Tuesday 28 February 2017

Tune Hotel Waterfront, Kuching

Imej dari Agoda
Saya menginap di sini sekembalinya dari pendakian Gunung Santubong pada 24 Feb 2017. Booking melalui Agoda.com untuk 1 malam sahaja. Jumlah RM94.00 including free wifi dan sarapan(normally wifi kena tambah RM12.00 - alahai hahahahahaha bg free jelah..) tapi, ini kan syarikat Air Asia..so..add on itu mesti ada!Bila saya tanya di kaunter, normally kalau walk in mereka boleh cas RM119 - 139 bergantung kepada peak days atau tidak.(peaks days : holidays/school holidays). Jarak dari Airport ke sini adalah 7km lebih.

Apa yang menariknya, hotel ini telah 2 kali memenangi anugrah Hotel 3 bintang terbaik Tripadvisor iaitu pada tahun 2013 & 2015. Hiasan dalaman juga cantik, kontemporari dan ada style! Di dinding2 ada lukisan potrait kucing ( Kuching kan)...kemudian ada model -model kapal terbang di rak hiasan. Masa check in, staf di front desk agak kedekut dengan senyuman, tetapi menjawab semua soalan saya dengan baik. Semasa check out, staf lain yang attend, manis muka dia dengan senyuman. Kriteria sebegini boleh menjadi nilai tambah bagi sesebuah hotel walaupun bukan hotel 4 @5 bintang.

Dari segi bilik, selesa untuk menginap tempoh yang sekejap.Kedudukan Tune Hotel yangs angat lah dekat dengan Waterfront juga menjadi tarikan untuk saya pilih menginap di sini. Memang beberapa langkah sahaja ke jeti untuk ke seberang sungai sana .




Toiletteries dalam woven beg yang comel.


Sunday 26 February 2017

Mendaki Gunung Santubong via Taman Negara Santubong Trail

Idea ni muncul dari tahun lepas lagi, sejak pergi seminar di Kuching Ogos tahun lepas, saya dan suami dah set eyes kat Gunung Santubong dan  simpan  tersemat di qolbu gitu,satu hari kami berdua mesti sampai puncak gunung ini. Kiranya macam, bila dah set eyes pada satu-satu gunung, akan usaha untuk menjejaki puncaknya! Dalam kesibukan urusan harian, bila ada promosi tiket kapal terbang mesti recce dulu kan..akhirnya pada Disember lepas, berjaya juga booking tiket yang dirasakan harganya agak reasonable berbanding harga  bulan -bulan lain . Tarikhnya adalah depart pada 23 Februari dan return pada 25 Februari 2017.


Last year pic: Other angle of Santubong, nampak tak bentuk terbelah tu? katanya tu kepala puteri Santubong retak dialun aluk belida Puteri Sejinjang...
View pada pagi 24/2/2017,berkabus.

Itinerary dalam kepala je, takde la buat catitan pun. Lebih kurang begini ya, asalnya group kami 4 orang tapi akhirnya yang confirm jadi, 3 orang sahaja. Jadi tinggal lah bertiga sahaja. Jadi, line up cuma 3 orang, saya, suami dan kawan suami iaitu Cikgu Nik.Itinerary nya:

23/2/2017 :
-flight Air Asia JHB-KCH jam 8.00 malam , tiba di airport 9.30 malam(RM168.00-return ,no luggage)
-ambil kereta sewa ( pick up di airport jam 10 malam),sewa kereta plus cas hantar ke airport RM110 + RM30.00,
-check in dan tidur di One Point RH Plaza Hotel 1 malam ( RM60).Tidur di area aiport sebab lebih dekat nak ke Taman Negara Santubong( 30km +)

24/2/2017:
-bertolak selepas subuh ke Taman Negara Santubong,
-akan menghabiskan masa hingga petang di Gunung Santubong
-petang akan  check in ke Tune Hotel Waterfront,Kuching ( RM94.00) ,35km dari Santubong
-Petang/malam: plan shopping/makan malam di Kuching Water front

25/2/2017:
-pagi plan nak jogging di waterfront, sarapan, rehat, check outjam 11 pagi, ronda-ronda dan makan tengahari, mesti ada di airport at least sebelum 4.30 petang , flight  KCH-JHB jam 6.30 petang.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut itinerary cuma jogging di Waterfront tu jadi singkat sebab hujan..dapatlah jogging 1 km lebih je....yang penting misi utama iaitu menjejak puncak Santubong tercapai, iaitu satu pengalaman baru bagi kami, dengan trail yang berbeza dari gunung-gunung lain yang pernah didaki...

