa yang ada.


Kek Pisang

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 







Kek nya tak cukup tinggi sebab loyang besar sgt heheehe
Hari ni, Aisy minta potong2 untuk bawa ke tadika nya :)

Thursday, 17 November 2016

Biskut Chocolate Chips

Dah lama plan nak bake cookies dengan anak-anak tapi asyik tertunggak... nah..pagi2 semangat bangun awal sebab mereka nak bua(read kacau) buat cookies..

Resepi sy ambil dari blog Azie's Kitchen. Gula castor sy ganti dengan madu brand CED organic. Yang lain-lain ikut resepi except terlebih butter lah pulak ehehehe...jadi cookiesnya jadi soft cookies pulak..tapi masih boleh dimakan.Rupa memang off bila ada tangan2 kecil yang membentuk doh hihi.

Belum mandi, dah buat cookies..tapi better buat sebelum mandi..dah comot2 boleh mandi lepas tu!


Herot biskutnye..hehehe
Practice makes perfect..ok ade lah rupa bulat cookies tu
Telur yang terkorban semasa percubaan Aisy memecahkan telur huhuhuhuhu

Sunday, 13 November 2016

Tak pernah jemu..mendaki Gunung Lambak :)


Seriously tak pernah bosan memanjat Gunung Lambak.... sentiasa menunggu hujung minggu..tapi sekarang musim hujan...kena hati-hati sebab licin. Hiking pertamaku setelah sebulan berehat hiking dek vertigo.

Kadang-kadang ada rezeki jumpa la si comel ni...


Tapi kalau jumpe mak dia tamau lah!hahahaha...

Unity Run ( Virtual) 6.4 km anjuran UTHM

Akhirnya dah terima medal virtual ke 12 setelah event sebenar berlangsung di UTHM Batu Pahat pada 6 November 2016 :) . Tshirt pun dapat, microdry jenama Ultron...




Saturday, 12 November 2016

Dia muncul lagi!!! FREE SEATS AIR ASIA PROMOTION , NOVEMBER 2016

Untuk ahli BIG Air Asia dah boleh access mulai tgh malam ni.Akses keutamaan ahli BIG ( 13.11.2016- 12am), manakala untuk public/nonmember, boleh access mulai 14.11.2016,12am.

Jom! Belek2 je...domestic or international, up to you!






Saturday, 5 November 2016

Running, after vertigo

Just to share larian saya lebih kurang sebulan selepas vertigo attack,pagi semalam...vertigo masih ada tapi frequency dah berkurang(dari setiap hari ke selang 3-4hari)..jadi sekarang masa utk test pace :), dan improve stamina sebelum mula kembali ke minat utama sy, hiking .

My personal best time and pace so far...a challenge to myself.




Yang di bawah ini pace dan masa yang diambil seminggu sebelum larian di atas. Basically banyak berjalan sebab bila berlari beria sikit, rasa nak muntah. hehehe...

Thursday, 3 November 2016

FELDA Residence, Tanjung Leman, Johor

Kali ini dapat menginap di hotel ini,. Dah selalu dengar nama hotel ni tapi tak berkesempatan untuk pergi. Saya bagi 3 bintang untuk hotel ini.

Dari segi billik, selesa dan bersih. Tidak lah terlalu baru tetapi tidak lah uzur. Cuma masa kami sampai lambat sikti dpt tuala sebab full house, masa kami sampai, pihak hotel baru lepas kemas bilik.

Superior room

Bilik suite ada living room

Dari segi makanan, I have eaten better food, tapi masakan hotel ni boleh tahan sedap..cuma kurang variety terutama buah-buahan dan dessert. Saya suka lauk ayam masak kicap, ayam masak black pepper, ikan keli masak lemak,fish fillet dan tauhu telur yang disediakan semasa beberapa hari di sini.


Rate bilik standard superior adalah RM180/nett tapi sebagai peserta kursus kami dapat rate RM160/nett. Rate bilik Deluxe RM210, bilik Suite RM400 dan bilik terbesar mereka ada adalah Executive suite berharga RM500++. Ada kawan kata, kalau nak murah sikit, book lah melalui Agoda.

Kepada mereka yang inginkan kedamaian pantai yang bersih dan tenang, sesuai duduk di sini, cuma waktu petang hiruk pikuk sikit sebab kanak-kanak mandi di kolam. Kalau tak nak bising, pilih bilik yang jauh dari kolam. Ada juga pilihan bilik yang menghadap laut.

Tentang makan minum di luar, saya tak pasti tetapi ada gerai-gerai dan kedai mkanan laut di tepi pantai.Mungkin sedikit mahal, jika nak jaga budget m,ungkin boleh ke KFC di jeti, kira-kira 1.8km dari hotel ni.

Apapun, saya sgt suka hotel ni sebab sy puas berjogging dan berjalan tepi pantai sepanjang di sini!

Largest swimming pool berbanding dengan hotel-hotel lain sy kunjungi sebelum ini.

Kanak-kanak mesti suka!


Kredit gambar: Booking.com

Wednesday, 2 November 2016

Let's stroll along the beach.....

Edisi walk-walk-jog tepi pantai...mulalah terngiang2 bait lagu "pasir putih tepi pantai..ombak lari berkejaran..." hahaha

Sebenarnya berada di Tanjung Leman ni atas urusan kerja..waktu petang dan pagi bila ada kesempatan, jalan-jalan sikit..kemudian last day berjogging tepi pantai.....



Kami menginap di hotel Felda Residence Tanjung Leman(review hotel, kemudian ya..). Tentang pantai..boleh dikatakan agak bersih, terjaga (sebelah hotel ada resort Tunjuk Laut) dan tak ramai orang sebab walaupun musim perayaan deepavali, ramai pengunjung memilih untuk bersantai di kolam renang berbanding ke pantai.

31 Oktober: jalan-jalan ambil angin dahulu...survey jalan untuk jogging.



1 Nov, berjalan-jalan anak di tepi pantai..berpeluh jugalah...pace slower sebab jalan sambil kutip kulit siput hihi..

Last day 2 Nov,selepas subuh dan  sebelum sarapan, finally running along the beach dengan pace 8.
Agak susah nak kekalkan pace 8 sepanjang larian ni sebab kaki saya masih sakit dari aktiviti sebelum ini. Mula-mula plan nak jog 5km..tapi tengok masa tak mengizinkan, tambahan ada lagi sambungan kerja selepas itu, maka...cukuplah buat kali ini ya...Kenapa saya sibuk sangat jaga pace?tak jaga pace pun, cuma nak tahu kebolehan diri sendiri setelah beberapa bulan menjadikan jogging sebagai aktiviti rutin :).Sayugia diingat saya bukan seorang marathoner, sy cuma seorang fun & virtual runner :) .