Saturday 25 August 2018

Rinduku bertamu di Prau : Pendakian Gunung Prau via Patak Banteng 2565 mdpl


Pemandangan Gunung Prau dalam perjalanan ke Dieng
Saya, suami dan rakan-rakan baru je balik dari Indonesia last week. Kami pergi hiking. Tempoh perjalanan 17 - 20 Ogos , 4 hari 3 malam.Eh macam karangan anak saya yang darjah 3 pulak..belasah je lah hahahaha.... Itinerary nya seperti di bawah

17/8 : flight KUL- JOG ( Yogyakarta)
18/8 : Mendaki Gunung Prau
19/8 :Mendaki Gunung Merbabu
20/8: pagi hingga tengahari shopping di Jogja, flight JOG-KUL petang.

17 Ogos
Flight  dari KUL ke JOG bertolak jam 9.35 pagi. Line up kali ni, saya, suami, Rofi , Kak Dyna dan Jamil(kawan sekolah saya). Saya,suami dan Rofi kongsi kereta dari Kluang ke KL ( park di rumah kawan sebelum ambil teksi ke KLIA2). Kak Dyna ambil flight JB-KL manakala Jamil pula memang duduk di Putrajaya. Kami tiba di Bandara Adisucipto jam 11.35 pagi, dijemput oleh guide kami, Rasya namanya ( same guide semasa saya ke Gunung Papandayan last year). Terus Rasya bawa kami lunch dan menuju ke Dieng. Gunung Prau terletak di DiengWonosobo, kira- kira 4 jam dari Jogja. Kebas punggung dalam kereta hahaha mcm tak biasa...sampai di Dieng jam 6 petang, letak barang2 di homestay , mandi lebih kurang ( ada heater)kemudian jam 7 kami dinner di warung di basecamp Prau (jalur Patak Banteng). Sejuk gila kat Dieng ni lebih sejuk dari Cameron Highland. Menurut Rasya, bulan lepas di puncak Prau ada ais lagi haaa...kesejukan di Prau boleh mencecah -3 darjah celcius kalau time sejuk extreme. Bulan ogos ni bulan panas, sejuk juga,rasanya petang tu saya tgk suhu dah 10darjah celcius...jam 8 lebih kami balik ke homestay - jalan kaki je pun...dalam 400m..kemudian unpacking serta kemas2 barang2 yang nak di bawa naik gunung ke dalam daypack bag.

Layan teh o panas lepas dinner...syiok!Sejuk2 kan..pegang teh o panas...fuhh..lega

Group pic satu!Dari kiri,Kak Dyna, saya, suami, Rofi dan Jamil


18 Ogos
Saya bangun jam 1 pagi tengok semua orang dah siap..hahahaha adoi terlambat ke apa ni..memang bangun cuci muka, gosok gigi,,sarapan roti sikit sebab saya kena makan ubat ponstan ( baru lepas cabut wisdom tooth 3 hari sebelum ke sini..gata sgt pi cabut gigi.plan nak tampal je.dentis rekemen cabut sy terus angguk kan!)Ada drama sikit sebab ponstan sy tak dijumpai!Sedangkan sakit gusi lepas cabut tu memang sakit berdenyut sampai head throbbing lah kalau tak makan ubat...saya pasrah telah panadol je 2 bijik. Jam 2 pagi kami pun mulai mendaki, sebelum mendaki, suami saya mengetuai bacaan doa... hmm... tengok gambar lah ya sambil saya bercerita..

Kami sampai ke sunrise view jam 4 pagi..layan kopi o panas, roti,tuna dan bskut gandum.


Pictures only won't do justice...you have to be there to appreciate it!
Dari kiri, Gunung Slamet, Gunung Andong ( yang kecik tu), Gunung Merbabu dan Gunung Merapi...yang belakang sekali tu Gunung Lawu.
Group pic  belakang belah kanan tu Gunung Sindoro, belakang Sindoro ada Gunung Sumbing tapi terlindung dek bendera.





Geng Terjal Outdoor

Rasa - rasa ada 1000 buah khemah di atas ni





dan 2000 lebih hikers sebab kebetulan kami datang masa sambutan Hari Kebangsaan Indonesia
Perang bendera ke apa ni hahahahaha...siap ada hikers indonesia tanya..kak ini bendera negara mana ini? hadoiii
Setelah menikmati panorama. dalam angin yang agak kencang dan sejuk macam ais...kami pun beransur turun dalam jam 8 pagi...







Waktu malam tak nampak kan









Telaga Warna di kejauhan


 di lereng gunung memang penduduk sini buat kebun sayuran

 Rasa macam di ABC..bendera berwarna warni!


 Singgah beli buah tangan...buah carica yang hanya ada di Dieng

 My lunch..tempe memang menu wajib di sini
Alhamdulillah...misi Gunung Prau berjaya! Sambung cerita pendakian Gunung Merbabu later k!


2 comments:

  1. Salam boleh x minta no supir guide utk hiking gunung prau.... Berminat 😘 terima kasih

    ReplyDelete