So, sharingnya begini....

Hari kedua tu, selepas subuh, terus bertolak ke Taman Negara Santubong, kami set waze Kampung Budaya Sarawak. Asalnya ada seorang lagi sahabat yang memang asal dari Kuching nak ikut, namun tak jadi sebab ayahnyatak sihat dan beliau menjaga ayahnya, mcm tak sesuai lah kalau dia ikut.Terlepas simpang Taman Negara 2 kali sebab agak tersorok, lalu bertanyakan orang kampung direction yang betul..rupanya kat sebelah stesen janakuasa SESCO, tapi orang kampung duk sebut JKR..JKR..mana lah nak jumpa hahahahaha

Bergambar dulu.... sebelum mula mendaki.




8.15 kami mula hiking...Permulaan trek..seems normal

Dibantu dengan beberapa laluan papan/kayu...
Menyusur tepi sungai dan melintas anak sungai..sebijik macam di Gunung Nuang
Licin..hati-hati, rugi kalau jatuh tergelincir awal2..nanti sakit kaki nak meneruskan perjalanan..


Waterfall yang cantik...
Ada pondok lagi..menurut renjer, weekend biasanya anak-anak kampung datang trekking dan mandi di sini.Sebelum sampai sini ada batuan curam dan bertali..90 darjah!
10.00 pagi,sampai di persimpangan Bukit Puteri (F7), laluan diberitakan semakin sukar selepas checkpoint ini

Cuaca berkabus sebab malam tadi hujan....

Reminder, cut off time adalah 3.00 petang. Kalau lewat nanti gelap , susah nak cari jalan pulang...

Jeng jeng jeng trek mula mencanak
Mencanak tapi cantik..nyaman gitu
Salam perkenalan kata encik tangga
Ada anak tangga yang patah..warden hutan dah bagitahu, sat gi dia nak gi repair..hati2..pesannya..tangga ni licin lepas hujan..
Kekuatan tangan adalah diperlukan, jangan lupa pakai glove, kalau tak memang berbirat la tapak tangan...kepakaran bergymnastik adalah satu kelebihan sebab jarak anak tangga dia lebih sekangkang manusia hahahahahaha

Boleh lah senyum lepas berjaya turun naik tangga..hahaha bila naik and tangga goyang, siap peluk tangga erat2 huwaaaaa
Nah..belanja view tangga lagi...ada 9 jenis tangga macam ni, beza nya tinggi rendah..yang di F11 ni paling tinggi...
Tiba di puncak jam 11.50 pagi.... dilitupi kabus. Dalam jam 12.30 baru kabus menghilang...ikutkan kami dah nak turun, tapi sebab view cantik sangat, kami stay sampai jam 1 tengahari...




View sebelah kiri puncak....masih ada kabus...
Otw turun, masa turun baru nampak view laut...


Selepas je kami menuruni F11, terserempak geng warden hutan nak naik repair tangga.... yang baju biru di atas tu yang kami jumpa pagi tadi..umur beliau 56 tahun ya.
2.45pm sampai di persimpangan Bukit Puteri/F7, , kami decide mencuba laluan lebih dekat iaitu pintu Bukit Puteri....
Lebih landai...1 km sahaja dari F7 ke jalan raya,tiada view waterfall dah di sini,pokok-pokok hutan sahaja.Saya perasan juga, banyak rama-rama cantik di sini tapi hp tak berapa power nak zoom. Kalau bawa DSLR telezoom/macro lens lebih sesuai.

3.15 petang, keluar dari hutan..reach down!
1.5km lagi dari parking di pintu Taman Negara, jom jalan!Sunyi sebab hari kerja, menurut warden hutan, kalau weekend dua-dua pintu ni ramai orang.
Ringkasan hiking kami

8.05 pagi: tiba di pintu Taman Negara Santubong,daftar nama
8.15 pagi: mula hiking
10.00 pagi: tiba di persimpangan Bukit Puteri aka checkpoint F7(2.5km)
11.50 pagi: tiba di puncak Santubong 810.2 mtrs asl(1.3km)
1.00 tghari: mula turun
2.45ptg: tiba di F7 semula(1.3km)
3.15 ptg: tiba di kaki gunung pintu Bukit Puteri ( 1km)
3.30 ptg:tiba di parking

Kemudian, selepas sedikit pengurusan diri(mandi, tukar baju), kami bertolak ke bandar Kuching yang terletak 35km dari Santubong,check in hotel, makan ,shopping kek lapis(hahahaha) dan rehat...

