Friday, 2 October 2020

Larian Mencari Nur 2 ( 11-13 September 2020)

Larian Mencari Nur ni asalnya event tak rasmi Pacat Crews ( organizer runs/ultramarathon). Since semasa PKPB/PKPP tiada event larian, maka inisiatif mereka terutama Bro Arman dan isterinya Sisi Suzie amat dihargai. Ada sesi pendaftaran, scan mysejahtera dan pelari diwajibkan mengamalkan social distancing serta memakai mask bila tidak berlari atau berhampiran ramai orang.Saya tak pergi Larian Mencari Nur yang pertama tapi berpeluang menyertai Larian Mencari Nur 2. Peluang ini juga saya ambil untuk bawa anak-anak jalan-jalan.Terima kasih hubby tersayang yang sudi bawa saya ke sini .Kami menginap di Hotel Dorsett Putrajaya, memang dekat dgn lokasi pendaftaran Larian Nur ni.  

 
Permulaan larian ...almost tak berlari sbb kilat memancar dari maghrib..pakej gerimis...tapi show up juga kat mekdi...just in case tak boleh lari...kita gathering pun ok...alhamdulillah..rezeki oleh Nya,cuaca semakin cerah utk berlari mlm tu.

Poster Larian Mencari Nur 1



Poster Larian Mencari Nur 2



info Larian Mencari Nur 2
Its free.
Pot luck.
LSD format.
35 hours for the full time.
No medal, no fin tee.
No CP COT.
Mandatory:
- Mask is a must in crowded place.
- Penjarakkan fizikal is a must.
- Register yourself once you reach.
- No run in the group.
- Start and finish at McD Putrajaya.
- If you have contact or just comeback from overseas, haram untuk anda hadir.
- Kita akan halau balik kalau xikut mandatory SOP.
Option:
- You can come anytime to run in between 35 hours.
- You can start any time and finish any time. This is not a game anyway.
- You can use other route kalau boring route core island.
- You decide what you want.
Digalakkan:
- Bawak makan pakai sendiri.
- Share makanan (pastikan sedap)
- Kalau nak sumbang cash boleh PM tepi. Kita akan salurkan ke makanan.
Makan/Minum:
- Free flow sky juice
- Limited 100 +
- Limiter Coke
- Free flow jajan
- Free flow Tembikai
- Kek Lapis Sarawak from Dapur Amie sponsor by Selangor Marathon RD
- 2 Sarapan
.Nasi Lemak kunin by M Shahril Ayien.
.Nasi Lemak Pak Abu pagi Ahad
- 1 lunch
.Nasi Kandar oleh Pak Cik A (yang buat 35 jam sahaja)
- 1 diner
. Pizza oleh Pak Cik K (yang buat 35 jam sahaja)
Anugerah khas:
Larian paling jauh
Wajah paling menginsafkan
Pakaian paling outstanding
Makanan paling sedap (among sponsors)
Pelari paling cool.
Terima Kasih kepada pihak yang menaja.
Nota:
Yang berniat menaja boleh PM tepi.
Picture credit to
Mohd Hanif

 


Gambar diambil sebelum berlari...asalnya utk team Marathonbaker seramai ni..tapi ramai beransur balik selepas siap lari 21km (yang siap awal balik dulu)


Dari kiri: Kam, Kak Zie, saya, Kak Yong & Jad
Akhirnya tinggal mereka berempat lepas saya balik ke hotel jam 2.30 pagi ..sebab mereka lari sehingga 50km! 10 malam start lari, jam 8-9 pagi siap!Tahniah sahabat2!Rata Putrajaya korang kerjakan yaaa


Ramai yang datang esoknya, ada yang lari sehingga 100-124km! Bagi runners, bukan satu kejutan kalau dah minat berlari dna mencabar diri...lepas geram takde event nih..hihi
Demi minat yang sama... Gigih berlari mengelilingi Putrajaya di malam hari santak ke dinihari.Yang mana buat lebih 50km tu..dari malam ke pagi ke malam ke pagi..hebat! 🤭😚😅.#kluangtoputrajaya #mb25squad #mb25rmc

Thursday, 1 October 2020

District 21: IOI Mall Putrajaya

Awal September, saya join Larian Mencari Nur 2. Rujuk post ini.