Flight balik adalah pada jam 6.30 ptg keesokan harinya(25/2/2017).

Di bawah adalah peta yang diberi sebagai panduan, boleh minta di pintu Taman Negara. Kalau ada rezeki lagi, kami akan cuba hike dari pintu Bukit Puteri( park di pintu Taman Negara dan berjalan kaki ke Bukit Puteri..echeh..tetiba plan nak datang lagi ya..hahahaha)

Laluan kami adalah yang bertanda merah(naik) dan turun melalui Bukit Puteri Trail.

Pesanan:

1.Bawa air sekurang-kurangnya 3 botol mineral kecil. Kami underestimated bab air minum , bawa 2 botol seorang. Sudahnya saya pulak yang kerap minum air sebab badan rasa dehydrated, cilok air suami dan kawan dia hahahaha... diorg tak minum banyak air. Turun bawah kami gelak2 pasal air ni..padan muka..konon sebab kat Kinabalu 2 botol kecil pun tak habis, sekali kat Santubong tak cukup air pulak. Warden hutan pun pesan benda sama, pastikan air minum cukup, sebab banyak kes cramp atau lambat turun jadi masalah sebab bila air minum tak cukup, pendaki boleh dehydrated dalam hutan dan perlu bantuan untuk turun....

2.Untuk jarak lebih dekat dan tempoh pendakian lebih singkat, dicadangkan guna trail Bukit Puteri tapi park dekat Taman Negara sebab lebih secure.

3.TOLONG LAH BE A RESPONSIBLE HIKER- BAWA TURUN SAMPAH ANDA! Geram tau tengok banyak sampah dan botol-botol di puncak..nak tolong kutip memang tak mampu sebab fikir nak bawak diri menuruni tangga lagi..haih..sedih betul bab ni!

Saturday 25 February 2017

Legenda Puteri Santubong

Mesti pernah dengar legenda Puteri Santubong kan?Dan Puteri Sejinjang... kalau dah puteri mesti lah dibayangkan cantik dan jelita... mcm imej di bawah..

Gambar dari blog Kingdom of Sarawak


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.

Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.

Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi. Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.

Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung serta kecantikan dan kejelitaan kedua-dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.

Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.

Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera Serapi.

Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-dua puteri ke kayangan.

Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.
Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran.

Versi legenda ini lebih diterima sehingga memberikan ilham kepada Tuan Haji Madeli Johari, bekas pengarah RTM Sarawak untuk mencipta lagu Puteri Santubong seperti di bawah. Buat mereka yang rajin menghayatinya, dilampirkan juga versi Bahasa Melayu Baku.

Jom kita baca kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dalam lirik lagu pula...

VERSI ASAL Puteri Santubong 

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

VERSI TERJEMAHANPuteri Santubong 

Oh…
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,

Kisah lama, zaman dulu kala.Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Cantik, tak ada yang dapat lawan,
Anak Dewa-dewa turun kayangan.Oh…
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh…
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.Satu hari mereka dua bergaduh,
Mengata-ngata tak henti-henti,
Seorang cakap dirinya bagus lagi,
Seorang tak kalah walau sampai ke mati.Sudah jemu mereka dua bergaduh,
Lalu saling memukul mereka dua puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Mencalarkan Santubong sampai hari ini.Tapi Santubong membalas juga,
Lalu dibaling batang belidak,
Sampai terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabur jadi Pulau Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Sekarang mereka jadi kenangan,
Untuk diingati sepanjang zaman.

Sumber: Legenda Puteri Santubong

Tuesday 21 February 2017

Kereta Sewa PERCUMA di Australia, New Zealand , US & Canada ( wow betul ke ni?)

Image dari Cheap Car Rental
Yep...it is dream come true bagi mereka yang ingin kan travel dengan less budget! Jom baca!

Sumber: The Ruka

Oh, biasanya mesti ramai yang skeptikal bila digabungkan dua perkara ini: kereta dan percuma. Haha! Jangan risau, mulanya kami pun tidak percaya apabila carian yang dibuat di internet memaparkan perkara ini.
Mulanya niat nak tahu cara untuk dapatkan kereta sewa dengan harga yang rendah sahaja, tiba-tiba dapat rezeki lebih, bukan murah tapi percuma. Serius, percuma!

Benda ni masih tidak dijalankan secara meluas dan cuma terdapat di beberapa buah negara. Hasil carian kami mendapati, buat masa ini perkhidmatan ini cuma terdapat di Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada.

Perkhidmatan apa?
Transfercar.


Haaa, kalau anda pernah mendapatkan khidmat sewa kereta di luar negara mesti pernah dengar syarikat-syarikat seperti Hertz, Ace Rental Cars, Apollo dan Ezi Car Rental. Syarikat-syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk kita mula dan habis di tempat yang berbeza.

Contohnya, kita boleh mula menyewa di Sydney, Australia dan pulangkan kereta tersebut di Melbourne, Australia.

Jadi, untuk menyusun semula perkhidmatan mereka, setiap kereta perlu dihantar kembali ke tempat asal mereka. Tentu sekali syarikat-syarikat ini boleh sahaja menyewa trak untuk menghantar kereta-kereta tersebut. Tetapi, kalau mereka ada cara yang murah dan mudah, kenapa mereka perlu pening kepala. Kan?


Untuk itu, khidmat mereka-mereka yang ingin menggunakan kereta atau campervan diperlukan. Kiranya mereka dapat gunakan khidmat penghantaran anda dengan percuma, dan anda pula dapat menggunakan kereta mereka percuma. Situasi menang-menang lah kiranya.
Huish, mantap betul orang yang boleh terfikir konsep ini.

Bagaimana nak dapatkan kereta sewa percuma ini?

Layari laman web berikut:

TransferCar Australia
TransferCar New Zealand
TransferCar Amerika Syarikat & Kanada

Setiap perjanjian tersebut diberikan dengan destinasi serta tarikh untuk anda sampai ke destinasi tersebut.Contoh nya


 Kita ambil satu lagi contoh:


Maksudnya, anda ada masa 5 hari untuk bawa kereta ini dari Cairns ke Brisbane.

Macam mana kalau nak tambah hari? Manalah tahu anda hendak berhenti di lebih banyak tempat sebelum tiba di Brisbane kan?

Jangan risau. Anda boleh sahaja tambah berapa hari yang anda suka dengan sedikit bayaran tambahan. Contohnya,




Haa, mudah kan.

Menurut bacaan daripada mereka-mereka yang pernah menggunakan khidmat TransferCar ini, proses untuk mendapatkannya sangat mudah dan tidak beza jauh dengan proses menyewa kereta biasa.

Anda pernah menggunakan khidmat TransferCar ini? Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Jika anda ada sebarang perkongsian berkaitan travel, boleh hantarkan kepada kami dengan PM kami di Facebook: The Ruka atau hantarkan emel ke hai[at]theruka.com.

Komen Dr. Cat: Menarik bukan? just wow...tak sangka wujud benda macam ni .. :)...  meh simpan untuk rujukan akan datang...mane lah tahu..hehehehe

Sunday 19 February 2017

I need a holiday!

Cuci cuci mata.....

Lambatnya weekend! Sejak dua menjak ni group hiking asyik sebut-sebut Bohey Dulang..tapi cuti kena jimat juga sebab kena fikir untuk : cuti sekolah nak bawa anak-anak balik kampung/jalan-jalan.

Moh ler kita cuci cuci mata...

Pilihan terdekat kepulauan Mersing ..hahahaha ..last year almost nak pergi Pulau Harimau di Mersing..tapi sebab cancel sebab jerebu.Kenapa almost? sebab dah bayar booking! Mujur agen pulang balik..sebab agen yang ckp jerebu view tak cantik...dan..memang tak ada rezeki sebab selepas itu ada insiden rumah api rosak lampu di Pulau Harimau, dengar2 kerana wayar dipijak oleh tourist pulau secara tak sengaja.....jadi terus dilarang pergi ke Pulau Harimau tu dah..sebab bahaya lah kalau lampu rumah api padam..kapal tak nampak darat nanti..boleh accident. Tak sure notis larangan tu adakah sementara atau sementara sahaja...

Bohey Dulang

Saya ni tak la minat sangat nak ke pantai..tapi sebab kawan-kawan kata ada bukit di Bohey Dulang yang boleh dipanjat..terus rasa..waahh bestnyaaa

Bohey Dulang juga
Pulau Harimau..cantik dan bersih kan?

Kalau kita berpeluang eprgi, jangan lah tinggalkan sampah...sayang..kat sini takde orang nak kutip sampah sebab dia adalah pulau tak berpenghuni (unhabited)

Ada tangga di Pulau Harimau untuk naik ke bukit

View bukit di Pulau Harimau..aumm..gambar dari tourism  Johor

Gua di Pulau Harimau
Gambar dari blog ni..pinjam ya...