Kemudian, balik dari larian, esoknya kami checkout..masa untuk beli jiwa anak-anak pula...setelah berbincang dengan suami, kami akhirnya ke District 21 di IOI Mall Putrajaya. Untuk masuk ke sini, pengunjung diwajibkan memakai sport shoes ya, untuk keselamatan. Selipar, sandal tak dibenarkan. Harga masuk RM65 sebenarnya seorang(hari bekerja) dan RM80 bagi weekend. MAsa kami pergi tengah ad apromo Maybank debit card iaitu RM129/2 pax. Kami grab ynag ini.Ada banyak game lasak di sini. Trampoline, Ninja Warrior(untuk 125cm ke atas), Dark Cave dan lain-lain.

 

Briefing sebelum aktiviti memanjat

Wall climbing 

Abah diorg pun tertarik nak try...


Spiderweb climb


Tak ingat nama challenge ni...tapi tak senang jugak nak gerakkan tali atas tu


Anak-anak mama yang berani!
Emm...nak try gak


Ladder climb

 


Thursday, 10 September 2020

Kayuhan Grand Fondo lagi...JB(Anjung)-Tanjung Piai-JB:117km

 Yess...misi diteruskan..hahah syiok pulak ber grand fondo ni baru lah puas berbasikal..misi kali ini disertai oleh kenalan baru, kawan kepada adik ipo(Ijad) iaitu Harif. As usual, i am the rose among the thorns hehehehe 


Kayuhan bermula di Anjung, bergerak menuju ke Pekan Nenas,kami berhenti di warung masjid Pekan Nenas(sebenarnya tu warung makcik husband :)). Kemudian semasa sarapan, hujan renyai renyai mulai turun...ok lah kami smabung borak2 jap..then..eh..hujan ni renyai tapi tak berhenti..kemudian kami decide berkayuh la jugak..hujan pun hujan la.....

 

CP pertama: sarapan duluuuu
Nothing will never go wrong with nasi lemak!


Kayuhan diteruskan, yang seronok, walaupun dari JB ke Pekan Nenas banyak trafik light, tapi perjalanan selepas pekan nenas memang lurussss je smapai ke Tg.Piai. Utk saya yang baru lagi memakai cleatshoes, memang kena hati-hati di area  traffic light atau simpang. Lambat uncleat...nanti dapat la jatuh tak pernah cerdik akak jatuh bodo.

Alhamdulillah...Sampai...lencun semua!



Berhenti di kedai Kopi Tenggek..ngopi....



Selesai ngopi..kami sempat tumpang peloton riders dari JB...dalam 10km camtu sebelum berpisah ke jalan masing-masing...


Ada dalam 20 orang masa ni..tumpang curi angin jap..hihi

Basikal Ijad kebocoran...otw balik..di area Penerok,lagi 40km baki kayuhan....Asam garam dunia basikal

Peta Strava :)..where to next trip?




Tuesday, 8 September 2020

Grand fondo Birthday Ride 31/08/2020

 Maksud Grand Fondo adalah kayuhan basikal sejauh 100kilometer. Jadi sempena Hari Merdeka, selain dari tarikh tu adalah birthday saya, saya dan suami mengajak sahabat kami iaitu Cgu Zulhelmi dan Cgu Linda untuk berkayuh dari Bandar Tenggara-Kota Tinggi - Bandar Tenggara.


Flat lay dulu...hehehe eksen je powergel tu..tak guna pun

Berhenti rehat jap depan felda Linggiu


Layan puri kat Kota Tinggi



The girls!

Ambik gambar kat icon Kota Tinggi..menara jam



Acah-acah tourist..... hahaha

Jom balik...
Ringkasan strava



Monday, 10 August 2020

Riadah bersama sahabat ;)

 Dalam minggu ni saya kena selesaikan mileage virtual ride saya jadi saya bawa MTB ke pejabat. Then saya cycling lepas jam 5petang :P. 


9 Ogos, berdua je dengan Gee


Kemudian esoknya 10 Ogos, bertambah meriah sebab ada yang join jogging....



Rindunya nak ride jauh-jauh sikit...mampu ini sahajalah dek sebab kebizian kerja, curi-curi masa petang sebelum fetch anak balik sekolah agama, kita ride duluan....

Wednesday, 5 August 2020

Evening walk with friends

Kadang kadang, kita tengok tempat kita tu biasa je....kita tak rasa tempat kita tu cantik...sehinggalah masa sy post ke grup whatsapp kawan-kawan lain, dia cakap cantiknya..tenang je tengok...(hihihi sebenarnya kalau time kerja, banyak rasa serabut) tapi since kawan komen macam tu..kita hargai kecantikan yang ada depan mata....sebab kawan sy tu cakap..dia kat KL ni, banyak tengok bagunan je..kurang nampak pokok-pokok dan ternakan...:) tak sangka kawan sy cemburu tengok area kami beriadah petang-petang  ni...